Seorang remaja di Argentina dibunuh teman lelakinya selepas memaklumkan kehamilan anak mereka. Kematian pelajar, Lucia Fernandez, 15, dipercayai mati akibat kepalanya dihentam beberapa kali dengan batu selain lebih 12 tikaman pada leher dan perut.
Media tempatan, TN melaporkan rakan sekelasnya berusia 14 tahun dipercayai membunuh Lucia pada Selasa di Mendoza selepas dia memberitahu hamil anak remaja lelaki itu. Bapa Lucia, Fabian Fernandez kesal dengan insiden berdarah itu yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan. "Dia bunuh anak saya macam anjing, tikam dia banyak kali dan pukul muka sampai hancur," katanya dalam portal Daily Star. Sebelum kejadian, suspek didakwa mengajak mangsa bertemu di sebuah rumah terbiar sebelum dia dibunuh kejam dengan tikaman antara 10 dan 15 kali.
Remaja itu dilaporkan meninggalkan mayat Lucia di rumah berkenaan dan melarikan diri. Lucia ditemui jirannya 20 minit selepas insiden itu namun remaja itu sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah. Bedah siasat mendapati Lucia mengalami pelbagai kecederaan akibat dipukul dan ditikam di seluruh badan namun kematiannya berpunca daripada luka akibat tikaman yang dalam pada perut. Pembunuh Lucia ditemui selepas saksi memaklumkan polis melihat rakan sekelas remaja itu berhampiran rumah terbiar berkenaan pada waktu insiden berlaku. Polis menahan remaja itu yang mengaku melakukan pembunuhan itu selepas Lucia memberitahu dia hamil anaknya. Sumber: Harian Metro
|
Aikiko replied at 30-8-2021 03:06 PM
Palatao punyer boyfren...sampai lunyai anak orang dikerjakanyer
Ini bukan boyfren ini b*** la ...
sarah82 replied at 30-8-2021 02:21 PM
Mak aiiii.. Ni overkilled dah.
Kurex replied at 30-8-2021 04:59 PM
Sos, palatao tu apa sis
shernazz replied at 30-8-2021 05:02 PM
Teringat cite minion
Scarlett overkill
Kurex replied at 30-8-2021 04:59 PM
Sos, palatao tu apa sis
Aikiko replied at 30-8-2021 04:06 PM
Palatao punyer boyfren...sampai lunyai anak orang dikerjakanyer
Ini bukan boyfren ini b*** la ...
ADVERTISEMENT