CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meninggal Dunia Depan Rumah Lepas Balik Kayuh Basikal

27-9-2021 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4316| Komen: 16

Kulim: Seorang lelaki meninggal dunia di hadapan rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 7.10 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun baru pulang daripada kayuh basikal di kawasan sekitar rumahnya.


Difahamkan, sebaik tiba di hadapan rumah mangsa melakukan senaman ringan sebelum dia secara tiba-tiba jatuh dan pengsan.

Beberapa ahli keluarga mangsa cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum mereka menghubungi ambulans.


Kredit foto: Harian Metro


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, kakitangan hospital yang tiba mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

"Siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah kencing manis dan darah tinggi dan dia sudah menerima dua dos vaksin sebelum ini.

"Selain itu, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sebelum ini pernah dijangkiti Covid-19 pada 28 Ogos lalu dan sembuh selepas menjalani kuarantin selama 14 hari," katanya.

Menurutnya, setakat ini siasatan mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Jenazah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian mangsa. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 27-9-2021 03:25 PM
Inilah hikmahnya kenapa basikal haram


Quote gue 27-9-2021 03:41 PM
ini semua salah basikal.lain kali manusia jgn kayuh basikal  , biar basikal tunggang manusia
Quote imanjannah 27-9-2021 03:48 PM
innalillahwainnalillhirojiun..
Quote nakkomenjugak 27-9-2021 03:57 PM
Takziah diucapkan..
Quote LadyCarefree 27-9-2021 04:24 PM
Kenapa agaknya ya sihat2 saja tiba2 sekelip mata mati.

ps: masih hauran mana belastop lama xde.
Quote Radzor 27-9-2021 07:17 PM
Dah 2 dos. Pastu kne kovid plak. Pastu ttibe mati plak
Quote Meiizu 27-9-2021 07:30 PM
Sakit jantung tetiber kee mcm geng main badminton
Quote tumpanglalu74 27-9-2021 07:44 PM
Tepok tangan la antufaaksin dengor si mati ade penyakit lain..

Maka bukan faaksin la penyebab matinye.  
Quote delia3003 27-9-2021 08:42 PM
Innalillahiwainnahilaihirojiun

Last year adik my colleague, umur 40 tahun takde penyakit, pengsan lepas kayuh basikal jugak, lepas beberapa hari meninggal kat hospital.
Quote missus_meow 27-9-2021 08:49 PM
jantung? over exertion?
Quote monreyes 27-9-2021 09:09 PM
LadyCarefree replied at 27-9-2021 04:24 PM
Kenapa agaknya ya sihat2 saja tiba2 sekelip mata mati.

ps: masih hauran mana belastop lama xde.

tu lah...
last check in still 3/9
Quote TeropongThaico 27-9-2021 11:37 PM
Innalillahiwainailahirojiun. Kesiannya. Over  sgt ke dia kayuh hari tu sampai jantung kena kerja lebih?
Quote ladybearpink 28-9-2021 12:34 AM
Ayah kawan pun macam ni juga, meninggal lepas kayuh basikal last year, balik lepas kayuh rasa tak sedap badan, baring kejab, anak2 ingat ayah tidur. Kejut2 tak bangun. Kena serangan jantung, walaupun takde rekod sakit jantung sebelum ni.
Quote KamikuP 28-9-2021 03:45 PM
Patut ada jam yg bole detect irregular hearbeat utk prevent over exercise mcm ni yg akibatkan jantung bekerja kuat dari yg sepatutnya. Al -fatihah
Quote noor2 28-9-2021 05:08 PM
monreyes replied at 27-9-2021 09:09 PM
tu lah...
last check in still 3/9

Hampir sebulan tu....lama...
Quote Manjahati 28-9-2021 05:27 PM
Innalillah..takziah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.041422 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top