Dua anggota K-Clique, Noki dan MK yang juga calon awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 mempunyai aura serta pesona tersendiri hingga menjadi kegilaan ramai.
Tidak kira atas kapasiti berkumpulan atau bergerak solo, niat Noki atau MK hanya mahu berkongsi bakat. Bagaimanapun, timbul gosip bertebaran mendakwa, Noki atau nama penuhnya, Ahmad Ikhwan Aji mencemburui populariti diraih MK. Ketika MK berjinak-jinak dalam dunia lakonan apabila membintangi drama The Hotel, Noki turut membintangi drama Oh My Hantaran arahan Shuhaimi Lua, terbitan Tanah Beris Film Production yang bakal menghiasi slot Diandra di TV9, tidak lama lagi.
"Sebenarnya, tiada istilah cemburu. Ia lebih kepada bersaing secara sihat dan meneruskan survival. Ikutkan MK lagi ramai pengikut dalam Instagram (IG) hingga mencecah jutaan. "Saya pula hanya ratusan ribu pengikut dalam IG. Soal berlakon saya anggap lebih kepada mencuba nasib. Lagipun, MK turut membintangi drama Oh My Hantaran," katanya kepada BH Online. Noki yang sedang menjalani penggambaran drama Oh My Hantaran di Sungai Lembing, Kuantan turut menepis dakwaan, tidak sebulu apabila menghasilkan single berjudul Payung Pelangi yang dilancarkan di platform digital terpilih sejak 9 September lalu.
|
dudaberhias: dengan kelindan lori pun nak cemburu ke dik... elok la tu sesama level je...ikan kering sabah mencemburui kelindan lori...
kalchi replied at 22-9-2021 04:48 PM
MK ni dlm klip cte mira filzah tu ya ampon teruk nau belakon. Udahla cte nye pon cringe. Maikel ang ...
rosannazmia replied at 23-9-2021 03:04 PM
Apa nama drama tu chuols?
ADVERTISEMENT