CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Arahan Mahkamah Rawat Suami Positif Covid-19 Guna Ivermectin

1-9-2021 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15001| Komen: 224

Seorang wanita mendapat arahan mahkamah supaya suaminya dirawat dengan menggunakan ubat antiparasit iaitu Ivermectin di sebuah hospital di Ohio, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Suaminya itu kini menggunakan alat ventilator untuk bernafas selepas dijangkiti Covid-19 di Hospital West Chester, dekat bandar raya Cincinnati, Ohio.



Kredit foto: France 24

Menurut AFP, Hakim Gregory Howard mengarahkan hospital tersebut untuk merawat suami kepada Julie Smith iaitu Jeffrey Smith dengan Ivermectin, menurut satu arahan mahkamah pada 23 Ogos lalu.

Sebelum ini, Institut Kebangsaan Kesihatan menyatakan tidak ada bukti kukuh bahawa Ivermectin boleh merawat Covid-19 sehingga satu keputusan jelas dikeluarkan daripada pihak yang melakukan ujian ubat berkenaan.

Ivermectin diluluskan oleh Pentadbiran Dadah dan Makanan AS untuk merawat orang ramai yang mengalami masalah cacing, tetapi agensi tersebut memberi amaran supaya jangan menggunakannya untuk tujuan merawat Covid-19.


Sebelum ini, seorang individu membeli Ivermectin di internet dan mengambilnya lima kali sehari dan akhirnya terpaksa dirawat di sebuah hospital kerana gagal untuk mengikut arahan yang diberikan.

Namun, keadaannya pulih selepas penggunaan ubat itu tidak lagi diambil.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 1-9-2021 12:21 PM
Apa authority mahkamah utk arahkan hospital rawat dgan specific ubat? Dan kalau ubat tersebut ada side effect teruk sehingga menyebabkan kematian, adakah mahkamah akan bertanggungjawab? Harap xjadi kat malaysia lah benda2 bodoh sebegini, sesuka hati pulak mahkamah nak ajar doktor mcmana nak rawat pesakit!
Quote Samerosie 1-9-2021 12:40 PM
Adalah tu at own risk kan tapi nanti anti vax kona la cakap makan sebijik 2 jam kemudian terus boleh bangun dr katil jalan kaki 200km balik rumah.

Seronok blast dengar berita ini.  
Quote kemaruk 1-9-2021 12:43 PM
menggelepur pentaksub vaksin
Quote uori 1-9-2021 12:44 PM
janganlah bagi idea, ramai menggelupur nanti
Quote zasrfikri 1-9-2021 12:58 PM
Edited by zasrfikri at 1-9-2021 01:00 PM

member keje farmasi dan yg keje doktor haiwan pun kata invermectin bukan untuk rawat covid 19. sebab tu cam pelik , betul ke bila terbaca komen forummer canang kata org farmasi  sendiri duk cadang ambik invermectin nie. kalau doktor haiwan sendiri pun tak suggest, nape org awam macam geng antivaks ni duk gigih kata invermectin ni berkesan. plus, rasa keputusan mahkahmah ni mesti ada syarat tambahan seperti kalau jadi apa apa, mereka ambil sendiri invertecmin kena tanggungjawab sendiri dan jangan blame atau saman doktor or org perubatan yg beri ubat nie. rasa FDA dah keluar statement kan invermectin tak sesuai untuk rawat covid 19.
Quote Inadori 1-9-2021 12:59 PM
Ingatkan nak tag SamdolGemuk. Rupanya dia paling awal masuk menggelupur kat sini.

Hahahaha.
Quote krustykrab 1-9-2021 01:01 PM
dodolgemok replied at 1-9-2021 12:21 PM
Apa authority mahkamah utk arahkan hospital rawat dgan specific ubat? Dan kalau ubat tersebut ada si ...

Biaq sajalah...satgi laki di mati x bg ubat kecacingan dia saman spital.plak..agaknya mahkamah dh suruh dia sign surat ambik ubat cacing dgn kerelaan sendiri kot
Quote Inadori 1-9-2021 01:02 PM
"Berani betul hakim yg 'bukan ahli' ni, nak suruh guna ubat cacing pulak. Mengalahkan doktor yg ahli" .

Kata2 makcik kepam yg menyokong Kayjay yg 'bukan ahli', jadi menteri kesihatan.
Quote Inadori 1-9-2021 01:04 PM
Edited by Inadori at 1-9-2021 01:28 PM

Indian Legal Bar Assosiation, sampai hantar legal notice kepada ketua saintis WHO, kerana memberikan maklumat yg salah mengenai Ivermectin.

https://trialsitenews.com/indian-bar-association-serves-legal-notice-upon-dr-soumya-swaminathan-the-chief-scientist-who/

https://healthpolicy-watch.news/indian-bar-association-rebukes-who-chief-scientist-over-whos-ivermectin-guidelines-for-covid-treatment/
https://theprint.in/india/bar-as ... -guidelines/676672/



Legal Bar India ni, hantar notice sekadar suka2, hobi sahaja ke? Sekadar isi masa lapang hantar notice kepada ketua saintis WHO?

