CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumlah Ibu Muda Semakin Meningkat

29-11-2013 02:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4970| Komen: 18

KUALA LUMPUR: Jumlah ibu muda yang kian meningkat di Malaysia menimbulkan kebimbangan pertubuhan pembangunan keluarga tempatan dan antarabangsa.
Tahun lalu, lebih 18,000 remaja melahirkan anak di negara ini, 75 peratus daripadanya remaja yang berkahwin dan selebihnya akibat perbuatan sumbang.



Gambar hiasan


Wakil Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNFPA) Malaysia Michelle Gyles-McDonnough, berkata peningkatan jumlah ibu muda bererti semakin ramai wanita kehilangan peluang mencapai potensi tertinggi masing-masing dalam kehidupan dan seterusnya meningkatkan kadar kemiskinan serta memberi kesan langsung terhadap ekonomi negara.


"Apabila seorang remaja perempuan berkahwin, ia akan mewujudkan pelbagai isu, daripada menamatkan serta-merta peluangnya dalam pendidikan, menjejaskan

peluang pekerjaan dan kerjaya pada masa akan datang, menariknya ke lembah kemiskinan dan mengehadkan kemampuannya untuk menyumbang kepada negara," kata
beliau pada majlis pelancaran laporan Keadaan Penduduk Dunia 2013 `Menjadi Ibu Ketika Kanak-kanak: Menghadapi Cabaran Kehamilan Remaja', di sini.


Oleh itu, katanya, wujud keperluan memberi pendidikan seks sewajarnya bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya mencegah perkahwinan dan kegiatan
seks ketika usia muda.

Gyles-McDonnough berkata, pendidikan seperti itu terbukti dapat membimbing
kanak-kanak supaya menangguhkan keinginan mereka untuk melakukan hubungan jenis
dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul akibat perbuatan masing-masing.

Katanya, menyalahkan remaja perempuan bagi kehamilan yang berlaku dalam
kalangan mereka sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kerana sebenarnya
masyarakatlah yang perlu bekerjasama dengan penggubal undang-undang untuk
mendidik golongan itu dan memberi peluang kepada mereka untuk memanfatkan
potensi diri masing-masing dengan sepenuhnya.

Sementara itu, pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar berharap anggota Parlimen memainkan peranan aktif
dalam mendidik orang ramai supaya mencegah perkahwinan kanak-kanak di kawasan
masing-masing.

Beliau berkata, Malaysia perlu memberi perhatian terhadap isu ini kerana ia
memberi kesan langsung terhadap masa depan negara.

"Sebagai negara membangun, isu ini perlu dibincang dan diselesaikan agar
Malaysia tidak kehilangan pemimpin masa depannya," kata beliau sambil menambah
bahawa penggubal undang-undang di negara ini perlu bertindak secara serius untuk
mengubah persepsi rakyat Malaysia tentang perkahwinan kanak-kanak dan kehamilan
remaja.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yayah8989 29-11-2013 08:36 AM
kawin muda tu lingkungan umur berapa ek
Quote huji 29-11-2013 10:33 AM
saya kawin 22... 23 beranak..24 beranak...27 beranak.. pas tu stop... kira masa nak pencen nanti umur 56 anak bujang dah 32 tahun... kelebihan beranak muda.. hehehehe
Quote Peterpan17 29-11-2013 10:35 AM
Ini bukan kat msia je. Negara org putih pun sama. Muda2 dah projek, terbunting. Bezanya depa tak bunuh anak
Quote poyohabis 29-11-2013 10:36 AM
kalo dah dpt kaki dadah, laki kaki pukul,tendang bini,duk mengangkang tido jer bini lak yg cari duit..baik ler jd ibu tunggal jer..x guna nak bela biawak hidup nie...kita nie perempuan...dr bela jantan tak guna..baik  ler kita nie berdikari...bela anak sendiri..bila anak dah beso dia org tau mak dia org susah bela mereka ms kecik..in sha allah dia org akan tau menghargai mak deme...
Quote callance 29-11-2013 10:50 AM
poyohabis posted on 29-11-2013 10:36 AM
kalo dah dpt kaki dadah, laki kaki pukul,tendang bini,duk mengangkang tido jer bini lak yg cari duit ...

BETUL...
bak kate shahir, kebahagiaan dalam perpisahan..hehehe..
jd ibu tunggal lebih bahagia, lebih terjamin dr ade suami yg xde tanggungjwb & mnyusahkan...

