Penyanyi Datin Alyah terharu sehingga menitiskan air mata apabila terjumpa seorang lelaki yang didakwanya mirip seperti arwah abang sulungnya yang meninggal dunia pada April lalu.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik penyanyi itu dalam Instagram miliknya, isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS itu berkongsi fotonya bersama seorang lelaki yang ditemui ketika berada di Melaka atas urusan kerja, kelmarin. “Ya Allah Ya Tuhanku. Aku rindu abang aku. Kau maha baik Ya Allah. Kau jumpakan aku dengan seorang yang lebih kurang sama wajahnya dengan arwah abang long,” tulis Alyah. Kata pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa itu lagi, kejadian tersebut berlaku ketika dia menghadiri mesyuarat di Melaka dan menginap di Hotel LaCrista, tempat lelaki yang didakwa mirip arwah abangnya itu bekerja.
|
ADVERTISEMENT