CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Video Tu Sahih Ke?’ – Caprice Ajuk Ciuman Lelaki Dalam Video Lucah

24-9-2021 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14625| Komen: 46

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan kontroversi, Caprice terus memanaskan konflik dan situasi tegang antara dirinya dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew apabila mengajuk aksi ‘lucah’ didakwa mirip figura kesayangan ramai itu.


Membuka sesi soal jawab (Q&A) dalam Instastory, Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, menjawab satu soalan yang diajukan salah seorang pengikutnya.

“Yang video itu saheh (sahih) ke Cap (panggilan pendek nama Caprice),” soal seorang pengikutnya seraya meninggalkan emoji tertawa.

Pelantun lagu Xde Hal Bro itu hanya membalas persoalan tersebut dengan sebuah video dirinya tanpa suara seakan-akan mengajuk aksi yang ditonjolkan lelaki mirip Ebit dalam video lucah tersebut yang kian kencang berlegar dalam kalangan orang ramai.


Kredit foto: Kosmo



Terdahulu, beberapa buah video mirip Ebit berkelakuan tidak senonoh tersebar dalam kalangan netizen.

Dalam salah sebuah video berdurasi dua minit 51 saat, lelaki tersebut menunjukkan isyarat lucah termasuk melayangkan ciuman serta tampil berani menunjukkan alat sulitnya dalam satu panggilan video dengan seseorang yang tidak dapat dipastikan identitinya.

Dalam pada itu, Caprice turut berkongsi permohonan maaf yang semakin banyak diterimanya daripada orang ramai.

Ujarnya, dia juga sama seperti orang lain dengan memohon maaf andai pernah melakukan kesilapan sebelum ini.

“Alhamdulillah, ramai yang DM saya untuk minta maaf dan saya maafkan semua orang. Sama seperti saya juga buat kesilapan dan saya harap dimaafkan juga.

“Saya cuma tunggu untuk ‘ketua’ minta maaf dan saya akan ‘move on’ dengan kehidupan,” katanya dalam satu muat naik video Instastory.

Pada 20 Ogos lalu, siasatan ke atas Ebit dilakukan berikutan aduan diterima Polis Diraja Malaysia daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 24-9-2021 06:27 PM
Apa ig cap. Cari takjumpa
Quote sharlenetexas 24-9-2021 06:27 PM
Asalkan burung ko tak terbang. Kunci elok2.
Quote Kurex 24-9-2021 06:38 PM
Lantak kau la nyah ..
Quote blue^panther 24-9-2021 06:40 PM
Drama!!!!!
Quote Guccibamboo 24-9-2021 06:47 PM
KIM.K replied at 24-9-2021 06:27 PM
Apa ig cap. Cari takjumpa

Capriceofficial
Quote PelancongSosMed 24-9-2021 06:52 PM

Takde pun video lucah Ustaz Ebit Lew dalam laman web bm.cari.com.my/forum.php???

Dalam Twitter, Minah gila daripada mana entah? Aku pun tak tahu!! Buat kecoh Minah tu kat Twitter mengatakan, semua bukti-bukti sahih adegan lucah Ebit Lew ada dalam forum.php!!!! Video lucah Ebit Lew terpancut-pancut pun Minah tu kata ada kat dalam forum.php.

Cis!!!! Pigi daa… mabuk!!

Sampai kiamat, kat forum.php ni takkan ada video lucah Ebit Lew kerana ini sosial media tradisional yang takkan tunjuk aksi-aksi lucah melampau seperti tayang konek ke khalayak ramai.

Setakat karangan demi karangan berita-berita panas Ebit Lew jer ada, takkan jumpa video lucahnya.

Setakat tengok troll dari Si Caprice membuat mimik-mimik lucah menyindir Ebit Lew, ini juga sama macam perangai Minah gila kat Twitter tu, buat kecoh macam betul-betul nampak konek ustaz kat forum.php, sebenarnya tak pun tengok konek ustaz, cuma kecoh jer, cuma bising-bising jer macam makcik-makcik bawang ternampak Hantu Pocong berbogel kat depan pintu gate.

Quote apedehal 24-9-2021 07:04 PM
Maap nak ckp la..kepris ni dendam kan, cuba kalau lelew tu layan heols sma2 pigi palestin itu hari, musti kepris ni terpaling barisan hadapan sekali kalah porntaksub si lelew ni duk bekap
Quote caramello 24-9-2021 07:10 PM
PelancongSosMed replied at 24-9-2021 06:52 PM
Takde pun video lucah Ustaz Ebit Lew dalam laman web bm.cari.com.my/forum.php???Dalam Twitter, Minah ...

Ko dh kenape..pegi la cari kt telegram bersepah video dia..
Quote matjerk 24-9-2021 07:41 PM
KIM.K replied at 24-9-2021 06:27 PM
Apa ig cap. Cari takjumpa

Ig dia kalau I cari pun x jumpa.. ingatkan kena block.... taip caprice.. jumpa ig designbycaprice lps tu... tgk kat following.. ada satu je...capriceofficial... so click kat situ.
Quote Kurex 24-9-2021 07:44 PM
caramello replied at 24-9-2021 07:10 PM
Ko dh kenape..pegi la cari kt telegram bersepah video dia..

Ni pentaksub / hamba abdi penonggeng agama ebit.. atau ebit sendiri. Dulu kan ada kes sohai meroyan dalam porem ni..
Quote haruslah 24-9-2021 08:20 PM
Panas geng usop tgk kekpris
Meroyan gamaknya tgk kekpris
Quote KIM.K 24-9-2021 08:36 PM
Guccibamboo replied at 24-9-2021 06:47 PM
Capriceofficial

Tentiou sis..
Dah la muka heol iras osim.
Sebijik time ciyom2 cam
Quote Cekla 24-9-2021 08:42 PM
Apsal timbul nama usop ek..dlm tele ada, forum ada..siapakah usop?
Quote KIM.K 24-9-2021 08:44 PM
matjerk replied at 24-9-2021 07:41 PM
Ig dia kalau I cari pun x jumpa.. ingatkan kena block.... taip caprice.. jumpa ig designbycaprice  ...

Iols unfollow cap lepas heol macam komen forumer. Cap baca forum kot taktaulah.
Heol jual whitening handcream lak. Adoyai. Motif?
Dah banyak di pasaran.
Nak buat gift bolehla
Quote guesswho09 24-9-2021 08:56 PM
Cekla replied at 24-9-2021 08:42 PM
Apsal timbul nama usop ek..dlm tele ada, forum ada..siapakah usop?

Pentaksup LoL….
Quote sonatalady 24-9-2021 09:00 PM
bab ni..topi nasi ni pn..mcm bdk2.main perli2 mcm tu.matanglah sikit..walaupn percakapan kurang matang.
tunjuk bijak sikit.
Quote vee_zara 24-9-2021 09:25 PM
Makin lama makin meluat la dengan budak ni.. ish dia ni tak relevan langsung
Quote OyaTonggek 24-9-2021 10:15 PM
caramello replied at 24-9-2021 11:10 AM
Ko dh kenape..pegi la cari kt telegram bersepah video dia..

taksuber ke porumer tu kaka?
Quote azwanaliori 24-9-2021 10:22 PM
Aku suka baca ayat pentaksub play safe kot2 betul tu uel memasing dah standby ayat cmni

" Klu betul pun dia, biar lah tu antara dia dgn tuhan, kita ni siapa nk jaja aib dia "

Haaa cer kene kt org lain x cukup tanah cerca jatuh hukuman bagai

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052890 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top