CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Universiti Buat Laporan Polis!

27-11-2013 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 52358| Komen: 467





Pelajar Universiti Buat Laporan Polis Teman Lelaki Aibkan Dirinya Di Laman Sosial

GARA-GARA ingin memutuskan cinta dengan teman lelakinya, seorang penuntut universiti kini menanggung akibat perbuatan bekas teman lelakinya telah memalukan dirinya di internet dengan memuatnaik gambar mereka berdua dalam keadaan berpelukan ke laman sosial Facebook.

Semalam gambar itu sudah menjadi antara tajuk utama laman blog mengutuk serta mengecam penuntut berkenaan kerana dikatakan sebagai orang yang memuatnaik semua gambar berkenaan.Dia sudah membuat laporan polis semalam berkenaan penyebaran gambar berkenaan.Di sebuah laman blog mymedialab.blogspot.com, dua laporan polis dibuat wanita itu didedahkan.Laporan pertama dibuat pada April tahun ini dan laporan kedua bertarikh semalam.Dalam laporan polis pertama, penuntut itu mengadu dia sering diugut bunuh oleh teman lelakinya melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).

Sms ugutan itu diterima pada 24 April pada pukul 3.09 minit petang yang berbunyi.. “Bunuh awak bagi saya macam bunuh semut, awak tunggulah kau dalam tu kejap lagi saya sampai dan jangan harap awak keluar hidup-hidup. Perempuan tak dengar cakap dan mak ayah kita akan menyesal lahirkan kita.

“Saya heret awak, saya cabut kepala awak dan badan awak dan bawa kepala awak sendiri ke balai polis. Tak menyesal langsung bunuh awak, saya puas hati,” .Menurut laporan penuntut itu lagi, lelaki itu ada berjumpa dengannya dan pernah membawa pisau serta meletakkannya di sisi  semasa mereka berada di kafe universiti.

Laporan polis kedua pula penuntut itu mengadu bahawa dia telah mendapat tahu diaibkan melalui tindakan jenayah siber apabila gambarnya di laman Facebook telah disebarkan serta diambil oleh beberapa laman blog.





Penuntut berkenaan menyedari kejadian itu ketika berada dirumahnya. Wanita itu berkata akaun Facebook itu bukan miliknya dan status berkenaan mencabar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengambil tindakan juga bukan ditulis olehnya. Kita berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan ke atas kes ini dan selesaikan dengan segera.

Buat mangsa, nasi sudah menjadi bubur. Biarpun sehebat mana cinta janganlah sampai gambar yang memalukan diambil dengan kamera kerana sekali ia sudah berada dalam kamera ia mempunyai risiko besar tersebar ke merata tempat sekiranya apa-apa berlaku dalam perhubungan.
Risiko lain juga ialah jika kamera atau telefon pintar, dicuri atau kehilangan gambar-gambar peribadi anda juga sudah tersebar. Hati-hati lah dalam menjalinkan perhubungan. – mynewshub.my


25

Bagus
13

Marah
21

Terkejut
17

Sedih
19

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 27-11-2013 12:29 AM
bergasak lah mengkome...mase seronok tak pikior..
Quote PathFinder@60 27-11-2013 12:30 AM
Semasa Bercinta,
Aku relakan segalanya demi cintaku padamu... Oh...

Selepas Putus Cinta,
Eh itu bukan saya punya akaunlah, itu gambar photoshop tu, Saya tak kenal sapa dia pun...

Back To The Root,
Siapa Yang Paling Bodoh Tak Fikir Tentang Masa Depan ?

Quote nobito 27-11-2013 12:31 AM
kenapa kalau keturunan Melayu terutama hat2 yg kturunan Melayu asli suka buat benda2 zina ni ek? tak retai nak jaga nama baik keturunan suci mulia tu ke?

Ke fefeeling Melayu tu mulia tapi hakikatnya keturunan gampang?
Quote Muntz 27-11-2013 12:32 AM
Aku tengok gambar panas cuma dua jer dlm album FB tu. Takder pun gambar2 ngeseks ker aper? Buang masa aku jer bukak profile FB dia.
Quote akik 27-11-2013 12:33 AM
esok pagi ni confirm keluar komen2 ummah melayu berkerak sunni tudung bawal berzina bla bla bla...
Quote xanderz 27-11-2013 12:35 AM
akik posted on 27-11-2013 12:33 AM
esok pagi ni confirm keluar komen2 ummah melayu berkerak sunni tudung bawal berzina bla bla bla...:l ...

tulah namanya edisi bakal dilahar
Quote Acong 27-11-2013 12:37 AM
Muntz posted on 27-11-2013 12:32 AM
Aku tengok gambar panas cuma dua jer dlm album FB tu. Takder pun gambar2 ngeseks ker aper? Buang mas ...

buang masa je...... baru je ingat nak tambah dosa....
Quote ip_lepat 27-11-2013 12:37 AM
lembu btl le sapa yg buat keroje tu.
walau sakit hati camne pun, jgn le smpai bukak aib org.
klu kena kat anak sendiri, adik beradik perempuan, apa rasa?
Quote saladin780 27-11-2013 12:38 AM
report polis tu..sape yang pegi sebarkan..benda tu kan pnc
Quote Muntz 27-11-2013 12:38 AM
Acong posted on 27-11-2013 12:37 AM
buang masa je...... baru je ingat nak tambah dosa....

Kalau gambar ngeseks, at least pulang modal lah jugak.
Quote saladin780 27-11-2013 12:39 AM
xanderz posted on 27-11-2013 12:35 AM
tulah namanya edisi bakal dilahar

sama2 kita nantikan
Quote pinksarah 27-11-2013 12:41 AM
daring sey budak2 ni..

you all type je fb fatihah hakema tu mmg x de tutup muka pun..

malu lah mak ayah budak ni..kesian sungguh..

i dh attached benda ni dkt my sister since she is in ump..

ntah2 kwn dia..huwaaaa!!
Quote pinksarah 27-11-2013 12:42 AM
adoiyai..

pakwe bertempek love bites..

ish,bikin malu universiti aje..

psycho jantan ni!
Quote Kamen_rider 27-11-2013 12:44 AM
cam pernah ku lihat budak pompuan ni kat video.....tapi di mana ye...
Quote dani-rox 27-11-2013 12:46 AM
pengajaran dr kisah ini; jgn ngengade nak ambik gambar/bideo panas kekonon utk kenangan la apa lah... 'cos it will come back to bite you so hard in the ass
Quote saladin780 27-11-2013 12:48 AM
pinksarah posted on 27-11-2013 12:42 AM
adoiyai..

pakwe bertempek love bites..

ye ke love bites..ntah2 kurap kot
Quote alahai 27-11-2013 12:50 AM
love bite pakwe besaq gedabaq!!
Quote pinksarah 27-11-2013 12:54 AM
saladin780 posted on 26-11-2013 04:48 PM
ye ke love bites..ntah2 kurap kot

byk pulak kurap ye..

strategic plak tu dkt leher je..

title album pun khamis mlm jumaat..

alahai dikkk,org kahwin bunuh setan depa tambah setan dlm korum..

ngok betui laa..
Quote pinksarah 27-11-2013 12:56 AM
dani-rox posted on 26-11-2013 04:46 PM
pengajaran dr kisah ini; jgn ngengade nak ambik gambar/bideo panas kekonon utk kenangan la apa lah.. ...

ambik gambar mandi bersama gittew..

lovey dovey kekdahnya..

tp kureng strategic la dok gigih snap gmbr ternampak pulak takungan air flush jamban kaler hitam belakang tu..



Lihat semua komen(467)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.048439 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top