CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Boleh Kawal Mental, Iman Troye Tetap Baca Komen Menyakitkan Hati

29-9-2021 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2810| Komen: 11

Penyanyi remaja yang melonjak menerusi lagu Teman ini berjaya meyakinkan peminat muzik tanah air akan kelebihan dan keunikan dimiliki. Masakan tidak, nama Iman Troye terus menjadi siulan peminatnya.


Tidak menafikan lagu Teman memberikan tuah buat dirinya, Iman, 19, atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata, ada ketika dia berasa takut apabila memikirkan jangkaan yang diletakkan peminat.

Menurut Iman, sejak hari pertama menjejakkan kaki dalam industri hiburan tempatan, dia tidak pernah berhenti belajar terutama untuk memperbaiki kelemahan, sekali gus memajukan diri.


Kredit foto: IG

"Sebenarnya saya tidak menjangka langsung akan menjejakkan diri dalam industri ini. Alhamdulillah berkat semua orang yang bawa dan jadi tulang belakang, saya ada di sini sampai sekarang. Dari awal tidak pernah meletakkan harapan tinggi pada lagu Teman ini.


"Cuma, saya sedikit takut orang akan beri jangkaan lebih daripada saya untuk setiap lagu selepas ini. Saya masih belajar dan banyak lagi nak kena belajar dalam memajukan diri. Apa saya harapkan semua terus bersama saya dan menunggu lagu baharu saya. Terima kasih juga kepada rakan artis yang banyak berikan kata-kata semangat," katanya.

Iman berkata, sokongan dan kata-kata semangat yang diterima itu hadir tatkala dirinya mendapat kritikan pelbagai pihak.

Malah, beberapa ciapan di Twitter sebelum ini mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen sehingga dirinya dilemparkan dengan pelbagai kata-kata.



"Tipu kalau tak terasa. Sebolehnya saya memang elak nak baca. Tapi, saya kena baca untuk majukan diri biarpun komen mereka menyakitkan hati. Namun, ada juga komen berkenaan diri kita dan masuk akal yang mereka nak tegur. Saya terima dengan hati terbuka.

"Apabila saya mengambil keputusan untuk terbabit dalam bidang ini, saya tetapkan dalam minda yang mana kena bersedia dan kuat. Saya juga bersyukur apabila keluarga selalu ada dengan saya. Alhamdulillah, setakat ini dapat kawal mental saya. Ia perkara yang tak susah dan tak juga senang, tapi perlu bijak mencari jalan penyelesaian," katanya.

Selain memberi fokus pada bidang nyanyian, Iman juga melanjutkan pengajian dalam Diploma Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Iman berkata, dua tanggungjawab yang perlu digalas sebaiknya dalam memastikan kerjaya dan pembelajaran berjalan lancar.



"Insya-Allah tidak lama lagi sudah nak masuk semester tiga. Alhamdulillah, dua semester sebelum ini saya meraih Anugerah Dekan. Setakat ini, saya masih boleh kawal antara kerjaya dan pelajaran.

"Tapi, diakui susah juga apatah lagi kalau kebetulan saya ada kerja dan kelas serentak. Jadi, kalau saya tidak dapat masuk kelas yang dijalankan secara dalam talian, saya akan buka semula Google Meet atau bertanya pada kawan-kawan supaya tak ketinggalan.

"Insya-Allah, kalau selesai diploma dan ada peluang untuk sambung di peringkat ijazah sarjana muda pula, memang nak. Apa pun, semuanya bergantung pada kesesuaian masa juga," katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya nyanyiannya, Iman bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Nang iaitu singkatan daripada Puteri Gunung Banang yang dijangka dilancarkan bulan depan.



"Mengikut perancangan nak lancarkan lagu ini awal lagi, tapi disebabkan ada beberapa perkara yang tak boleh dielakkan ketika nak buat penggambaran muzik video (MV), jadi terpaksa tunda ke bulan depan. Insya-Allah, akan keluarkan dulu video lirik dan baharulah MV.

"Single ciptaan sepenuhnya oleh Ezra Kong ini masih bergenre rancak dan 'catchy' seperti lagu Teman, tapi diselitkan elemen muzik Jawa dengan sentuhan moden. Saya mahu single ketiga ini sedikit berbeza dari segi bunyi. Dalam masa sama, memberi kelainan pada semua single saya sebelum ini.

"Cuma, sebelum lagu ini dikeluarkan saya terlebih dahulu melancarkan tarian Nang Challenge di aplikasi TikTok dan Instagram. Cabaran ini saya memberi fokus pada tarian tradisional, tapi ada elemen moden. Saya memanfaatkan semua platform media sosial yang ada bagi tujuan mempromosikan awal lagu ini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-9-2021 09:57 AM
Remaja, tapi muka lewat 40an..

Kau tak baca porem eh, betapa diri kau tu dicaci hina.. agaknya terus bersara
Quote Hoola 29-9-2021 10:02 AM
Edited by Hoola at 29-9-2021 10:06 AM

Kita pun jgn buat trigger prngai yg bole mykitkn hati org yg baca.ada fhmmmm?itunnamanya timbalbalas.
Retis adalh rolemodel.besar tgjwb.bkn setkt gedik2
Tkut rosak generasi yg mndtg
Quote LadyCarefree 29-9-2021 03:32 PM
Kurex: Remaja, tapi muka lewat 40an..Kau tak baca porem eh, betapa diri kau tu dicaci hina.. agaknya terus bersara


Macam kembar hasmiza
Quote MoneyMatters 29-9-2021 04:24 PM
LadyCarefree replied at 29-9-2021 03:32 PM
Macam kembar hasmiza

Hahahaha... Kaka why u terpaling jujur sekali terbahak2 meols ketawa sorg2..

Meols masih x fhm why she looks so old than her real age. Ke jenis pakai mekap 10kilo.. X kesian ke kulit tu pon nk bernapas juga
Quote suebb 29-9-2021 09:47 PM
La baru 19thn ke...
Quote LadyCarefree 29-9-2021 10:00 PM
MoneyMatters replied at 29-9-2021 03:24 PM
Hahahaha... Kaka why u terpaling jujur sekali terbahak2 meols ketawa sorg2..

Meols masih x fhm  ...

Cara dan aura dia kot.
Quote MakcikLaksa 30-9-2021 01:09 AM
Acik takleh la tgk org pakai style shawl cmni. Rasa nak tarikkan tudung tu belakang sikit, lipat sikit ke bg kemas sikit nampak muka
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 05:35 AM
Mehhh baca porum lakkk
Murung ko setahun dekkkk
IG still lagi ada bekap
Quote gideoncross 30-9-2021 07:23 AM
Kta famous tpi x prnh pun iol tngok dia ni mnempel kt mna2.
Quote enot_sibudak 30-9-2021 09:58 PM
Hoola replied at 29-9-2021 10:02 AM
Kita pun jgn buat trigger prngai yg bole mykitkn hati org yg baca.ada fhmmmm?itunnamanya timbalbalas ...

haahhaha.. klu ht xkuat xpayab buat bnda konon tarik crita snsasi..org kutuk bnda besa.. zaman skrg, reti kna telinga tebal, mata tebal, hati kental
Quote enot_sibudak 30-9-2021 09:59 PM
MoneyMatters replied at 29-9-2021 04:24 PM
Hahahaha... Kaka why u terpaling jujur sekali terbahak2 meols ketawa sorg2..

Meols masih x fhm  ...

dress up srupa org tua.... pakai beg rantai buckle.. pehalllll.. channel apa smua...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.078986 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top