Mesti lah sebab India dah tengok sendiri, first hand, macam mana Ivermectin banyak selamatkan nyawa rakyat di sana.
Quote edayildiz 1-9-2021 01:15 PM
see, I told you so!- antivaxx
Quote Inadori 1-9-2021 01:25 PM
Ini video, DoctorsUnite. Beberapa orang doktor dari Malaysia, India dan Filipina berbincang mengenai Ivermectin.

Doktor2 ini juga menyuarakan kekecewaan kerana KKM masih berlengah dalam penggunaan Ivermectin.

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=_CYdV_lJ9SQ


Kepada sesiapa yang masih terbuka untuk menerima maklumat mengenai Ivermectin, sila tonton video ini. Tapi jika dalam fikiran anda adalah ubat cacing, ubat binatang, tak payah la  buang masa.
Quote LadyCarefree 1-9-2021 01:31 PM
Bagus buat gini juga kt Msia. Siapa nk ivermectin, sila rawat guna ni sendiri kat rumah atau masuk hosp swasta dan guna surat mahkamah suruh doktor bagi. Jangan guna kemudahan hospital gomen la. Lega sikit staf KKM set2 ni semua kat rumah je atau kat sepital swasta.
Quote Buritan 1-9-2021 02:40 PM
dodolgemok: Apa authority mahkamah utk arahkan hospital rawat dgan specific ubat? Dan kalau ubat tersebut ada side effect teruk sehingga menyebabkan kematian, ada ...



Dol ok ke budak umo 16 tahun nak masuk 17 cucuk vaksin kobik..
Quote dodolgemok 1-9-2021 02:41 PM
Inadori replied at 1-9-2021 01:02 PM
"Berani betul hakim yg 'bukan ahli' ni, nak suruh guna ubat cacing pulak. Mengalahkan doktor yg ahli ...

KJ tu bukan suruh hospital rawat pesakit guna ubat bukan, dia policy maker, yg buat policy pon based on meeting bersama pakar2. Immediately bawah KJ pon ada DG. So nak tanya ni, kau dah makan ke belum ubat cacing tu? Bak kata blastoff yg dah lama xmuncul (agaknya tgah nazak kat icu), sehari telan satu pil ubat cacing, dijamin selamat drpd covid gituh. Kahkahkah!
Quote dodolgemok 1-9-2021 02:44 PM
Buritan replied at 1-9-2021 02:40 PM
Dol ok ke budak umo 16 tahun nak masuk 17 cucuk vaksin kobik..

Sekarang mmg xbukak lagi vax utk under 18, so mmg xboleh lagi. Tpi dengarnya dah nk dibukak pemberian under 18, prepare sebelum start sekolah secara fizikal.
Quote Inadori 1-9-2021 02:44 PM
dodolgemok replied at 1-9-2021 02:41 PM
KJ tu bukan suruh hospital rawat pesakit guna ubat bukan, dia policy maker, yg buat policy pon bas ...

'Kelakarnya' posting dari orang yg tengah bitter ni. Hahahaha.
Quote syamzana 1-9-2021 02:50 PM
Inadori replied at 1-9-2021 01:02 PM
"Berani betul hakim yg 'bukan ahli' ni, nak suruh guna ubat cacing pulak. Mengalahkan doktor yg ahli ...

u pun bukan ahli sama naik menggelepur
Quote dodolgemok 1-9-2021 02:53 PM
Inadori replied at 1-9-2021 02:44 PM
'Kelakarnya' posting dari orang yg tengah bitter ni. Hahahaha.

Kesian bam ina, mcm tu jah mampoo reply. Dodol senyum sinis tgok puak2 cacing menggelupoh. Dah la dine in xboleh, ada mall pulak xbagi masuk langsung, kedai pulak xbagi datang walaupon utk tapau je pon, terpaksa la purak2 tak tertekan order makan secara online jah smbil acah2 kuat dekat medsos.
Quote Inadori 1-9-2021 02:55 PM
syamzana replied at 1-9-2021 02:50 PM
u pun bukan ahli sama naik menggelepur


Haah la. Saya tengah menggelupur ni, sambil minum teh di gazebo halaman rumah.

Sambil baca komen makcik2 pentaksub vaksin yg risau betul kalau ubat cacing diluluskan.

Lihat semua komen(224)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.040451 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top