CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zara Zya Bagi Anjing Makan- "Selagi Makhluk Itu Bernyawa Dan Lapar, Saya Akan Bantu"

17-9-2021 08:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5673| Komen: 35

“Selagi makhluk itu bernyawa dan lapar, saya akan bantu.”

Demikian antara respons aktres Zara Zya selepas usaha murninya memberi makan kepada anjing jalanan baru-baru ini yang mendapat pujian ramai.


Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dia tidak menyangka usaha kecilnya menarik perhatian masyarakat sehingga turut mendorong mereka berniat untuk melakukan hal yang serupa.


Foto: IG

“Saya memang suka menghulurkan bantuan kepada semua yang memerlukan dan umum tahu saya ada pertubuhan sendiri iaitu Malaysia Prihatin.

“Semua golongan tidak kira kaum, bangsa mahpun jenis makhluk saya akan bantu. Selagi makhluk itu bernyawa, ada perut dan berasa lapar, insya-Allah saya hulur bantuan,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.




Dalam pada itu, mengulas mengenai video dia memberi makanan kepada beberapa ekor anjing di kawasan kejiranannya, pelakon berusia 36 tahun itu bersyukur kerana usaha murni tersebut mendapat reaksi positif.

“Sangat terharu dengan pujian ramai. Dalam ruangan komen ramai yang puji malah ada yang ingin melakukan perkara serupa.

“Semoga apa yang saya lakukan ini menjadi asbab kebaikan untuk lebih ramai orang melakukan perkara baik terhadap semua orang. Jangan pinggirkan haiwan sebab mereka juga makhluk Tuhan,” ujar pelakon drama Seadanya Aku itu.




Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuklah: “Comel saja. Saya pun sama bagi makan kepada anjing. Sekarang ada yang diberi nama Kuntum”.

Terdahulu, berbekalkan modal simpanannya sendiri. Zara mengambil inisiatif menubuhkan sebuah laman web, www.malaysiaprihatin.com pada tahun bertujuan menyediakan platform sah dan telus untuk mana-mana pihak yang memerlukan dan berminat untuk menyalurkan sumbangan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 17-9-2021 08:06 AM
Saya memang suka menghulurkan bantuan kepada semua yang memerlukan dan umum tahu saya ada pertubuhan sendiri iaitu Malaysia Prihatin.

apa yg dia ni cuba buktikan
Quote TerataiMelur02 17-9-2021 08:16 AM
Ok...........
Quote cheezel 17-9-2021 08:37 AM
bagusla. anjing pn makhluk tuhan. aku pn selalu bg anjing stray makan. kesian dah kurus tinggal tulang. melayu totok je jijik sangat ngn anjing. ntah pape
Quote kakigojes 17-9-2021 09:00 AM
Ok….. bersangka baik je la, post sebab nak galakkan orang buat baik…
Quote bakingsoda 17-9-2021 09:10 AM
edayildiz replied at 17-9-2021 08:06 AM
Saya memang suka menghulurkan bantuan kepada semua yang memerlukan dan umum tahu saya ada pertubuhan ...

tigaploh persen boss
Quote violetungu 17-9-2021 09:14 AM
Aku tgk anjing pun aku dah takut..ni kan nak bg makan..pengalaman pahit aku,kecik2 aku kena ligan dek anjing.xcukup kaki aku lari lintang pukang.
Quote bakingsoda 17-9-2021 09:15 AM
aku cuba bayang berada ditempat kejadian;
A: kau rakam eh aku nak letak makanan ni
B: ok jap2 nak on camera
Quote slyfynx 17-9-2021 09:22 AM
Kisahnye die nk cite yang die ade NGO.
Sile lah derma supaya diorang dapat 30 percent
Quote Mooverine 17-9-2021 09:29 AM
Well done.  
Quote pooh~key 17-9-2021 09:37 AM
cheezel replied at 17-9-2021 08:37 AM
bagusla. anjing pn makhluk tuhan. aku pn selalu bg anjing stray makan. kesian dah kurus tinggal tula ...

Dengan rasuah tak jijik pulak, sister….
Quote bulalof 17-9-2021 09:37 AM
demi content dan likessssssssssss.......
Quote mzzenma 17-9-2021 09:56 AM
tahniah.. perkara yg baik kita puji. Mzz ok je dgn anjing, in fact dekat ofis mizz, jiran sebelah ada bela anjing mzz bagi nama dollah. Kalau mzz sampai, dari gate depan sampai ke belakang dia berlari ikut mzz. Dapat lah ayam goreng hahahah
Quote mzzenma 17-9-2021 09:58 AM
Lepas tu ada seekor anjing kecik ni, tu mmg jahat nak mampus, kejar mzz naik motor. Yang anjing besar rumah sebelah pula relaks je santai2 pandang org, baik je.

Umum maklum anjing kecik mmg perangai persis syaiton ya
Quote monreyes 17-9-2021 10:17 AM
edayildiz replied at 17-9-2021 08:06 AM
Saya memang suka menghulurkan bantuan kepada semua yang memerlukan dan umum tahu saya ada pertubuhan ...

dah ada pertubuhan tu x yah lah saya saya lagi kan
Quote monreyes 17-9-2021 10:30 AM
mzzenma replied at 17-9-2021 09:58 AM
Lepas tu ada seekor anjing kecik ni, tu mmg jahat nak mampus, kejar mzz naik motor. Yang anjing besa ...

selayaknya di baling batu...nyampah btol aku anjing salak2 acah bagus ni...
pas tu baca....

AYAT MENGHALAU ANJING


YA-QITMIR 3X sambil berniat dijauhkan anjing buas, atau Baca Surah Al-Lahab-TABBAT YADA-ABI-LAHABIU-WATAB.


Quote che-cikL 17-9-2021 10:35 AM
Iols tak gemar org buat post buat kebaikan sambil letak caption doa semoga dpt kebaikan lah, murah rezeki lah..

Ok bai, iols berkeladak sorang2
Quote 3chanceno 17-9-2021 10:36 AM
monreyes replied at 17-9-2021 10:30 AM
selayaknya di baling batu...nyampah btol aku anjing salak2 acah bagus ni...
pas tu baca....


Good info sis....tenkiu
Quote mzzenma 17-9-2021 10:47 AM
monreyes replied at 17-9-2021 10:30 AM
selayaknya di baling batu...nyampah btol aku anjing salak2 acah bagus ni...
pas tu baca....


ohh baik2..tq for the info

so far yg mzz baca dekat forum lain, anjing yg small size ni mmg jahat dia lain mcm sikit. Maybe utk compensate size dia yg kecik tu.
Quote missbigrockstar 17-9-2021 01:39 PM
Sedihnya tgk mommy dog tu menyusu anak2 puppies ramai. Nasib ada rezeki hari tu si zara ni bagi. Hari lain dia kena keluar cari makan sendiri sisa2 makanan, sampah. Itu lah liku2 kehidupan haiwan jalanan

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059302 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top