CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ali Idrees Nama Anak Izreen Azminda, Tak Dedah Muka Takut Penyakit Ain

29-9-2021 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5967| Komen: 26

Pelakon Izreen Azminda memilih nama Ali Idrees untuk anak ketiganya yang dilahirkan seminggu lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Pengumuman tersebut dibuat Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam, 36, menerusi Instagramnya sebentar tadi.




“Hai, semua nama saya Ali Idrees Muhammad Radzi. Panggil Baby Ali sahaja okey,” tulis Izreen ringkas.

Ali dilahirkan secara pembedahan caesarean sama seperti dua anaknya sebelum ini dengan berat 2.87 kilogram.


Foto: via Kosmo

“Selama ini yang berat itu mama, Ali kecil sahaja,” kata Izreen ringkas.

Sungguhpun begitu, pelakon yang popular dengan drama Tanggang Ayu itu masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak ketiganya kepada umum kerana bimbang dengan penyakit ain.

Menurut Izreen, berkemungkinan besar dia akan berkongsi wajah ahli keluarga terbaharunya itu selepas habis tempoh berpantang.



Bayi yang baru dilahirkan itu merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwininya pada 8 Ogos 2017.

Hasil perkongsian hidup bersama Ude, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.




Pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awex^returns 29-9-2021 08:58 AM
perlu ke nak bagitau
netizen tak peduli pun ngan ko jering
selamat bersara dan duk rumah je
tak yah sibuk nak suh wartawan tulis cerita
dah tak relevan
Quote trexxxxxi 29-9-2021 10:28 AM
Ok

Betapa tak sedapnya makanan pantang sheol
Plating pun hauk

Nak jugak jadi terpaling mana leh kalah sama intan ex kude khuens

Dah 3x czer, tutup kilang la eh?
Takdan kude nak merasa ada nak pompuan

Boleh la kude kawen extend sejid lagi

Bye
Quote SeriBunga 29-9-2021 01:49 PM
trexxxxxi replied at 29-9-2021 10:28 AM
Ok

Betapa tak sedapnya makanan pantang sheol

boleh jadi ni kan.. road to extention
Quote yondu 29-9-2021 02:16 PM
takde sape nak sakit mata dgn anak kau. Semua pn sakit mata tgk kau sorang tu je. da 4 tahun pn masih makan cercaan kiri kanan org. pdn la muka geng2 penyondol
Quote dewi_rina 29-9-2021 02:33 PM
Ko rasa ada orang kisah ke nama anak ko sape?
Quote minahmanja 29-9-2021 02:37 PM
yondu replied at 29-9-2021 02:16 PM
takde sape nak sakit mata dgn anak kau. Semua pn sakit mata tgk kau sorang tu je. da 4 tahun pn masi ...

dah 4 thn eh... lama betul... aku rasa hanez pun tk lama kena kutuk mcm tu.. hahahha

Quote uori 29-9-2021 02:51 PM
kegigihan yang patut dipuji dan dikeji yach
Quote Dewi2020 29-9-2021 02:59 PM
Gigihnya lah dia ni. Takde spa peduli aih
Quote mesmerize 29-9-2021 03:01 PM
sedapnya nama Idris .. nama nabi
Quote TeropongThaico 29-9-2021 03:24 PM
Semoga menjadi anak soleh

Perghhh set pantang dia.. Mampu tengok ja
Quote xAthenax 29-9-2021 03:57 PM
kau tetap cancelled!!! fullstop titik noktah
Quote anilanil 29-9-2021 04:10 PM
Patutnya mak yg tak dedah muka. Netizen tak suka. Baby ok je.
Quote kuchenta_81 29-9-2021 04:16 PM
Bekas laki ngan laki lebih kurang sama je nama Riza, Radzi
Quote amysuzy 29-9-2021 11:12 PM
Makan nasi pun boleh kurus je dalam masa berpantang. Sis dulu makan nasi penuh pinggan 2 kali sehari dapat gak turun 12kg. Dengan syarat kerap menyusu baby laaaa.
Quote lyshafull 29-9-2021 11:57 PM
Lol biasa perampas mmg aakkkaann insecured smpai bila2 ….
Quote Suchi 30-9-2021 12:03 AM
Lama dia tak berlakon dia ada wat keje apa2 ke ye?
Tengok mampu beranak lagi dan boleh upah CL jaga bagai
Quote Suchi 30-9-2021 12:07 AM
amysuzy replied at 29-9-2021 11:12 PM
Makan nasi pun boleh kurus je dalam masa berpantang. Sis dulu makan nasi penuh pinggan 2 kali sehari ...

Tula emm adakah dia makan oat siang malam ekk? Tak kembung ke perut.
Iols takleh makan gluten sepanjang hari. Nasi gak ok tak buat perut rasa sebu.
Kalau takat makan pagi oklah.
Quote Meiizu 30-9-2021 12:20 AM
Apa ain2 tak koser lah org pandang terus bdengki
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 05:45 AM
Anak2 sekarang namaaa
Kalau huruf E tu mesti panjang

Congrats btw.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.053576 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top