Kata orang, dugaan semasa bertunang hingga berkahwin itu sangat-sangat luar biasa. Jikalau tersilap langkah dan tidak menyelesaikan konflik sebaik-baiknya, tidak mustahil impian untuk mendirikan rumah tangga akan terkubur begitu sahaja.
Namun begitu, perihal jodoh sudah berada di tangan Tuhan dan takdir tidak akan boleh dilawan. Sukar dipercayai, namun perkongsian mengenai perhubungan cinta lelaki ini dengan bakal isterinya nyata membuat ramai sebak. Mendedahkan sesuatu yang cukup mengejutkan mengenai dirinya sendiri, dia nekad membatalkan perancangan perkahwinannya itu. Menyifatkan tidak akan mampu menjadi suami atau ayah yang baik, semua keputusan terbabit dibuat demi kebaikan masa depan bakal isterinya sendiri. Cukup beruntung, lelaki ini sangat memuji peribadi tunangnya sebagai seorang wanita yang sempurna. Walaupun sudah mengetahui tentang fitrah lelaki berkenaan yang gemarkan golongan sejenis, namun dia kekal setia berada di sisi. Siapa sangka walaupun selepas mereka memutuskan hubungan, bekas tunangnya masih tidak berkahwin dengan mana-mana pengganti. Seakan-akan berada di dalam dilema dan rasa bersalah yang cukup besar, lelaki ini sempat memohan maaf dan menyifatkan wanita berkenaan layak mendapat suami sejati. Sumber: Kisah Dunia
|
Kitty_catz: harussss la mamat ni hensem cam seo in guk ke park bo gum ke khuennnnn
misuke: Tak pun alim mcm ustat
akuchenta replied at 1-9-2021 01:20 PM
Wujud ke perempuan terima laki gay & hiv+
Dalam drama tv3 mungkin la
doubleharmonic replied at 1-9-2021 02:09 PM
ada ke pompuan nak kat laki gayah positip? sekarang ni kalau positip cobid pon orang tak nak dekat? ...
ADVERTISEMENT