CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasib Baik Dapat Kesan Awal, Lima Kes Covid-19 Dikesan Sebelum Ke Langkawi

17-9-2021 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8882| Komen: 75

Lima kes positif Covid-19 dikesan selepas saringan dijalankan melalui ujian RTK-Ag melibatkan individu yang ingin masuk ke Pulau Langkawi, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes positif yang dikesan merupakan kategori satu iaitu tidak bergejala dan telah diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.

Menurutnya, pengesanan kes melalui ujian RTK-Ag melibatkan 2,528 orang manakala enam individu menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang dan kesemua keputusan adalah negatif.

Foto: Kosmo

“Baki 12 kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian Covid-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.


Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 2,546 orang disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi melibatkan 1,250 orang di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui jeti feri di Kuala Perlis.

Katanya, seperti ditekankan sebelum ini, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama ini sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik yang seterusnya.

“Projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ia berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu.

“Atas sebab itu, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan merupakan kes positif Covid-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 16-9-2021 10:44 PM
Habis dah dok dalam plane tu ramai2 penuh 100% katanya.. so kira semua kontak rapat ke?
Quote minahsenget 16-9-2021 10:47 PM
hmmm good luck la yg satu plane tu
Quote edayildiz 16-9-2021 10:47 PM
pintu masuk udara dan laut Pulau Langkawi

pintu masuk langkawi kt jati feri atau aiport langkawi la kan? so mksdnya yg dlm flight tu camno pulak
Quote edayildiz 16-9-2021 10:49 PM
mcm xsampai jer soalan yg nk tnya
hmm takpe lah
Quote ninja boy 16-9-2021 10:50 PM
Ini bercuti2 langkawi utk kurantin
Quote white_musk 16-9-2021 10:52 PM
"Kan semua pakai mask dan dah complete. Kalau kena pun cat 1 atau 2 saja. "

Ahmad farhan, 23
Pelancong langkawi
Quote SPACE COP GABAN 16-9-2021 10:54 PM
Dorang dikesan semasa buat saringan sblm naik flight dan feri ...bukannya dah smpai kat sana...
Quote minahsenget 16-9-2021 10:55 PM
edayildiz replied at 16-9-2021 10:47 PM
pintu masuk udara dan laut Pulau Langkawi

pintu masuk langkawi kt jati feri atau aiport langkawi  ...

i paham soalan u, i pun rasa kat lgkawi
Quote Firenzza 16-9-2021 10:55 PM
edayildiz replied at 16-9-2021 10:47 PM
pintu masuk udara dan laut Pulau Langkawi

pintu masuk langkawi kt jati feri atau aiport langkawi  ...

Sop caca marba.....kt langkawi kna swab test kt s'wak janji 2 dos blh tembus, walhal s'wak kes paling tinggi skrg.

Yg 1 flight contact rpt  dah merempan 1 langkawi.....lantak kome lerrr
Quote minahsenget 16-9-2021 10:55 PM
SPACE COP GABAN replied at 16-9-2021 10:54 PM
Dorang dikesan semasa buat saringan sblm naik flight dan feri ...bukannya dah smpai kat sana...

oh ya ka
Quote edayildiz 16-9-2021 10:58 PM
minahsenget replied at 16-9-2021 10:55 PM
i paham soalan u, i pun rasa kat lgkawi

patut dorg saring kt airport sblm terbang la khenz..rasanya td baca saring kt klia..tp ni kt langkawi pulak..semoga slmt la semuanya..
Quote edayildiz 16-9-2021 11:00 PM
Firenzza replied at 16-9-2021 10:55 PM
Sop caca marba.....kt langkawi kna swab test kt s'wak janji 2 dos blh tembus, walhal s'wak kes pal ...

srwk tu xstrt lg kan blh masuk sana
.i rasa srwk agak tegas sikit kt airport kch..mesti check kot nnti..yg langkawi ni pun baru uturn smlm khenzz..hrp2 ok le semua
Quote minahsenget 16-9-2021 11:01 PM
edayildiz replied at 16-9-2021 10:58 PM
patut dorg saring kt airport sblm terbang la khenz..rasanya td baca saring kt klia..tp ni kt langk ...

hikhik ...i tak suka lkwi, rasa nak berenang balik je.moga aman2 dan sihat lah sapa yg p tu
Quote ninnamina 16-9-2021 11:02 PM
Takziah.. kesian pulak, mesti excited nak bercuti sekali jadi benda lain.. harap dipermudahkan
Quote Lagubestbest 16-9-2021 11:19 PM
err.. diorang kuarantin dua minggu kat langkawi la eh? free ke dapat makan sekali la kan tiap2 hari? st. regis? westin? ritz-carlton?
Quote R2D2 16-9-2021 11:23 PM
Quote likilu 16-9-2021 11:24 PM
Makin lama makin susah nak pretend bat flu exist
Quote R2D2 16-9-2021 11:25 PM
Quote sarah82 16-9-2021 11:29 PM
Tak sia2 aku top up mask lagi. Esk aku nak tgk offer kat grab mart.. Mana tau boleh grab test kit harga rm13.90

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.038758 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top