CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kajian: Vaksin Buat Orang Putus Kawan?

18-9-2021 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4253| Komen: 28

Satu tinjauan terhadap 1,000 penduduk Amerika Syarikat (AS) pada September mendapati satu daripada tujuh responden sanggup memutuskan persahabatan mengenai status vaksinasi Covid-19.

Tinjauan syarikat penyelidikan pemasaran, OnePoll Research mengenal pasti alasan kenapa individu sanggup memutuskan hubungan tersebut semasa pandemik.


Berhubung soalan mengenai vaksinasi, 66 peratus kehilangan kawan mengenai status sudah divaksin, sementara 17 peratus tidak bercadang langsung mengambil suntikan tersebut.


Gambar hiasan

Baki 14 peratus pula sanggup memutuskan hubungan persahabatan akibat enggan mengambil suntikan vaksin.

Sebanyak 97 peratus individu sudah divaksin menamatkan hubungan sebagai kawan kerana beranggapan bekas rakan mereka sebagai ‘anti-vaksin’ yang tidak pernah memahami kepentingan vaksin yang terbukti selamat dan berkesan.

Tinjauan sama turut bertanyakan soalan kepada individu yang tidak menerima suntikan vaksin.

Kebanyakan mereka berkata ia adalah hak peribadi dan selebihnya menzahirkan ketidakpercayaan terhadap vaksin yang berpotensi menyebabkan kesan sampingan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 18-9-2021 02:30 PM
vaksin dah jadi mazhab politik cm bangkem habis kena maki berbakul bakul walaupun mazhab politik tak sama atau berbeza pandangan

raikan perbezan pendapat raikan perbezaan pandangan. jgn sampai silaturahim terputus
Quote AbukRokok 18-9-2021 02:33 PM
isu vaksin ni jauh lebih teruk dari perbezaan politik  umno vs pas ph vs bn
Quote edayildiz 18-9-2021 02:46 PM
so vaksin blh memecahkan perpaduan ummah la ye
Quote sarah82 18-9-2021 03:03 PM
Kat malaysia
PROVAKSIN = merendah2kan pemikiran dan ilmu org lain yg tak setuju utk vaksin

ANTI VAKSIN  = merendahkan2 ilmu usaha org yg dapatkan vaksin sebagai satu ikhtiar utk kurang risiko kena vaksin

Tokey Big Pharma
Senyum sini kira keuntungan..

Quote manzilla 18-9-2021 03:25 PM
AbukRokok replied at 18-9-2021 02:33 PM
isu vaksin ni jauh lebih teruk dari perbezaan politik  umno vs pas ph vs bn


Sikit lagi kena ada dua imam dalam satu masjid, satu iman antivaksin, satu lagi imam antuvaksin. Eh antivaksin tidak dibenarkan masuk masjid.
Quote jahcomel 18-9-2021 03:35 PM
manzilla replied at 18-9-2021 03:25 PM
Sikit lagi kena ada dua imam dalam satu masjid, satu iman antivaksin, satu lagi imam antuvaksin. ...

Antibeksin xde tok imam sbb xleh masuk masjid lh kak
Quote manzilla 18-9-2021 07:40 PM
jahcomel replied at 18-9-2021 03:35 PM
Antibeksin xde tok imam sbb xleh masuk masjid lh kak

Lupa pulak aku. Sekarang aku sudah teringat akan kisah pelancung Cina dihalau dari masjid, selepas itu Mahadir terus naik hantu.
Quote dua_chzy 18-9-2021 07:40 PM
Sebab tu aku kata vaksin pemecah belah ummah tapi ada forumer kata klise. Klise dengan fakta pun tatau beda.
Quote RatuDunia94 18-9-2021 07:41 PM
Kat group Taman perumahan iols ni ada sekor bangsat duk post2 kononnya surat Arab Saudi x iktiraf vaksin Sinovac. Pastu yg puak2 sinovac pun terasa lah duk pertahan vaksin mereka. Pastu yg puak Pfizer duk melaung dorang vaksin kayangan yg paling baik dan selamat. Aku duk perati je perangai sekor2. Mcm budak2. Ko dapat vaksin apa pon kalo Tuhan ko lata ko mampos jap lagi mampos jugak..
Quote jahcomel 18-9-2021 07:43 PM
manzilla replied at 18-9-2021 07:40 PM
Lupa pulak aku. Sekarang aku sudah teringat akan kisah pelancung Cina dihalau dari masjid, selepas ...

