CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tak Perlu Restoran 24 Jam, Kata Ibrahim Ali

27-11-2013 10:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15539| Komen: 112

Description: Petaling Jaya: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali Membantah Restoran Seperti Kedai Mamak Beroperasi 24 Jam Sehari Kerana Ianya Menggalakkan Remaja Melepak Sehingga Awal Pagi.


PETALING JAYA: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali membantah restoran seperti kedai mamak beroperasi 24 jam sehari kerana ianya menggalakkan remaja melepak sehingga awal pagi.

Di samping mendakwa kedai mamak yang beroperasi 24 jam semakin bertambah dalam negara, Ibrahim mendakwa bahawa kedai mamak turut menjadi tempat penjenayah kecil berkumpul.

“Ia jadi tempat lepak budak-budak muda Melayu sampai pagi dan turut menjadi tempat lepak penjenayah kecil,” kata Ibrahim melalui satu sistem pesanan ringkas (SMS) kepada FMT.


Jelasnya lagi, di samping menjejaskan kesihatan, restoran yang beroperasi 24 jam turut mengancam keselamatan rakyat.
Justeru itu, beliau yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas menegaskan restoran patut dihadkan operasinya hingga jam 12 malam sahaja.

“Di negara-negara maju pun tak buka kedai (makan) 24 jam. Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina pun tak buka kedai 24 jam.
“(Bahkan) negara Barat dan maju pun tak ada kedai makan 24 jam dan pusat hiburan yang beroperasi sampai jam 3 pagi,” tegasnya.

Tambahnya lagi, restoran serta pusat hiburan yang beroperasi seperti ini menjadi punca keruntuhan akhlak dan jenayah dalam negara.
“Sama-sama kita bangkit menentang gejala buruk ini,” kata beliau mengakhiri SMSnya.


5

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote True-X 26-11-2013 05:55 PM
Kt mexico ade x?... penjenayah dadah byk kt sane.
Quote kucingTomey 26-11-2013 05:57 PM
True-X posted on 26-11-2013 05:55 PM
Kt mexico ade x?... penjenayah dadah byk kt sane.

betul...mamak takde di sicily....tapi mafia bermula di sana.....mamak tiada di tokyo..tapi yakuza bermaharaja lela di sana.....malah geng2 36 08 14 tak lepak mamak la brader.....mereka lepak private party

Quote a_gen2 26-11-2013 05:59 PM
sblm tutup kedai mamak harap berahing ali pastikan kelab2 malam tutup jam 12 jugak..

bukan apa..takut kalau dah tutup kedai mamak mereka pi lepak disko pulak..
Quote Nash^Roy 26-11-2013 06:00 PM
Kami persatuan mamak membantah keras cadangan bodo ni :@
Quote Al-Patih 26-11-2013 06:01 PM
a_gen2 posted on 26-11-2013 05:59 PM
sblm tutup kedai mamak harap berahing ali pastikan kelab2 malam tutup jam 12 jugak..

bukan apa..t ...

Brahim ni ..selalu miss atau tertinggal target lah ...
Quote Al-Patih 26-11-2013 06:01 PM
Nash^Roy posted on 26-11-2013 06:00 PM
Kami persatuan mamak membantah keras cadangan bodo ni :@

ok ..noted
Quote abgboroi 26-11-2013 06:07 PM
kelab2 malam x mahu tutup ker bang berahim? takkan mamak ajer kot jadi sasaran...

mamak ni kira ok laa dia tahu na grab peluang terhadap org msia ni yg mmg ada masalah tido malam...perkeja2 yg menjalan kerja tgh malam pun nak mencekik juga bang oiii...
Quote mziskandar 26-11-2013 06:08 PM
eh.. camner dia tau kat situ tmpt penjenayah lepak...
senang la kalau dah tau, apsal x g tangkap?
Quote Al-Patih 26-11-2013 06:09 PM
mziskandar posted on 26-11-2013 06:08 PM
eh.. camner dia tau kat situ tmpt penjenayah lepak...
senang la kalau dah tau, apsal x g tan ...

dia nak bagi tau le ...bagi IGP buek korjo ...
Quote Muntz 26-11-2013 06:14 PM
Biarlah diorg nak bukak 24 jam pun. Gejala sosial bukan takat melalui kedai mamak jah, bukak tempat urut, spa, yg tutup pukul 12am pun menggalakkan gejala sosial jugak.
Quote melati_kesuma 26-11-2013 06:16 PM
Bodohnya alasan tu huhu
Quote Al-Patih 26-11-2013 06:18 PM
melati_kesuma posted on 26-11-2013 06:16 PM
Bodohnya alasan tu huhu

itu kelulusan dia ..tau ...
Quote ninja boy 26-11-2013 06:18 PM
org nk travel outstation x best betul
Quote abgboroi 26-11-2013 06:18 PM
“Di negara-negara maju pun tak buka kedai (makan) 24 jam. Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina pun tak buka kedai 24 jam.
“(Bahkan) negara Barat dan maju pun tak ada kedai makan 24 jam dan pusat hiburan yang beroperasi sampai jam 3 pagi,” tegasnya.


aku rasa ibrahim ali ni kena update laa knowledge....negara2 dia sebut tu semua ada restoran 24 jam...kat barat ada kelab malam..disko...ntah macam macam kelab 24 jam....kalau tutup 3-4 pagi pun still di kira perniagaan tgh malam...
Quote mak_wa95 26-11-2013 06:21 PM
otak dah expired.............
Quote Al-Patih 26-11-2013 06:22 PM
abgboroi posted on 26-11-2013 06:18 PM
aku rasa ibrahim ali ni kena update laa knowledge....negara2 dia sebut tu semua ada restoran 24  ...

tak kan lupa siapa dio tu ....


Quote abgboroi 26-11-2013 06:33 PM
Al-Patih posted on 26-11-2013 06:22 PM
tak kan lupa siapa dio tu ....

kata kawan aku...perniagaan 24 jam adalah satu cara kerajaan kutip cukai lebih banyak...bukan siang ajer kena cukai...24 hour kena cukai....ibrahim ali nak cakap aper?
Quote Al-Patih 26-11-2013 06:35 PM
abgboroi posted on 26-11-2013 06:33 PM
kata kawan aku...perniagaan 24 jam adalah satu cara kerajaan kutip cukai lebih banyak...bukan sian ...

brahim ..kan ..bila bukak mulut ....tak ada pati ...hampas aje
Quote Bell 26-11-2013 06:48 PM
Hentikan industry yg kerja shift 24 jam - secara automatik kedai makan 24 jam akan berkurangan.

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.070485 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top