CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sumbang 10 Sen Pun Saya Terima Dengan Terbuka" - Mel Wings

18-9-2021 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3924| Komen: 12

Masih terasa kesan serangan angin ahmar pada 2014, ditambah impak pandemik COVID-19 yang menjejaskan mata pencarian sejak tahun lalu, bekas vokalis Wings, Mel bergelut meneruskan hidup.

Tular dalam media sosial baru-baru ini, Mel mengaku buntu memikirkan masa depan apabila satu persatu ujian mendatang.



Kredit foto: mStar

Namun, Mel atau nama penuh, Ismail Zainuddin, 56, belum sampai ke tahap mengibarkan bendera putih di rumah bagi meminta pertolongan, melainkan bantuan datang daripada pihak yang tahu dirinya dalam kesusahan.

"Pandemik COVID-19 benar-benar menguji. Hendak berceramah dan menyanyi pun tidak boleh. Pendapatan sudah tiada.

"Sebagai manusia biasa, saya mengadu kepada Tuhan," katanya kepada BH Online.

Sejak sedekad lalu, Mel lebih banyak menyertai kegiatan dakwah selain bergantung rezeki kepada dunia muzik.

Mel bersyukur ada insan prihatin tampil menghulurkan bantuan.

"Ada sedikit rezeki datang hasil pertolongan mereka yang baik hati. Setakat mana saya dapat, namun, saya bersyukur.

"Apa yang ada depan mata, cukup makan. Bolehlah beli susu untuk cucu. Belanja ubat pun ada yang mahal.

"Kalau ada yang hendak sumbang 10 sen pun saya terima dengan hati terbuka.

"Menantu saya sudah dibuang kerja akibat pandemik. Anak perempuan saya pula tidak bekerja. Mereka ada dua anak.

"Selepas apa yang terjadi, saya dan isteri mengajak mereka tinggal bersama di Bukit Jalil," katanya.

Mengenai penyakit angin ahmar, Mel berkata, biarpun sudah pulih kira-kira dua tahun lalu, percakapannya masih perlahan.

"Jalan pun ada ketikanya terhuyung-hayang. Sampai sekarang dan tidak diketahui punca, degupan jantung saya pun tak macam orang normal.

"Saya pula tidak suka tunjuk kalau sakit. Sebab itu, saya nampak macam sihat. Hakikatnya, menahan sakit. Kalau ada kesempatan, saya juga banyak berjalan kaki di sekitar kawasan rumah," katanya.



Mel berkata, ketika diserang angin ahmar, wang simpanan habis digunakan untuk rawatan.

"Saya habis lebih RM15,000 untuk merawat angin ahmar. Bukan setakat perubatan moden, cara tradisional pun saya usahakan di merata-rata tempat," katanya.

Percaya sakit adalah penghapus dosa, Mel yang berkahwin dengan Rose Maini Othman berkata, dia masih membuat pemeriksaan berkala di Hospital Putrajaya.

Ditanya apakah dia pernah memohon bantuan pusat zakat atau pejabat Baitumal, Mel mengaku ada memohon tetapi masih menunggu keputusan.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stania83 18-9-2021 01:49 PM
ok siapa siapa ada no akaun dia.
Quote Tokeybundle 18-9-2021 02:58 PM
Kesiannya...moga dipermudahkan
Quote lazim 18-9-2021 09:49 PM
mel ni bapak ewal ke . konfius dh aku
Quote hangdenim 18-9-2021 11:42 PM
lazim replied at 18-9-2021 09:49 PM
mel ni bapak ewal ke . konfius dh aku

Betul la tu chuols…
Quote Kangkung1M 19-9-2021 12:12 AM
lazim replied at 18-9-2021 09:49 AM
mel ni bapak ewal ke . konfius dh aku

Yezza, Mel Wings ni bapak Ewal AF.

[ig]https://www.instagram.com/p/tjQHaQwz-i/[/ig]
Mel ni jadi pendakwah, join Al-Arqam, tabligh, tapi...huhu betul la iman tu tak boleh diwarisi.

[ig]https://www.instagram.com/p/CTuTsAFBW9I/[/ig]
Quote nakkomenjugak 19-9-2021 01:02 AM
Moga dipermudahkan
Quote bro_kr 19-9-2021 01:32 AM
stania83 replied at 18-9-2021 01:49 PM
ok siapa siapa ada no akaun dia.

Sumbangan boleh disalurkan kpd

Ismail Zainuddin
Maybank 114039308464

Source FB
Quote Kangkung1M 19-9-2021 11:39 AM
Edited by Kangkung1M at 18-9-2021 11:43 PM
stania83 replied at 18-9-2021 01:49 AM
ok siapa siapa ada no akaun dia.

Posting bawah ada dinyatakan nombor akaun Mel.

[fbp]https://www.facebook.com/GreenworkProduction/posts/4658714730834945[/fbp]
Quote ilacantik 19-9-2021 02:06 PM
Zaman Mel dgn Wings lah meols jatuh cinta dgn irama slow rock. Bestnya lagu Ranjang Mawar dan Lena Diulit Intan. Dengar kat walkman, duduk asrama. Bestnya zaman sekolah dulu. Saya doakan semoga Uncle Mel cepat sembuh dan berkarya semula.
Quote mamastoney 19-9-2021 03:42 PM
Kesian dia tp sbg org tua yg sakit, spttnya menantu atau anak dia lah yg berusaha buat kerja utk cr nafkah, bukan Mel yg nk kena fikir psl susu cucu. Smg dia diberi kesembuhan. Betul la dia ckp, anggap kesakitan sbg penghapus dosa sbb ms dia mendoonia dulu, terpalit dgn satu kes kontrobersi kan mcm arwah Saleem
Quote missus_meow 19-9-2021 05:17 PM
siapa yg boleh bantu, bantulah ...
Quote blackpaper 19-9-2021 08:07 PM
semoga cepat lah sembuh uncle mel...suka sgt dgr suara dia dgn kump wings ...rasa lagi best drp awie ...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037089 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top