CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aishah Risau Kalau Tak Boleh Nyanyi Lagu Nada Tinggi Lepas Kena Covid-19

18-9-2021 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2865| Komen: 7

Penyanyi bertaraf legenda, Aishah lega kerana mampu menyanyi dan membawa lagu bernada tinggi walaupun masih berada dalam fasa pemulihan selepas bertarung nyawa dengan virus maut Covid-19 sebelum ini.


Menerusi hantaran dalam Instagram, Aishah meluahkan keraguan tentang keupayaan nyanyiannya yang dirasakan telah merudum akibat wabak tersebut.

Namun, kerisauannya ternyata meleset kerana dia masih mampu membawakan lagu-lagu bernada tinggi setelah beberapa kali melakukan percubaan.

Foto: Kosmo

“Setelah sekian lama, saya seronok kerana dapat menyanyi semula. Saya cuba nyanyikan lagu sendiri, tahap keyakinan masih rendah tetapi saya seronok mendengar diri sendiri menyanyikan lagu sendiri.

“Camar Yang Pulang dan ya, saya masih dapat menyanyikan nota-nota yang tinggi itu! Tapi biasalah nyanyi nota tinggi seperti seseorang yang sebulan dah tak menyanyi sedangkan sebelum Covid-19, saya rajin jugalah buat latihan vokal bersama @cikgushafi bermula dari Anugerah Juara Lagu lepas.

“Tetapi sekurang-kurangnya saya tahu saya hanya perlu lakukan latihan vokal untuk menggerakkan memori otot vokal,” tulisnya.

Akui pemilik nama lengkap Wan Aishah Wan Ariffin, 56, dia cemas jika tidak mampu menyanyi dengan baik sementelah paru-parunya disahkan rosak 20 peratus akibat Covid-19.

Pada hantaran sama, pelantun lagu Janji Manismu itu juga sering tertanya-tanya sama ada kerosakan paru-paru yang dialami bersifat kekal atau sementara memandangkan organ tersebut dan peti suara sangat penting kepada individu yang mencari rezeki dalam bidang nyanyian.

“Masa saya nyanyi lagu Bahtera Merdeka di hospital itu saya cuak kerana saya nyanyi dengan key (not) yang lebih rendah.

“Jarang sangat saya nyanyi salah key, bagi lagu yang saya dah nyanyikan berpuluh tahun. Hal itu membuatkan saya tertanya tanya sama ada Covid-19 sudah rosakkan instrumen saya hingga secara semulajadi, suara saya turun key,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Aishah seperti memberi gambaran bahawa dia akan kembali menghiburkan peminatnya diiringi Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) sekitar tahun depan.

“MPO jumpa anda tahun depan, insya-Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Aishah dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor pada 30 Ogos lalu selepas disahkan positif Covid-19 dan mengalami simptom demam panas serta batuk.

Dua hari dirawat, oksigen dalam badannya menurun ke paras 88 peratus selepas doktor cuba membuka alat pernafasan yang digunakan.

Aishah disahkan bebas Covid-19 dan dibenarkan pulang ke rumah 12 hari selepas menerima rawatan. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 18-9-2021 01:20 PM
Well, tuhan amik balik rezeki dia bagi.
Mintak dgn Allah zis..bukan dgn nusio..
Quote Parit.Hilton 18-9-2021 04:20 PM





uols betul ka sohai laksa BFF dengan kak ecah?
Quote RatuDunia94 18-9-2021 07:47 PM
For me Aishah ni mmg lah bokeh nyanyi tinggi lagi sbb suara dia jenis halus mcm kartun.. tp kalau dgr betul2 mostly high notes dia pitchy je.. mcm ziana mmg hilang terus suara nyaring dia sbb suara dh jd besar. Sama mcm siti pun dh x boleh tarik sbb duara dh besar. Tp siti nyanyian masih stabil.
Quote zie_indah 19-9-2021 08:58 PM
Tk tau la kak ecah menjak dia suka gado2 ngn net xminat sgt dia
Quote dino 19-9-2021 09:07 PM
Parit.Hilton replied at 18-9-2021 04:20 PM
uols betul ka sohai laksa BFF dengan kak ecah?

ko nih.. die ade kawan ke? dgn adik beradik pun kena buang..

kwn die hanya ina lembam tu jah haha
Quote Cece1234 19-9-2021 09:51 PM
RatuDunia94 replied at 18-9-2021 07:47 PM
For me Aishah ni mmg lah bokeh nyanyi tinggi lagi sbb suara dia jenis halus mcm kartun.. tp kalau dg ...

Apa punca suara jadi besar tu? Faktor usia ke?
Quote irsa 19-9-2021 09:54 PM
Mungkin dah sampai masa utk sheols berehat dari Dunia pentas

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.032600 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top