Wanita warga emas ditemukan lemas dalam parit di Kampung Parit Bentong, Jalan Parit Jalil, Tongkang Pechah. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, mangsa berusia 73 tahun itu ditemu di dalam parit sedalam 1.5 meter pada 11.54 pagi, semalam.
"Dipercayai, keluarga mangsa menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sejak semalam. "Orang ramai kemudian berusaha mencarinya hingga penemuan mayat mangsa di dalam parit berkenaan," katanya dalam satu kenyataan. Menurut beliau, bomba mengangkat mayat mangsa dalam tempoh lima minit dan operasi tamat pada 12.39 tengah hari Anggota dilaporkan memakai pakaian perlindungan diri selepas mengetahui mangsa merupakan pesakit dalam pemantauan (PUS) Covid-19.
Katanya, mayat itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT