Baru-baru ini, tular video mendakwa hanya golongan tertentu diberi keutamaan menunaikan solat Jumaat berbanding jemaah yang datang awal untuk beratur. Menerusi video itu, sebahagian jemaah dilihat beratur sambil membawa sejadah dan apabila VIP datang dengan menaiki kenderaan besar, pintu pagar utama dibuka untuk mereka. Loading FB Post... Susulan itu, ramai netizen yang tidak berpuas hati 'menyerang' laman Facebook Masjid Putra, Putrajaya berjemaah. Rata rata menyatakan isu antara dua darjat ini tidak sepatutnya berlaku.
Sementara itu, Imam Besar Masjid Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim menyelar tindakan pihak yang merakam dan menyebarkan video yang mendakwa seorang kenamaan (VIP) mendapatkan layanan istimewa. Tegasnya, ia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab. Selain sengaja memburuk-burukkan seseorang, dia menyifatkan pihak terbabit mempunyai agenda tertentu untuk mencari salah orang lain. “Saya nak cakap saya tak reda benda tu dan saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah tetapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf,” katanya memetik laporan Kosmo! Loading FB Post... Mengulas lanjut, Ikmal berkata, jumlah kuota untuk solat jumaat bagi masjid Putrajaya adalah seramai 300 orang yang mana 90 peratus darinya (270 orang) adalah untuk orang awam manakala 10 peratus (30 orang) untuk VIP. Mungkin pihak masjid perlu memberi kelonggaran selepas ini. Jika rakyat biasa boleh datang awal dan menunggu oleh itu golongan VIP perlu turut berbuat perkara sama agar isu seperti ini tidak berulang lagi. Kita semua pendosa. Ingin masuk syurga. - CARI
|
Rotisserie replied at 13-9-2021 12:48 PM
Imam ni pikir dia punya redha je. Cuba imam tu di tmpt jemaah yg dh lama menunggu tu, apa rasa? Imam ...
ADVERTISEMENT