CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Gilis Teman Wanita Untuk Lari Dari Polis

1-9-2021 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4350| Komen: 23

Polis melepaskan satu das tembakan ke arah sebuah kereta dipandu seorang suspek curi kereta selepas cuba meloloskan diri di sekitar Cheras pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, dalam kejadian jam 5 petang itu, teman wanita suspek yang berada di bahagian belakang kereta tersebut cedera akibat digilis.




“Menyedari kehadiran polis, suspek terus mengundurkan kereta sehingga menggilis wanita yang berada di belakang kereta tersebut.

“Pegawai polis yang berada di hadapan kereta memberi amaran kepada suspek supaya berhenti tetapi lelaki berkenaan terus memecut untuk melarikan diri,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Saiful berkata, bertindak di atas maklumat, suspek yang berusia 32 tahun itu berjaya ditahan sekitar jam 7.50 malam di Cyberjaya pada Isnin.

“Hasil soal siasat, suspek telah membawa pihak polis ke beberapa lokasi dan telah berjaya menjumpai sebanyak 11 buah kereta buatan tempatan yang dilaporkan hilang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor antara tahun 2019 hingga 2021.


“Nilai rampasan dianggarkan sekitar RM130,000 manakala hasil siasatan awal mendapati suspek mencuri kereta bertujuan untuk menjual alat ganti kereta tersebut di media sosial,” katanya.

Sementara itu, jelas beliau teman wanita suspek yang berusia 20 tahun itu turut ditahan untuk siasatan lanjut.


Teman wanita suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua tangkapan mempunyai rekod dikehendaki atas kesalahan jenayah dan dadah. Semakan mendapati suspek mempunyai sebanyak 17 rekod jenayah manakala teman wanitanya pula mempunyai tiga rekod jenayah,” ujarnya.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 1-9-2021 12:05 PM
Verangan jadi Kaka Angie lattew..

[youtube]UUt8xVKSqIw[/youtube]
https://youtu.be/UUt8xVKSqIw

Last2 kene gelek dengan pakwe sundrik..  Takziah.
Quote Kurex 1-9-2021 12:06 PM
Pinknya bibir kau makngahhh
Quote alieyrina 1-9-2021 12:45 PM
Ntah2 thn depan tengok 2 ekor ni elok ja bekeliaran kat kl
Quote Mini.Me 1-9-2021 12:46 PM
Taktau nak kesian ke tak kat makwe nya ittew...not bad injured la kan dah berbaju lokap tu...kalo tak mesti pakai baju spital
Quote angelofish 1-9-2021 01:17 PM
kenapa banyak record ke? banyak kali lepas ke?kali ni bakal terlepas jugak ke
Quote mclaren 1-9-2021 02:12 PM
Kena gilis? Macam tak cedera pun dalam mugshot tu?
Quote dua_chzy 1-9-2021 02:27 PM
Oh la, kejadian lokal rupanya.
Quote Artemesiaa 1-9-2021 02:55 PM
Jenis ni mana nak kesihan kat orang lain tahu nak selamatkan diri sendiri je
Quote imanjannah 1-9-2021 02:57 PM
baca tajuk ingt luar negara, org klu dah terdesak, apa je dia sanggup buat huhu
Quote trexxxxxi 1-9-2021 03:25 PM
Berita misleading kah?
Herlok aja pompuan tu dalam mugshot
Quote I.K.A888990 1-9-2021 04:30 PM
awat la kabur muka
mai tgk mcm.mana muka gangster tu
Quote MontanaHannah 1-9-2021 05:30 PM
boleh cari lain


janji selamat diri dia dulu


Quote missus_meow 1-9-2021 06:20 PM
kene gilis? cam ok je ...
Quote nakkomenjugak 1-9-2021 06:20 PM
hehehehee
sissss kalau uol bebas
carik lerrrr jejant lainnnn
Quote missus_meow 1-9-2021 06:20 PM
kene gilis? cam ok je ...
Quote sambaldurian 1-9-2021 06:22 PM
bonnie and clyde versi cheras
Quote kaedahnya 2-9-2021 12:06 AM
harap awek dia blah la.
tapi kemungkinan macam tak je.
at least gilis la jantan tu balik.
Quote KamikuP 2-9-2021 01:46 PM
Sekufu le tu
Quote supermum 2-9-2021 01:50 PM
Gilis jari kaki je kot. Mesti curi kereta lama yang part dah obsolete macam proton saga lama ni. Tu yang nilai semua 100k je.p

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.067734 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top