CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Berhentikan Anak Dari Sekolah Sebab Tak Nak Divaksin

27-9-2021 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2967| Komen: 8

Vienna: Shkelqim Kameni memberhentikan dua anaknya dari sekolah selepas tidak mahu anaknya menempuh ujian Covid-19 yang ketat selain enggan menerima vaksin.

Pengurus berusia 28 tahun dari Salzburg itu ada antara sekumpulan ibu bapa yang memilih untuk menyekolahkan anak mereka di rumah.

Bercakap kepada AFP pada demonstrasi antivaksin, Kameni berkata, dia takut ujian yang dijalankan memberi tekanan dalam bilik darjah.

"Kanak-kanak yang didapati positif mungkin akan diasingkan dan ia adalah penderaan psikologi kepada mereka," katanya.

Lebih 7,500 kanak-kanak diberhentikan dari sekolah pada tahun akademik kali ini, kata kementerian pendidikan.


Kredit foto: AFP



Walaupun angka berkenaan mewakili peratusan kecil berbanding keseluruhan 700,000 kanak-kanak bersekolah di Austria, namun angka itu meningkat tiga kali ganda berbanding tahun lalu.

"Saya dihubungi sekurang-kurangnya 10 individu sehari yang mahu mengeluarkan anak mereka dari sistem persekolahan," kata seorang ibu yang mengendalikan kumpulan Facebook untuk anak-anak bersekolah di rumah.

Sejak sekolah mula dibuka semula awal bulan ini, kanak-kanak perlu menjalani ujian Covid-19 tiga kali seminggu dengan sekurang-kurangnya satu ujian PCR.

Ujian berkenaan perlu dilakukan berterusan untuk mereka yang tidak divaksin.

Pelitup muka tidak diwajibkan dalam bilik darjah namun, perlu dipakai ketika berada di koridor.

Murid berusia lebih 12 tahun digesa mendapatkan vaksin dan mereka tidak diperlukan menjalani ujian setiap minggu.

Ibu bapa di Austria hanya perlu memaklumkan pihak berkuasa melalui surat rasmi jika mahu mengeluarkan anak mereka dari sekolah.

Menteri Pendidikan, Heinz Fassmann mengakui trend berkenaan membimbangkan kerana memikirkan kesan ke atas golongan muda yang tidak dapat belajar dengan rakan sebaya dalam bilik darjah.

"Saya berharap tindakan ini tidak akan kekal," katanya.

Kementeriannya merancang untuk memastikan anak-anak yang bersekolah di rumah menduduki peperiksaan dua kali setahun, berbanding hanya sekali pada akhir tahun yang dilaksanakan ketika ini.

Sementara itu, kumpulan Facebook yang mengumpulkan ibu bapa yang menyekolahkan anak-anak di rumah berkata, konsep berkenaan belum tentu sesuai untuk semua orang dan sangat mencabar tanpa sokongan dan sumber daripada sistem pendidikan.

"Mereka yang mengeluarkan anak dari sekolah tidak menjangka apa mereka akan hadapi. Ia adalah satu tugas yang berat," katanya.

Di sekolah vokasional di Vienna, beberapa pelajar gembira dapat kembali ke sekolah selepas berdepan pembelajaran jarak jauh hampir sepanjang tahun lalu.

"Pembelajaran jarak jauh sangat memenatkan," kata Felix Deimler, 19.

Marko Guculj, 16, berkata, dia membuat keputusan untuk mendapatkan vaksin supaya lebih mudah bergerak ke mana-mana.

"Saya perlu dapatkan vaksin kerana sebahagian kebebasan tersekat akibat pandemik," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 27-9-2021 03:37 PM
nasib baik kat malaysia blh p sekolah lg..home school jer la
Quote gue 27-9-2021 03:43 PM
Tahniah utk parents2 yg sedar diri. Anak adalah amanah parents mendidik, anak bukan hak milik kerajaanutk dibrainwash  ikut skrip unicef
Quote nakkomenjugak 27-9-2021 03:58 PM
Lantak lerrr
Asalkan education anak tetap diteruskan
Quote manzilla 27-9-2021 04:31 PM
Tahniah. Bertuahlah orang yang sanggup bertahan.
Quote manzilla 27-9-2021 04:32 PM
Tahniah. Bertuahlah orang yang sanggup bertahan.
Quote JohnyEnglish 27-9-2021 05:58 PM
sohai saad tersenyum sinis
Quote Artemesiaa 27-9-2021 06:30 PM
Anak dia ikut sukalah dia nak macam mana.  Zaman sekarang dah makin ramai pilih home schooling sejak wabak melanda dah tak ada masaalah nak belajar janji rajin dan mahu berusaha.
Quote KamikuP 28-9-2021 03:21 PM
Anak depa ikut suka le yer

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.030999 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top