LA PAZ: Seorang wanita terkejut selepas menemukan potongan jari manusia di dalam burger yang dibelinya di sebuah restoran di Santa Cruz de la Sierra, Bolivia.
Lapor Express, wanita yang enggan mendedahkan namanya memberitahu dia menemukan bahagian itu ketika sedang menikmati hidangan makanan di restoran tersebut. Timbalan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Jorge Silva berkata, bahagian jari ditemukan itu milik salah seorang pekerja di rumah sembelihan. Katanya, pekerja tersebut kehilangan dua jarinya dalam satu kemalangan pada Jumaat lalu ketika mengendalikan mesin pemotong yang menyediakan kira-kira 80 kilogram (kg) daging.
Menurut Silva, pekerja tersebut kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan jari terputus itu didakwa telah dibuang selepas kejadian itu. “Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab, hukuman penjara boleh dikenakan hingga 10 tahun,” katanya. Dilaporkan, ini bukan kali pertama insiden seperti itu berlaku. Sebelum ini, terdapat sekurang-kurangnya tiga kejadian lain membabitkan pekerja kehilangan jari. Sementara itu, Kementerian Sumber Manusia mengarahkan semua operasi di rumah sembelihan tersebut dihentikan sehingga terdapat bukti dokumen pekerja dilatih untuk mengendalikan mesin. Menurut pengurusan restoran, pihaknya sentiasa mematuhi semua peraturan keselamatan makanan. -CARI Sumber: Utusan
|
kemaruk replied at 17-9-2021 12:00 PM
bangkem dah kurangkan makan makanan dah diproses nih
hotdog tu dorang masukkan sekali limpa perut ...
evlinne replied at 17-9-2021 12:56 PM
Bangkem duduk area lembah klang tak? Kalau ya, boleh try hotdog keluaran Dr.zainol
Sbb hotdog di ...
kemaruk replied at 17-9-2021 12:00 PM
bangkem dah kurangkan makan makanan dah diproses nih
hotdog tu dorang masukkan sekali limpa perut ...
kemaruk replied at 17-9-2021 01:02 PM
tak pernah dengar.. jual katne?
boleh je nak try
ADVERTISEMENT