Sejak berbadan dua, Maryam Younarae dikatakan asyik mahu berkepit dengan suami saja. Dalam perkongsiannya di Instagram, YouTuber Ryzal Ibrahim mendedahkan isterinya beria mahu mengikutnya keluar bekerja.
"Tiap kali saya keluar Maryam akan tanya 'Abang nak sayang ikut tak'? "Saya tak benarkan dia ikut, risaukan kandungan dan kondisi badan dia, tapi kesian pula tinggalkan dia keseorangan di rumah. "Saya bagitahu dia 'Boleh ikut, tapi duduk dalam kereta jangan keluar. Biar abang je keluar," tulisnya bersama video menunjukkan Maryam tertidur di dalam kereta ketika menunggu Ryzal selesai dengan urusannya. Bagaimanapun, netizen menegur tindakan Ryzal membawa Maryam yang sedang hamil keluar. Dia juga ditegur menyentuh perut Maryam biarpun tangannya berlapik dengan sarung tangan kerana dia dari luar. Mereka bimbang dengan risiko virus Covid-19 yang boleh tersebar menerusi udara. Dalam perkembangan baru pula, Ryzal teruk dihentam hanya kerana kesilapan ketika menulis kapsyen dalam sebuah hantaran mengenai bendera yang dilekat pada keretanya sempena sambutan Kemerdekaan. Dia pada mulanya menulis 'spoil betul bendera ni' sebelum dibetulkan 'spoil betul pelekat bendera ni' selepas ditegur netizen.
Biasalah, orang dah dikenali pantang typo mesti kena libas! - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|