Seorang wanita diserang lelaki gila seks dengan picagari mengandungi air mani di sebuah pasar raya di Maryland, Amerika Syarikat.
Lelaki terbabit, Bryon Stemen, 51, sempat memaklumkan kepada mangsa 'tikaman' itu seakan-akan seperti sengatan lebah. "Saya tahu rasanya hanya seperti disengat lebah," katanya sambil mencucuk picagari di punggung mangsa. Dia kini meringkuk di sebalik tirai besi selepas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.
Serangan terhadap Katie Peters itu berlaku Februari tahun lalu. Dia memaklumkan kepada CBS Baltimore suspek menghampirinya ketika dia memasuki pasar raya. Tidak lama selepas itu dia berasa 'panas' seperti dicucuh rokok pada tubuhnya. Kejadian itu pada mulanya tidak disedari hingga dia tiba di rumah dan mendapati ada luka tusukan. "Ketika memandu pulang saya rasa sesuatu tidak kena pada tubuh. "Saya menghubungi anak lelaki dan memaklumkan sesuatu yang tidak baik berlaku namun harap ia tidak serius," katanya seperti dilaporkan The Sun. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, lelaki terbabit menyerang wanita berkenaan menggunakan picagari. Polis Anne Arundel Country, Sarjan Jacklyn Davis berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan polis yakin itu bukan kali pertama suspek berbuat demikian. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT