CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Graduan Pendidikan Tidak Dijaminkan Peluang Kerja

27-11-2013 10:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11186| Komen: 108


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak menjanjikan penempatan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kian Ching.

Beliau berkata, ini kerana sebahagian besar daripada mereka bukan ditaja oleh Kementerian Pendidikan dan tidak ada sebarang ikatan perjanjian dengan pihak kementerian.



"Penempatan graduan adalah berdasarkan kepada kekosongan perjawatan yang ada. Apabila bekalan diterima, penempatan dilaksanakan mengikut kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen," katanya.


Yap berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini. Abdul Rahman bertanyakan mengenai mekanisme Kementerian Pendidikan dalam mengatasi kelewatan penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sejak akhir-akhir ini.

Beliau menambah, mulai 2012, pelantikan dan penempatan graduan pendidikan keluaran IPTA dan Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak lagi secara automatik, tetapi secara lantikan tetap dan tidak lagi lantikan secara sandaran.

"Kementerian Pendidikan berpandangan bahawa tidak timbul isu kelewatan dalam penempatan guru baharu memandangkan semua graduan pendidikan perlu menjalani prosedur pelantikan dan penempatan yang telah ditetapkan," kata Yap.

Jelasnya, graduan pendidikan yang tamat pengajian dan diperakukan oleh senat IPTA/IPG perlu memohon di portal www.jobsmalaysia.com bagi tujuan panggilan temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Yab berkata bakal guru hanya akan ditempatkan di sekolah-sekolah setelah mereka lulus temuduga dan diperakui oleh pihak SPP.

"Ini bertujuan untuk memastikan guru-guru yang dilantik berkualiti dan memenuhi standard guru Malaysia. Mereka akan ditempatkan ke sekolah dengan tawaran jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41," katanya.

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hambaallah1709 26-11-2013 03:43 PM
gud luck adik adik posting d sabah gnti tmpt kak...
best wooo ngajar kt sbh...aman aman adja konsepnya...
kak nk ngajar smmnnjung plk ni...

hehehe  :lol
Quote akies 26-11-2013 03:43 PM
dahtu..nak keje pe pulak?
guru tuisyen ? guru tadika?
Quote kucingTomey 26-11-2013 03:46 PM
dorang ni bukan ada temuduga kan?kalau tak pas pandai2 la hidup......
Quote kucingTomey 26-11-2013 03:47 PM
rakyat kena ubah cara pikir......jgn harapkan gomen dalam mencari kerja......!
Quote Nash^Roy 26-11-2013 03:49 PM
Org yg xlayak msk U tp dpt msk due to quota.. rasakan la skrg
Quote SulurBidar 26-11-2013 03:52 PM
kucingTomey posted on 26-11-2013 03:47 PM
rakyat kena ubah cara pikir......jgn harapkan gomen dalam mencari kerja......!

Setuju dgn bro felix felidae..


Ummah Melayu terutamanya, lepas grad nak keja gomen.. Lepas grad nak keja gomen..
Gamaknya gomen tu Tuhan Pemberi Rezeki...

Walhal, Tuhan bagi pelbagai rezeki di pelbagai sektor..



Quote hyie 26-11-2013 03:55 PM
belajar rajin2, dapat pointer first class, sambung la masters pendidikan, skali pakej ngan phd, pastu jadi lecturer...kan senang
Quote haiku 26-11-2013 04:02 PM
Cuba cari peluang kerja di sektor swasta ..
Sekarang banyak private school (international/islamic)
Quote noell 26-11-2013 04:04 PM
anak sedara aku graduate UPSI setahun baru dpt posting

naseb baik dia keja dulu since dia ada diploma civil poli
Quote epysha 26-11-2013 04:05 PM
ambik pendidikan terjamin dpt jd cekgu kekdahnye..
Quote Bateesta 26-11-2013 04:05 PM
akies posted on 26-11-2013 03:43 PM
dahtu..nak keje pe pulak?
guru tuisyen ? guru tadika?

kan byk kosong




































GURU SEKOLAH MEMANDU
Quote ushioz 26-11-2013 04:09 PM
masuk kos engineering lah. berlambak kerja bagi yang tak ada komitmen dan gatal nak nikah cepat. sekarang kurang spesis yang tahan lasak dan tak cepat rindu nasi lemak dan ketiak makpak/bini/anak. last2 cabut pergi education.
Quote gaara_X 26-11-2013 04:18 PM
biasa laa......
Quote DianKdeja 26-11-2013 04:19 PM
kesian ..graduan jaman nih
kerja kosong sektor2 tertentu compeni private byk cuma sanggup ker idak jer
Quote akies 26-11-2013 04:21 PM
Bateesta posted on 26-11-2013 04:05 PM
kan byk kosong

kui3x..aah ok gak tu..


Quote caca_eric 26-11-2013 04:26 PM
Nash^Roy posted on 26-11-2013 03:49 PM
Org yg xlayak msk U tp dpt msk due to quota.. rasakan la skrg

tp budak2 pendidikan ni katanye yg s8 aaaaa saje.. yg result cikai2 x leh masuk pndidikan..?
Quote Bateesta 26-11-2013 04:28 PM
akies posted on 26-11-2013 04:21 PM
kui3x..aah ok gak tu..

sekolah memandu mmg byk bro...
tp SEKOLAH MEMANDU GERENTI LULUS tak byk
Quote dino 26-11-2013 04:29 PM
epysha posted on 26-11-2013 04:05 PM
ambik pendidikan terjamin dpt jd cekgu kekdahnye..

sbnrnya mentaliti asal dpt jaminan keje.....
Quote epysha 26-11-2013 04:31 PM
dino posted on 26-11-2013 04:29 PM
sbnrnya mentaliti asal dpt jaminan keje.....

lepas tu berebut2 nak jd cekgu BM,PJ,MORAL..

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.047919 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top