Jom g kg fb GPMC Backup fb baru diaorg, byk cite arini... Hihihiiii
Quote manzilla 18-9-2021 07:47 PM
jahcomel replied at 18-9-2021 07:43 PM
Jom g kg fb GPMC Backup fb baru diaorg, byk cite arini... Hihihiiii

Caloooo... Pentaksub Vaksin sudah gelabah tulur.
Quote Normabaru 18-9-2021 11:58 PM
manzilla replied at 18-9-2021 05:25 PM
Sikit lagi kena ada dua imam dalam satu masjid, satu iman antivaksin, satu lagi imam antuvaksin. ...

bukan masjid je..sume tmpt xmo kasi masuk..walhal yg vaksin pon masih menjangkiti..
nk beza2 tp pukul rata semua.apo!
otak udang..
Quote Miss.H 19-9-2021 07:06 AM
Alhamdulillah aku ada kawan yang tak menonjol sangat bab-bab dia antivac ni dan kami respect pilihan dia. Bagus kawan ngn org mcm ni sebabnya banyk ilmu supplement / petua yang bagus-bagus korang boleh dapat. Kawan aku ni juga helpful sangat. Asal tanya je dia mesti jawab. tak ada pulak duk hasut supaya xyah vac
Quote jahcomel 19-9-2021 07:32 AM
Miss.H replied at 19-9-2021 07:06 AM
Alhamdulillah aku ada kawan yang tak menonjol sangat bab-bab dia antivac ni dan kami respect pilihan ...

Bagus camtu, hnya utk dri dia je...
Quote noor2 19-9-2021 07:35 AM
Salah kan diri sendirila...knp nk salahkan vaksin....kalau dah kawan tetap la kita kawan ....ikut diri masing2
Quote tupai 19-9-2021 07:45 AM
I ok je kwn dgn antivaxx kalau die sejenis x memekak dok paksa org lain ikut pemahaman die & sejenis die je la yg betul.
Quote capiloton 19-9-2021 09:32 AM
Edited by capiloton at 19-9-2021 11:53 AM

tenang2 saja.

yang ambil vaksin,
jangan fikir vaksin tu BERKUASA untuk lindungi korang semua.

yang tak ambil vaksin,
jangan fikir vaksin tu BERKUASA memudaratkan korang semua.

kalau korang fikir vaksin tu lagi LAGI BERKUASA dari Tuhan,
nanti korang akan kena ujian dari apa yang korang tak suka dan yg cuba di elak tu.

jangan masuk dalam golongan yang kutuk2 orang lain yang tak sealiran,
dan jangan masuk dalam golongan yang berbuat zalim pada orang lain.

mai dengar kata habib nih

[youtube]K-K1mGHlvJM[/youtube]


Quote Firenzza 19-9-2021 09:45 AM
Antu vs anti beksin dh mcm obses najibun walaupun dh dihukum salah oleh mhkmh tetap backing jibun betul mhkmah salah
Quote Dwdrum 19-9-2021 09:54 AM
Yang perangai begini species budak budak... Sekadar gaduh sikit sikit sudah lah sehingga putus kawan too much...
Tetapi memang ada akak jumpa makhluk begini jenis ber kawan ada clan... Jika 1 orang dalam clan tidak suka 1 person habis dia bawa cerita kepada kawan lain supaya avoid that person.... Sedang kan orang lain tiada issue dengan person ikut.... Perangai hauk sekor sekor...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.041085 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top