CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rogol Pelukis Draf Dijel 10 Tahun, 2 Sebatan

29-11-2013 02:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19857| Komen: 200

Remaja rogol pelukis draf dijel 10 tahun, 2 sebatan

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Seorang remaja dihukum penjara 10 tahun dan sebatan dua kali oleh Mahkamah Sesyen Kajang dekat sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang pelukis draf yang dikenali menerusi sebuah laman sosial, di kawasan lapang Menara Tinjau, Ampang, tahun lalu.
Hakim Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Farid Abdul Jalil, 19, selepas mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Tertuduh yang merupakan bekas pelajar kolej swasta kelihatan tenang sebaliknya ibu lelaki itu dilihat gelisah dan menangis selepas mendengar keputusan itu.
Tertuduh melalui peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakilinya bagaimanapun memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.
Permohonan itu dibenarkan oleh Nor Hazani dengan syarat jumlah jaminan terhadap tertuduh daripada RM10,000 ditambah kepada RM35,000 berserta seorang penjamin.


Beliau turut memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain tertuduh perlu melapor diri ke balai polis berdekatan setiap awal bulan.
Tertuduh yang kini bekerja sebagai penjual alat ganti kenderaan secara dalam talian membayar jaminan tersebut.


Ahmad Farid didakwa merogol mangsa yang berusia 22 tahun enam bulan yang dikenali menerusi laman sosial ‘Tagged’ di kawasan lapang Menara Tinjau, Jalan Ampang, Hulu Langat pada pukul 12.30 tengah malam, 11 September tahun lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Amir Khusyairi memohon mahkamah menghantar anak guamnya ke Sekolah Henry Gurney sehingga tertuduh berusia 21 tahun memandangkan Ahmad Farid seorang pesalah muda.


Menurut beliau lagi, ibu tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga kerana ayah tertuduh tidak bekerja.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd. Zawawi yang mengendalikan pendakwaan pula menegaskan, hukuman sebegitu tidak setimpal dan memohon mahkamah memberikan hukuman berat bagi menjaga kepentingan awam.


Mangsa yang hadir ke mahkamah untuk membacakan kenyataan impak kesalahan terhadap mangsa (VIS) menyatakan, akibat kejadian rogol itu, dia mengalami trauma, takut dengan lelaki, tidak fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan sering bersendirian.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 29-11-2013 01:31 AM

Quote xtahumenahu 29-11-2013 02:00 AM
Muke x mcm 19
Quote mysweetisha 29-11-2013 02:13 AM
Muka cam perogol jer.... Last edited by mysweetisha on 29-11-2013 06:19 AM

Quote roblucci 29-11-2013 02:48 AM
ini baru muka perogol sebenar
Quote nurul_akmar 29-11-2013 02:56 AM
umur muda giler. tp rupa mcm dah 29
Quote ringcat 29-11-2013 05:16 AM
Menara Tinjau tu port dating. Malang mlm tu tak ada operasi cegah maksiat.
Quote tobby 29-11-2013 05:30 AM
mysweetisha posted on 29-11-2013 02:13 AM
Muka cam perogol jer....

bukan macam lagi. memang perogol.
Quote tobby 29-11-2013 05:31 AM
nurul_akmar posted on 29-11-2013 02:56 AM
umur muda giler. tp rupa mcm dah 29

byk sangat capmelan. tu yg nampak tua.
Quote rosmahisham 29-11-2013 05:37 AM
konpius pulak aku... mcmana pompuan tu boleh ikut sampai ke menara tinjau tu, kalo setakat dating kat tempat mcm tu mmg sah2 mamat tu ada niat x baik..tempat org beromen ..mlm2 buta pulak tu..!!!
Quote clarizsa 29-11-2013 05:55 AM
muka sgt tua dr usia... dhla buruk, perangai pun x elok.. isk isk.. pastu laman sosial Tagged pn ade org lyn rupanya.. cm sendu je.. huhu
Quote sueism 29-11-2013 05:59 AM
tak habis2 dengan rogol
Quote md_nana 29-11-2013 06:04 AM
Muka mcm shah Iskandar pelakon.
Quote mysweetisha 29-11-2013 06:20 AM
tobby posted on 29-11-2013 05:30 AM
bukan macam lagi. memang perogol.

Dah tu ade hati nk masuk skola henry gurney....
Quote Innrukia 29-11-2013 06:43 AM
Mak penanggung tunggal, bapak tak bekerja, anak merogol.
Kesian kat si mak
Quote MissNigga 29-11-2013 06:56 AM
Pompuan ni pun satu jugek...
kenal jatey ni kat laman sosial... dan berjumpa dengan suspek tengah malam....
haizzzzzzzzzzz....

Tyme jumpa tu... kalo suspek tu mmg bermuka boyish... dan sepadan ngan umo yang baru mencecah 19 thn... sure pompuan tu rela di tala kut...
sekali jumpa... muka cam lewat 20 an.... teruih turn off... tapi dah terjuma, ayaq lak dah sampai ke kepala... apa lagi.. kena tala ler ngan rela paksa... Last edited by MissNigga on 29-11-2013 06:58 AM

Quote AbukRokok 29-11-2013 07:22 AM
nurul_akmar posted on 29-11-2013 02:56 AM
umur muda giler. tp rupa mcm dah 29

okla tu...matang katanya
aiii umur dah 3seris tapi org bajet 20s
Quote batmana 29-11-2013 07:49 AM
pukul 12:30 tgh malam?.., yg ko pmpn pi kuar cm bohsia tu buat apa?

aku budjet ni kes suke sama suke,
pmpn tu bahlol..main serah, pastu tau budak ni baru 19 thn,
dia frust, igtkn budak ni keje bagus, pstu wat aduan kene rogol.

senang kn jadi pmpn bohsia, bole klaim kene rogol lepas sedap main..
Quote fifie_olin 29-11-2013 08:01 AM
cam bangla pon ada gak...umo 19...tp bdn cam umo 49....
Quote haryatie 29-11-2013 08:19 AM
rogol ker...???...
prempuan tu da umur 22 tahun...da tengah mlm..pas2 pegi ke tempat yg mcam tu..
sdiri yg ikut..

Lihat semua komen(200)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.073118 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top