CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Volkswagen Malaysia Perkenal Polo 1.6 Baharu Di Klims13

29-11-2013 03:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6769| Komen: 9



Bertemakan “Come Together. Volkswagen. Das Auto”, Volkswagen Malaysia memperkenalkan penampilan perdana Polo 1.6 yang terbaru dan mempersembahkan deretan 19 buah model kereta yang menarik dan pelbagai lagi inovasi automotif di pameran automotif terbesar di Malaysia, Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS’ 2013). Polo 1.6 terbaru ini merupakan model ke-3 Volkwagen yang akan di pasang di dalam negara selepas pengenalan Passat pada bulan March 2012 dan Polo Sedan 2014 yang baru sahaja dilancarkan.

Menduduki kawasan seluas 1,100 meter persegi di Dewan Pameran 2, Volkswagen menawarkan pelbagai pameran interaktif yang dihangatkan dengan muzik dan hiburan secara langsung kepada semua pengunjung dan peminat kereta – menjadikan jenama ini sebagai jenama tunggal yang terbesar di pameran permotoran ini. Sebagai tambahan acara utama sepanjang pameran selama 10 hari ini turut  merangkumi penampilan model ‘cut out’ Golf yang istimewa dan unik dan penampilan eksklusif Edisi Beetle Fender. Volkswagen turut mempamerkan Edisi Polo WRC yang direka khas untuk peminat-peminat di Malaysia.

Polo 1.6 terbaru ini menampilkan tahap pengendalian yang cemerlang dan mempunyai pelbagai ciri yang menonjol, terutama sekali radio RCD 320 yang menawarkan rangkaian hubungan yang terbaik di dalam kelasnya, sistem penghawa dingin automatik “Climatronic’ dan Sistem Tindak balas Kemalangan Pintar (ICRS).  Dilengkapi dengan enjin suntikan petrol 1.6l 105PS 16-Injap MPI yang menghamburkan kuasa tork maksima sebanyak 153Nm pada 3800rpm dan transmisi automatik 6-kelajuan Tiptronic, Polo 1.6 yang baru ini telah direka untuk kecemerlangan pengunaan bahan api iaitu sebanyak 6.3 liter/100km dan membolehkan pemandu mencapai jarak sejauh 15.9km bagi setiap liter.

Volkswagen juga turut menampilkan portfolio komprehensif model globalnya seperti siri keluarga Polo, siri keluarga Golf, Jetta, Passat, Volkswagen CC, The Beetle, Scirocco, Cross Touran, Sharan, Tiguan dan Touared TDI sepanjang 10 hari pameran berlangsung.  Disamping pelbagai model kereta yang akan dipamerkan di pameran ini, pengeluar kereta Eropah nombor satu di negara ini juga akan turut menawarkan pakej promosi terkini mereka, aksesori dan barangan cenderahati edisi terhad KLIMS 2013.  Selain dari itu, pelanggan Maybank yang mengunjungi pameran permotoran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari 15 hingga 24 November akan berpeluang untuk memenangi Beetle ikonik.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kumanheart 4-12-2013 03:06 AM
Cute gak naa
Quote ss8384 4-12-2013 10:36 PM
X de TSI x best lorr.. 1.6 ni enjin India kan
Quote ijamartgallery 10-12-2013 10:18 AM
enjin sama cam polo sedan je
Quote berun 10-12-2013 12:30 PM
ss8384 posted on 4-12-2013 10:36 PM
X de TSI x best lorr.. 1.6 ni enjin India kan

bro pkai honda ke?

Quote ikantemenung 19-12-2013 09:42 AM
harga berapa ni..
Quote coolie83 20-12-2013 04:38 PM
RM 89,999.99 harganya...boleh usha kat website Volkswagen  
Quote Josh_Agroban 26-12-2013 11:10 AM
coolie83 posted on 20-12-2013 04:38 PM
RM 89,999.99 harganya...boleh usha kat website Volkswagen

salah. harganya RM85 888.

Quote coolie83 27-12-2013 09:58 AM
Josh_Agroban posted on 26-12-2013 11:10 AM
salah. harganya RM85 888.

http://polosedan.com.my/specs.php#nav-car

RM89888..sori salah bg info
Quote Josh_Agroban 27-12-2013 12:32 PM
coolie83 posted on 27-12-2013 09:58 AM
http://polosedan.com.my/specs.php#nav-car

RM89888..sori salah bg info

Current price for polo is Rm85 888.
Kalau tengok dekat website vw, memang RM89 888 kan.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.050072 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top