Tindakan seorang penerbit dan pengurus produksi (PM) mengambil pelakon yang belum lengkap vaksinasi untuk memulakan penggambaran mengundang kemarahan aktres Fauziah Nawi.
Fauziah, 68, mengakui bimbang kelonggaran yang diberikan ditarik balik jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengetahui perkara itu. "Macam mana ada penerbit dan PM boleh ambil pelakon atau karyawan yang tak vaksin? Janganlah buat hal. Nanti kerana kalian, kebenaran akan ditarik balik. "Menyusahkan. Kalau pihak #KKM #MKN #Finas dapat tahu macam mana? Atau kalian ada cable besar ke? Ini bukan cemburu tapi diam-diamlah," kata Fauziah.
Terdahulu, Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai ibu Fauziah menerusi Instagram meluahkan rasa kesal terhadap penerbit yang mengambil kesempatan terhadap kebenaran yang diberikan.
|
dudaberhias replied at 8-9-2021 01:48 PM
Janda tak boleh move on dengan dagu macam pembuka tin sardin cap ayam brand tu ke?
Suchi replied at 8-9-2021 02:25 PM
Sardin cap ayam tak perlukan pembuka tin sis, sardin lain barangkali yaaa
ADVERTISEMENT