Pemimpin komuniti di Kimberley, Australia Barat sedang berusaha mencegah penyebaran berita palsu mengenai bagaimana suntikan vaksin Covid-19 berisi roh jahat iblis.
ABC News melaporkan, sesetengah mubaligh dari Amerika Syarikat sering menyebarkan e-mel dan video yang memperingatkan vaksin Covid-19 adalah bentuk kejahatan dan merupakan satu kerja jahat syaitan. Pesanan itu dengan mudah masuk ke dalam komuniti Kristian di pedalaman Australia Barat. Seiring dengan rendahnya angka vaksinasi dalam kalangan suku Orang Asli Australia di bahagian barat, penyebaran berita palsu berdasarkan agama itu menjadi sangat berbahaya bagi komuniti berkenaan.
Data dari Jabatan Kesihatan menunjukkan kurang daripada 10 peratus penduduk Orang Asli Australia di wilayah Kimberley dan Pilbara telah mendapat dua dos vaksin. Petugas kesihatan veteran suku Orang Asli, Kathy Watson mengatakan, mereka yang menyebarkan informasi palsu tentang vaksinasi Covid-19 dan hubungannya dengan iblis adalah orang ‘gila’. “Mereka kata kalau kita disuntik, ada iblis dalam diri kita,” katanya. Sumber: Utusan
|
nakkomenjugak replied at 7-9-2021 10:55 PM
“Mereka kata kalau kita disuntik, ada iblis dalam diri kita,” katanya
Haa ko
edayildiz replied at 7-9-2021 11:05 PM
mcm kambing pulak gmbo tu
apa2 jah..asalkan bahagia
edayildiz replied at 7-9-2021 11:05 PM
mcm kambing pulak gmbo tu
apa2 jah..asalkan bahagia
sarah82 replied at 7-9-2021 11:37 PM
Mmg baphomet mcm kambing ada sayap.. Dikatakan Knights Templars sembah dia
gideoncross replied at 8-9-2021 01:06 AM
Uol thu bnyk psl Baphomet, boleh x uol explain kat iol psl ni? Tq.
Suchi replied at 8-9-2021 01:17 AM
Kalau vaksin tu setan virus tu plak kira apa.
Mmg ada satu keanehan ngn virus tu ada yg kata sihir ...
sarah82 replied at 8-9-2021 01:08 AM
Iols x brp tahu sangat.. Baca sekali imbas.. Nanti iols baca betul dan faham..
gideoncross replied at 8-9-2021 01:51 AM
Sbb yg iol fham, Baphomet ni mmg devil. Yg sllu d kaitkn dlm dunia Illuminati.
gideoncross replied at 8-9-2021 01:51 AM
Sbb yg iol fham, Baphomet ni mmg devil. Yg sllu d kaitkn dlm dunia Illuminati.
dua_chzy replied at 7-9-2021 11:00 PM
Tak betul ke? Siap yang disuntik terdorong huntok doa yang tak disuntik mati kena kobid la, kena bua ...
ADVERTISEMENT