|
Penyanyi Nabila Razali, 29, kerugian lebih RM2,000 selepas gerai perniagaan ayam goreng miliknya di Kampung Baru, di sini, dipecah pencuri, semalam. Nabila berkata, dia terkejut dan terkilan kerana sedikit sebanyak insiden itu memberi kesan kepada perniagaan serta pekerjanya.
"Saya terkejut dan sedih apabila dapat tahu Ayo Fried Chicken cawangan Kampung Baru dipecah masuk. Saya faham keadaan sekarang ini semua orang mungkin terdesak mahu cari duit. Tapi saya kasihan apabila mereka gunakan pendekatan untuk memecah masuk berbanding minta kerja secara halal. "Mungkin kalau mereka minta kerja, saya boleh pertimbangkan untuk ambil sebagai pekerja," katanya.
|
"Mungkin kalau mereka minta kerja, saya boleh pertimbangkan untuk ambil sebagai pekerja," katanya.

slyfynx replied at 18-9-2021 02:56 PM
Aku suke beli Ayam Singgit kt Meru, Jelapang.
Sedap je


CiliPadiSedap replied at 18-9-2021 02:32 PM
ayam goreng kt luar sekarang dh level harga kfc. kalau beli kfc jimat beli barrel. kalau setakat sek ...

belalai replied at 19-9-2021 08:33 AM
aym goreng bella sedap..
Acikgomen replied at 19-9-2021 12:05 PM
Komen chuols mmg bikin panazzzzzss
Menyirap pulak perangai tamak haloba gitu. Alasan cliché sang ...
eh tak. sbb kat luar masih ada ayam rm 1 cheese melimpah ruah. belilah rm 1 tu. kaka suka tengok orang jual mahal sbb boleh tahu apa strategi dia, apa marketing dia, apa kualiti produk dia. pelanggan pula tak putus2 datang walaupun mahal. mesti ada sebab kenapa pelanggan setia dan rasa berbaloi.
ADVERTISEMENT