CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Misai Dan Janggut, Rumah Tangga Che Halimah Runtuh Dua Kali- "Betul Saya Wanita Tulen"

30-8-2021 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12652| Komen: 88

Pasir Mas: "Saya bukan lelaki tetapi wanita tulen," kata Che Halimah Che Mood, 62, warga emas yang dikatakan 'pelik' kerana wajahnya mempunyai misai dan janggut.

Che Halimah yang diserang angin ahmar sejak lapan tahun lalu mengakui hidupnya dibelenggu masalah itu sejak di usia awal 20-an menyebabkan dia perlu mencukur dua atau tiga kali seminggu agar kelihatan seperti wanita biasa.

Dia yang pernah menempuh kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali berkata, sudah berjumpa doktor untuk mengetahui punca masalah dan disahkan mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi.


Foto: Harian Metro

"Selama berpuluh-puluh tahun saya perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang sekeliling. Namun, kini keadaan semakin teruk apabila saya diserang angin ahmar menyebabkan lumpuh separuh badan sebelah kiri.


"Saya tidak mempunyai anak untuk menumpang kasih. Nasib baik adik, Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42, dan isterinya, Nur Asmira Che Hussin, 36, sanggup menjaga segala makan dan minum saya serta ibu yang sudah tua, Kalsom Mamat, 93.

"Malah, misai dan janggut saya ini, Nur Asmira yang selalu bantu mencukur dua atau sekali seminggu agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Batu Karang, di sini, semalam.

Che Halimah dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar yang menyampaikan sumbangan kewangan, barangan keperluan, serta lampin pakai buang.


Menurutnya, dia mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang mana biasa digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dengan kos RM250 sebulan.

"Ketika masih sihat dan kuat, saya banyak merantau mencari rezeki termasuk beberapa tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak restoran di sana. Sebolehnya, saya tidak mahu menyusahkan orang sekeliling, tetapi apakan daya saya diuji dengan hanya kini mampu terbaring saja jika tidak dibantu.

"Sebelum ini, saya tidak terbuka untuk memberitahu orang lain mengenai masalah saya kecuali dengan keluarga terdekat kerana ia membuatkan saya kurang keyakinan diri," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 30-8-2021 01:08 PM
Kesiannya masalah hormon ni…
Quote kaedahnya 30-8-2021 01:09 PM
noooo
nak buang macam mana ye bagi facial hair takda langsung
Quote orangbiasaje 30-8-2021 01:11 PM
Kesian...sedang yg rupa perempuan biasa pun byk kena hadap tohmahan, perlekeh, ini yg testosteron tinggi tumbuh misai janggut, lagi dipandang serong. Moga mampu bersabar...
Quote bakingsoda 30-8-2021 01:20 PM
kalau rambut kat kepala kemain susah nak jaga tak nak bagi gugur, kat tempat lain yg tak diingini cam muka ketiak jenuh masing2 wax threading laser pelbagai tetap tumbuh subur balik. kalau pil hormon yg mcm geng pondan makan tak berkesan ke? bukan pil tu ke yg buat dorang tak tumbuh misai, janggut dan ubah suara? yg pengkid nak jd jantan sama jugak kan makan pil hormon suara jd garau, tumbuh misai janggut
Quote cucutokwan89 30-8-2021 01:27 PM
Tabik spring utk family adik mokcik. Moga dipermudahkan urusan sekeluarga.
Quote F685 30-8-2021 01:29 PM
Simpati pada yg ada masalah hormon ni.

Bersabar & semoga dipermudahkan segala urusan.
Quote Kitty_catz 30-8-2021 01:31 PM
sebijik mcm cleaner meols, tp idok la dia biar berjanggung.. cuma misai tu ada.. mcm kumis la

tp.. laki siap ada 2 tu... kawen cerai kawen.. elok jah  
Quote LadyCarefree 30-8-2021 01:31 PM
Kesiannya. Maybe ada beauty clinic leh sponsor rawatan laser ke haper.
Quote I.K.A888990 30-8-2021 01:38 PM
kesian makcik. bertabah ya
org kutuk i pompuan misai pn dah tersinggung sgt
Quote mama_neko 30-8-2021 01:40 PM
rawatan hormon tak boleh ka? kesiannya jenuh bercukur..
Quote any42 30-8-2021 01:58 PM
kesian makcik ni.
sbb tnggi hormon testosteron ni jgk la dia xde ank ye. nsib baik ade adik beradik yg bntu.
semoga dprmudahkn sgala urusan makcik dan adik beradik yg mmbantu
Quote helicornia 30-8-2021 02:10 PM
mama_neko replied at 30-8-2021 01:40 PM
rawatan hormon tak boleh ka? kesiannya jenuh bercukur..

tu la kan.mcm yg ada cyst biasa akan makan ubat hormon utk kawal estrogen. harap ada yg bantu la
Quote damsel_fiji 30-8-2021 02:12 PM
kesiannya..bertabahlah macik..mudah2 an ada yg membantu
Quote cha-cha 30-8-2021 02:19 PM
Boleh buat rawatan laser kot? Kesian nya
Quote Wek_omeh 30-8-2021 02:40 PM
Masa aku g mekah dulu pernah jumpa org turki kalau x salah aku sebijik kes ni. Bermisai,berjanggut.

Sampai polis perempuan yg jaga pintu masuk tu kejar dia..cek habis semua..dia raba dari kepala sampai kaki sbb takut lelaki menyamar masuk ruang solat perempuan..
Kecoh la jap masa tuu..
Quote syaz_lina 30-8-2021 02:41 PM
Tlg sponsor makcik ni pi IPL..kesian dia
Quote zamzam 30-8-2021 02:46 PM
Kitty_catz replied at 30-8-2021 01:31 PM
sebijik mcm cleaner meols, tp idok la dia biar berjanggung.. cuma misai tu ada.. mcm kumis la

tp ...

Biasanya pompan camni ada masalah irregular haid. Ada tu dua tahun takder haid.
Quote zamzam 30-8-2021 02:48 PM
mama_neko replied at 30-8-2021 01:40 PM
rawatan hormon tak boleh ka? kesiannya jenuh bercukur..

Mesti mula masa muda. Kena check monthly period so doctor boleh adv dan prescribe med. Tp org kampung mmg susah sikit nak betul2 ada health conscious.
Quote namr 30-8-2021 02:49 PM
Aduh, sian acik ni..

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.036128 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top