Sebuah pusat kecantikan diarah tutup selepas didapati mengendalikan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 secara haram di Batu Uban, Georgetown hari ini. Kegiatan pemilik premis itu dikesan hasil maklumat awam sebelum Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) negeri melakukan serbuan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Ketua Penolong Pengarah Kesihatan CKAPS Pulau Pinang, Dr Mohamed Iqbal Hamzah, berkata siasatan awal mendapati premis itu menyediakan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 tanpa pengendalian pihak bertauliah. Malah, katanya, pekerja pusat kecantikan itu sendiri melakukan ujian saringan kepada pelanggan tanpa kehadiran doktor mahupun jururawat ketika serbuan dilakukan. "Semakan mendapati, lebih 100 pelanggan sudah melakukan ujian saringan di premis ini sejak ia beroperasi dua hari lalu.
"Kemungkinan harga RM50 yang ditetapkan bagi setiap ujian saringan itu menyebabkan premis ini dikunjungi ramai pelanggan," katanya hari ini. Dr Mohamed Iqbal berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai pusat kecantikan itu yang dibenarkan mengendalikan ujian saringan COVID-19. "Premis ini diarah tutup susulan menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19 secara haram. "Orang ramai dinasihat supaya berhati-hati ketika mendapatkan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 yang lebih murah, berbanding harga di klinik kerana dibimbangi akan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab," katanya. Sumber: BH Online
|
Ciktiekus replied at 30-8-2021 05:34 PM
Sekarang pn rata2 rtk test kat klinik swasta RM50 je..pasaipa p kat pusat kecantikan..
whitebeard replied at 30-8-2021 07:45 PM
Rasanya area utara rtk masik 100 ringit ++
mama_neko replied at 30-8-2021 08:26 PM
yup... belah sini mahal lagi.. laki aku baru buat, rm120 rtk, 250 -pcr... seb baik leh claim kat c ...
whitebeard replied at 30-8-2021 08:56 PM
Walhal test kit rtk tu 28 ke 35 ringgit sekotak
Dalam ada 5 boleh buat untuk 5 orang 1 kotak
Mem ...
mama_neko replied at 30-8-2021 11:26 PM
ya ka.. untung gila depa amek.. patutnya test rtk ni kena la control harga kan, kalau satu family ...
whitebeard replied at 31-8-2021 12:05 AM
Ya kak
rtk-eg 28 ke 32 ringgit ikut kuantiti belian dia jolok hidung
Saliva 35 ke 38 ringgit iku ...
mama_neko replied at 31-8-2021 12:10 AM
perghhhh... untung gila... satu klinik ni, ujian rtk rm180 tau... gila mencekik...
whitebeard replied at 30-8-2021 08:56 PM
Walhal test kit rtk tu 28 ke 35 ringgit sekotak
Dalam ada 5 boleh buat untuk 5 orang 1 kotak
Mem ...
whitebeard replied at 31-8-2021 12:30 AM
Kita ambil kira lah kos administration kalau kalau kita positif dan dia yang reportkan A sampai Z ...
whitebeard replied at 31-8-2021 12:05 AM
Ya kak
rtk-eg 28 ke 32 ringgit ikut kuantiti belian dia jolok hidung
Saliva 35 ke 38 ringgit iku ...
mama_neko replied at 30-8-2021 08:26 PM
yup... belah sini mahal lagi.. laki aku baru buat, rm120 rtk, 250 -pcr... seb baik leh claim kat c ...
Fortiori02 replied at 31-8-2021 09:57 AM
Seb bek laki kaka leh claim balik. Kesian kat yg kena kuarkan duit sendiri tu. Kalo tok sorang blh ...
whitebeard: Walhal test kit rtk tu 28 ke 35 ringgit sekotakDalam ada 5 boleh buat untuk 5 orang 1 kotakMemang untung banyak klinil kat utara
mama_neko replied at 30-8-2021 08:26 PM
yup... belah sini mahal lagi.. laki aku baru buat, rm120 rtk, 250 -pcr... seb baik leh claim kat c ...
mama_neko replied at 31-8-2021 11:18 AM
itulah.. mula mula HR takmau bagi, pastu laki aku argue la, dia amek inisiatif pi test sbb takut b ...
ADVERTISEMENT