CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Berang Mentua Melahap Kek Kahwin Sampai Habis

25-9-2021 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12816| Komen: 131

Gara-gara kek perkahwinan, seorang wanita yang juga pengantin baharu naik berang terhadap mentuanya.

Menerusi perkongsiannya di laman Reddit, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, berang selepas kek perkahwinan yang disimpan, dimakan oleh ibu dan bapa mentuanya ketika dia dan suaminya berbulan madu.


Ujar wanita tersebut, dia tidak memahami mengapa mentuanya tidak sensitif tentang perkara berkenaan dan cuba meminta nasihat daripada netizen di Reddit.

"Saya dan suami memutuskan untuk menghidangkan kek cawan kepada tetamu pada majlis perkahwinan kami dan bercadang menyimpan sedikit kek itu sehingga ulang tahun pertama perkahwinan kami nanti.

"Kami tidak mempunyai bajet yang besar, jadi kami berbulan madu selama empat hari sahaja dan mentua saya meminta izin untuk tinggal di rumah kami selama dua hari.

"Namun apabila saya dan suami balik daripada berbulan madu, alangkah kecewanya apabila kek itu sudah habis dimakan. Kek tersebut tidak mahal, cuma kami sudah menyatakan kepada mereka, kami mahu menyimpannya.


"Ketika ditanya, mentua saya memberi alasan kek yang disimpan selama setahun adalah menjijikkan dan mereka menyuruh kami membeli kek lain. Saya amat sedih kerana ini merosakkan tradisi yang kami mahu lakukan," katanya.


Gambar Hiasan

Kisah wanita itu mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya berasakan wanita itu berhak untuk berasa marah.

"Awak membenarkan mereka tinggal di rumah awak sementara awak berbulan madu dan mereka makan sesuatu yang awak mahu simpan," kata salah seorang pengguna Reddit.

"Suruh suami awak memberitahu ibu bapanya, sehingga mereka pergi ke kedai yang membuat kek berkenaan dan membeli semula replika kek itu, mereka tidak dibenarkan datang ke rumah atau kehidupan awak," ujar seorang lagi pengguna Reddit.-CARI

Sumber: Mirror

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 25-9-2021 10:08 AM
ni kat negare mane, kjadian bila..sedih ok dgn berita mcm ni, xtau ujung pangkal
Quote naina 25-9-2021 10:12 AM
Macam tak patut mertuanya tu yela macam mengarut tapi kek tu ada sentimental value pada dia.
Adoi awal2 kawe dah diduga perbagai mertua cmni..
Biasa orang tua tak suka kek2 ni.
Quote KIM.K 25-9-2021 10:23 AM
Fonen mesia ditolaknya kek tingkek sembam kaki.
Sapa pun takyah makan
Quote white_musk 25-9-2021 10:24 AM
Anaknya pun. Dah tau ibubapanya suka makan kek, belikanlah 2 kek
Quote helicornia 25-9-2021 10:41 AM
Klu aku, dpt suami tu lagi penting dr kek. Suami tk bole beli kt kedai, kek bole beli. Beli la byk mana nak
Quote azwanaliori 25-9-2021 10:54 AM
Macam ada tanda2 mentua from hell haha  
Quote ninja9 25-9-2021 11:02 AM
salah dia juga... patut dia pesan jangan makan. setakat kek ini jarang ada yang ada sentimental value kerana makanan akan rosak.. jadi siapa2 nampak dan ada keinginan makan maka kek itu akan kena ngap
Quote JohnyEnglish 25-9-2021 11:07 AM
SR kan hado ape nk kecoh2
Quote ninja boy 25-9-2021 11:16 AM
Patut habiskan kek siap2, apa barang simpan2 sampai 4 Hari kek akan jadi keras lama2 dlm petiais, kalau aku beli kek choc dark forest dlm tempoh 36 jam akan habis dilahap taw
Quote meshni 25-9-2021 11:21 AM
Mat salleh ja ada tradisi ni kan..arak in the cake tu boleh jadi preservative. Tapi it shows mentua baru tu memang tak respect your boundary dan pelahap semula jadi
Quote MissyMolly 25-9-2021 11:23 AM
Ayooo tu pun nk kesah ke? Bodo.. g beli lain lah!
Quote sarah82 25-9-2021 11:30 AM
Aku suka layan reddit.. Tapi postcard kat youtube.. MIL from hell ada dimana2 bangsa.

Antara citer reddit yg aku tak boleh lupa yg mak mentua IN LOVE dengan anak lelaki sendiri lepas tu curi lingerie isteri anak dia tu,  pakai dan suruh cucu panggil dia mummy..
Quote sukacactus 25-9-2021 11:34 AM
Selalu jg dgr tradition ni di dunia sblh sana
Tp kenapa la xdipesan dl pada in laws tu
Quote Adrif 25-9-2021 11:55 AM

besok lusa nangis cerita kat orang ramai

anak2 taknak balik melawat

buang mak ayah
Quote noor2 25-9-2021 12:17 PM
Isu semasa la sgt....
Quote kam3n 25-9-2021 12:22 PM
ninja9 replied at 25-9-2021 11:02 AM
salah dia juga... patut dia pesan jangan makan. setakat kek ini jarang ada yang ada sentimental valu ...

Dalam artikel tu ada tulis, dia dah cakap pada mentua yang dia nak simpan kek tu
Quote SedihPedih 25-9-2021 12:24 PM
Walaupun rasa ala..kek aja pun..tp yg sebenarnya trigger adalah mertua yg tak respect couple tu punya decision..

Kalaupun rasa mcm x logik nk simpan kek tu utk one yr anny ke..biarla couple tu decide to keep the plan or to scrap it esp bila tgk kek tu dh rosak ke apa..
Quote vee_zara 25-9-2021 12:24 PM
Tertarik dengan mentua meminta izin untuk tinggal dirumah kami..

Masa dulu i hangen dengan mertua i, tiap kali i p bercuti dengan husband n anak2, time tu depa minta kunci rumah i. I mmg tak tahu apa2. Husband i pun tak bgtahu yeeeeee… balik dari bercuti kadang, mop i patah laa, pinggan i pecah la, n macam2 lagi.. rupanya mereka dengan anak yg lain n cucu bersenang lenang ye duduk rumah i.. dahla everytime ada brang rosak n pecah buat tak tahu mcm takde apa2 berlaku..

Kemuncaknya bila set pinggan le creuset i hilang 2 bijik n guess what.. pecah okay!!! Takde la mahal untuk org kayangan tp rm 150 sebijik untuk marhaen mcm i kira mahal. Dah la kaler tu per set ..i mengamuk bising2 kt husband i. Sejak itewwww tkde sapa berani nak duduk senyap2 rumah i tanpa pengetahuan i lg..

Btw untuk tak off topic .. pengantin baru ni kena berlapang dada buat kek lain sebab bezanya 4 hari je dan kunci dalam peti besi. Tulis for display only.
Quote ninja9 25-9-2021 12:25 PM
kam3n replied at 25-9-2021 12:22 PM
Dalam artikel tu ada tulis, dia dah cakap pada mentua yang dia nak simpan kek tu

betullah.. terlepas pandang pula. klu dah pesan jgn makan tapi masih makan maka perangailah tu

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.048585 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top