Quote poyohabis 29-11-2013 10:53 AM
callance posted on 29-11-2013 10:50 AM
BETUL...
bak kate shahir, kebahagiaan dalam perpisahan..hehehe..
jd ibu tunggal lebih bahagia, l ...

ye betul tu...sekurang2nye terlepas dr status andartu...kan ke ramai yg sanggup bernikah gan kaki pukul mula2 lps tu bercerai semata2 tak nak status andartu...tp kalo dah kawin ada anak..kalo suami buat perangai mcm tu tendang je suami jenis biawak hidup nie..menyusahkan jer..kita berkahwin bukan tuk menangung biawak hidup...tugas suami yg kene tanggung kita kan...nie pd aku lar...

Quote batmana 29-11-2013 10:53 AM
satu jam, 3 kes cerai psgn melayu islam kt malaysia

manala tk naik..
Quote Nash^Roy 29-11-2013 10:55 AM
ni mcm kes umur 13 tahun yg kahwin tu la.. pastu bercerai.. nasib baik takde anak.. kalau tak jadi ibu muda gak..
Quote vv2005 29-11-2013 10:57 AM
ibu muda je ke..bapak muda tak daa kaa
Quote ogata 29-11-2013 11:01 AM
tak pe asal tak andartu.....
Quote ifanonline 29-11-2013 11:07 AM
andartu pun meningkat
Quote callance 29-11-2013 11:47 AM
poyohabis posted on 29-11-2013 10:53 AM
ye betul tu...sekurang2nye terlepas dr status andartu...kan ke ramai yg sanggup bernikah gan kaki  ...

dari kawen ngan laki yg x bertanggungjawab, bini lak kene sara laki, lebih baik jd andartu.
x salah pun jadi andartu. andartu ni selalunye harte dah bnyk, simpann dah ade.. cuma mulot org duk tanye bila nak kawen...


Quote arasham 29-11-2013 11:49 AM
kwn sekolah ank saya umur 21. kahwin selepas SPM konon cinta maut.
after mengandung kena cerai. sekarang jadi ibu tunggal. nak mintak
nafkah anak x menganggur. tak sialap dia(girl) tu kerja jaga sekarang..
Quote maja07 29-11-2013 11:54 AM
25% tak sah taraf?  
Quote tipuware 29-11-2013 12:15 PM
Apabila seorang remaja perempuan berkahwin, ia akan mewujudkan pelbagai
isu, daripada menamatkan serta-merta peluangnya dalam pendidikan, menjejaskan
peluang pekerjaan dan kerjaya pada masa akan datang, menariknya ke lembah
kemiskinan dan mengehadkan kemampuannya untuk menyumbang kepada negara,


eh ni tipu ni. ada aje ibu muda yg berjaya. memang la kena tangguhkan pendidikan utk besarkan anak, tapi takde la kukuh statement menamatkan serta merta peluangnya dalam pendidikan. merepek apa ni. kurang cerdik statement di atas ni. semuanya berbalik kepada individu. jgnlah anggap perkahwinan tu penamat segalanya
Quote poyohabis 29-11-2013 02:50 PM
callance posted on 29-11-2013 11:47 AM
dari kawen ngan laki yg x bertanggungjawab, bini lak kene sara laki, lebih baik jd andartu.
x sal ...

ha ah selalu yg tak kisah org ckp memang keje dah stabil..tp kadang2 mulut andartu ni pon sama ligatnye...tak tahan mendengarnye..mls kadang2 nak dengar angan2 mereka kalo dah kawin esok nak buat mcm nie mcm tu..nikah dl baru tau apa tu realiti dunia perkahwinan...
Quote callance 29-11-2013 03:48 PM
poyohabis posted on 29-11-2013 02:50 PM
ha ah selalu yg tak kisah org ckp memang keje dah stabil..tp kadang2 mulut andartu ni pon sama lig ...

betul gak..ade andartu yg cengeng sgt smpai lelaki takut nak dekat. ade kawan i yg still x kawen2 lg, alasan nak suami keje kerajaan, sbb gaji tetap, ade pencen. awk yg dengar ni cakap gak, tunggu la klau ade lg lelaki keje kerajaan yg x kawen lg..

Quote poyohabis 29-11-2013 03:55 PM
callance posted on 29-11-2013 03:48 PM
betul gak..ade andartu yg cengeng sgt smpai lelaki takut nak dekat. ade kawan i yg still x kawen2  ...

dia org punya permintaan macam2 sangat..dunia perkahwinan bukan dunia angan2 dah..dpt yg baik alhamdulillah..dpt yg kaki pukul,kaki kelentong bini,mcm2 kaki lagi kan sengsara hidup...bak kata suami aku jgn di layan angan2 org yg tak kawin lagi..suruh dia org kawin dl baru tau pe tu erti berumah tangga...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.047748 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top