Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjalani kuarantin kendiri mulai hari ini setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.
Sehubungan itu, beliau tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini. Perkara tersebut dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Isnin yang turut memaklumkan Ismail Sabri akan menyertai secara maya sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok. -CARI Sumber: Sinar Harian
|
edayildiz replied at 30-8-2021 03:01 PM
ye siapa?
yg teman g kubur ke yg time g yan?
white_musk replied at 30-8-2021 03:13 PM
Sekarang ini tiada maknanya kontak rapat akan kuarantin. Yang positive pun beekeliaran mungkin sebab ...
Firenzza replied at 30-8-2021 03:11 PM
Tu laaaa sendiri buat sop sendiri langgar....ingat takiri je yg......
Firenzza replied at 30-8-2021 03:11 PM
Tu laaaa sendiri buat sop sendiri langgar....ingat takiri je yg......
delia3003 replied at 30-8-2021 03:29 PM
Harap boleh meeting on9 utk discuss peralihan fasa Klang Valley
white_musk replied at 30-8-2021 03:28 PM
Yang apa? (Data tak cukup ke)
white_musk replied at 30-8-2021 03:30 PM
Bila nak meeting?
miracle_forever replied at 30-8-2021 03:18 PM
bukan dia gi pusat vaccine ke smlm? tgk vaccinee ke sejuta tu
ADVERTISEMENT