Biadab! Seorang pengacara sebuah stesen penyiaran swasta di Ivory Coast digantung tugas selama 30 hari kerana tindakan tidak sensitifnya yang sekali gus mencalarkan maruah wanita.
Stesen penyiaran CNN melaporkan, Yves de Mbella meminta tetamu rancangannya yang merupakan seorang pesalah kes rogol menunjukkan cara-cara merogol wanita menggunakan patung sebagai ganti. de Mbella yang merupakan seorang pengacara popular bersama stesen televisyen Nouvelle Chaine Ivoirienne menjemput seorang lelaki yang disabitkan jenayah rogol dalam sebuah rancangan kendaliannya. Dalam segmen tersebut, de Mbella meminta tetamu itu menunjukkan cara-cara dia merogol wanita menggunakan sebuah patung. Tidak cukup dengan itu, de Mbella membantu dia membetulkan kedudukan patung tersebut dan bertanya soalan bagaimana dia memilih mangsanya, sama ada wanita kurus atau gempal.
Dia turut bertanya sama ada mangsa-mangsa perogol itu ‘menikmati’ kejadian rogol tersebut. Tindakan de Mbella menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh Ivory Coast serta rantau Afrika Barat dan Tengah. Sebuah suruhanjaya komunikasi bebas di Ivory Coast berkata, de Mbella digantung tugas kerana didapati menggunakan bahasa yang tidak sopan, membiarkan aktiviti rogol berlaku dan mencalarkan maruah wanita. “Saya meminta maaf seikhlasnya kerana mengejutkan orang ramai ketika cuba untuk meningkatkan kesedaran (mengenai jenayah rogol). Saya telah membuat kesilapan. “Saya meminta maaf atas semua yang saya telah saya perkatakan atau lakukan ketika program tersebut yang menyinggung perasaan ramai. “Saya memohon maaf kepada semua mangsa rogol,” katanya dalam satu permohonan maaf. Sementara itu, stesen televisyen Nouvelle Chaine Ivoirienne turut memohon maaf atas insiden tersebut dan telah membatalkan episod akhir program berkenaan. Sumber: Kosmo
|
sharlenetexas replied at 2-9-2021 11:11 PM
Colour block nya hos tu.
ADVERTISEMENT