CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenapa 5 Bandaraya Ini Digelar Kota Paling Berdosa Di Dunia?

1-9-2021 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5212| Komen: 15

Siapa sangka dalam banyak-banyak bandaraya dibina di dunia terdapat beberapa bandaraya yang digelar sebagai kota raya paling berdosa di dunia.

Mesti ramai pelik kenapa ada bandaraya digelar begitu bukan? Ingin tahu lebih lanjut, jom selongkar rahsianya di bawah.



#1 Kota Berlin, Jerman

Kredit foto: TripAdvisor

Bandaraya di Berlin, Jerman ini mendapat gelaran kota berdosa kerana ia merupakan bandaraya yang pertama mempelajari tentang seksual secara terbuka pada kurun ke-19.

Apatah lagi pemerintahnya pada waktu itu merupakan seorang yang bersikap terbuka terhadap seks bebas, pertunjukan cabaret dan ‘striptease’.


#2 Kota Macau, China

Kredit foto: Time Magazine


Bandaraya popular ini sangat terkenal dengan gelaran kota judi di seluruh dunia, segala aktiviti hiburan, parti minuman beralkohol, pelacuran sudah menjadi simbol biasa di bandar tersebut jadi tidak hairanlah ia juga dikenali sebagai kota paling berdosa di dunia.


#3 Kota Las Vegas, Nevada

Kredit foto: Road Affair

Sama seperti bandaraya di Macau, kota Las Vegas juga merupakan kota perjudian yang beroperasi 24 jam dan menawarkan pelbagai aktiviti pelacuran dan parti bebas secara terang-terangan di bandaraya ini.


#4 Kota Amsterdam, Belanda

Kredit foto: Bloomberg

Bandaraya yang indah ini terkenal dengan aktiviti seks bebas dan penggunaan dadah, malah undang-undang di sana juga membenarkan pengambilan dadah seperti marijuana dan kokain, serta membenarkan perkahwinan sama jantina jadi tidak hairanlah ia di gelar sebagai bandar paling berdosa di dunia.


#5 Kota Pattaya, Thailand

Kredit foto: Flickr

Di bandar ini pula sangat terkenal sebagai syurga buat para transgender, mana-mana individu yang ingin menukar jantina diri pasti akan ke kotaraya ini. Ia menjadi destinasi utama bagi mereka yang mahukan mengubah kejadian diri secara terang-terangan.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 1-9-2021 12:14 PM
Kalau korang teringin nak pergi kota berdosa yang mana satu......
Quote cmf_premierleag 1-9-2021 12:42 PM
akak teringin nak pi kota dosa, Las Vegas
pastu ke Mecca utk cuci dosa
Quote nakkomenjugak 1-9-2021 06:17 PM
Iol ada terbaca kat YouTube komen
mat saleh komplen malaysia ni boring takde party life bla3
iol terus reply
nak ngesek, party gi siam sana
nak tulen, ladyboy pun ada
heol ingat sini pun berlambak agaknya me love you long time cam kat siam
ada memang ada, kalau ada rupa dan white privilege jela
kalau yang uncles with beer guts tu...
yihhhhhhh
Quote whitebeard 1-9-2021 07:36 PM
Kota bali tak masuk ke?
Danok urut urut happy ending
Quote cucutokwan89 1-9-2021 09:31 PM
Guadalajara pun ada gak buat law berdosa yg tak masuk akal
Quote Ciktiekus 2-9-2021 10:06 PM
Kalau yg jejants mesti nak g red light district tu {:smile
Quote lurve82 2-9-2021 11:11 PM
Aku pegi lalu bangla walk dkt phuket pun dh rasa berdosa sgt..padahal xde apa sgt pun.ll
Quote NFBZCantik 7-9-2021 08:57 AM
ohhh begituuu
Quote farlis 11-9-2021 09:44 PM
i dah jejak 2 kota paling berdosa..Las Vegas & Amsterdam
Quote Artemesiaa 15-10-2021 12:27 PM
Teringat masa ke Macau dulu tukar duit cukup2 je untuk kegunaan disana sebelum masuk ke Hong Kong sebab kebanyakan money changer tak nak terima duit Macau sin money katanya.  Nak lagi senang tukar je dengan ahso yang nak masuk Macau untuk gambling cepat je mereka terima.
Quote ayukpingu 23-10-2021 10:49 AM
batam takde dlm list ke
Quote mamichik 11-11-2021 03:38 PM
makan nasi goreng pattaya kat pattaya berdosa tak?
Quote Zazama 15-11-2021 11:29 PM
Nasib baiikla iols tidak dilahirkan di negara tersebut. Alhamdulillah..
Quote Teatime804 16-11-2021 09:55 PM
Byk tempat lain boleh gi lawat
Quote epullipan 1-12-2021 08:18 AM
Batam, tanjung Balai tak termasuk ke? by the way Macau ni memang pusat perjudian kat China ke? Gov dorang mmg bagi ke judi2 ngn pelacuran ni.BUkan ke negara komunis ni die punya law lain macam sikit

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.095136 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top