CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Tun Razak Jelas Bil Elektirk!

26-11-2013 12:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6495| Komen: 71



SHAH ALAM - Setelah lama berdiam diri berhubung dakwaan pembangkang bersabit perbelanjaan bil elektrik yang tinggi, akhirnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan beliau hanya "menumpang" di Kompleks Seri Perdana. Najib berkata, kompleks di Putrajaya itu adalah milik rakyat dan hanya digunakan jika ada acara berprestij.

"Saya cuma tumpang sekali sekala. Presiden China (Xi Jinping) datang sini dan kita buat jamuan makan malam (di Seri Perdana).

"Kita hendak makan dalam gelapkah? Kita makan dalam cahaya lilinkah?

"Bolehkah saya kata ini romantik?," katanya dipetik akhbar Berita Harian, hari ini.

Sebelum ini, ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke meminta penjelasan daripada kerajaan untuk menyenaraikan bil elektrik dan air di kompleks kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Menjawab kepada pertanyaan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, bil elektrik RM2.2 juta dan RM300,000 untuk 2012.

Meskipun begitu, ia meliputi seluruh kompleks itu dan bukan kediaman perdana menteri semata-mata.

Loke mendakwa perbelanjaan itu adalah pembaziran yang dilakukan pimpinan negara sementara meminta rakyat berjimat cermat.

"Bagaimana Najib boleh minta rakyat berjimat cermat, sedangkan beliau setiap hari melakukan pemborosan, membazirkan elektrik RM8,500 setiap hari bagi bil elektrik.

"Saya rasa ia keterlaluan, tidak ada rasa untuk kurangkan perbelanjaan tersebut, mereka tidak menunjukkan contoh yang baik dengan perbelanjaan bil elektrik tersebut.

"Kalau di Amerika, 'White House' itu bukan sahaja kompleks kediaman rasmi Presiden Amerika, tetapi pejabat rasmi, tetapi di Malaysia, Kompleks Seri Perdana hanya kediaman rasmi tapi ada lagi pejabat perdana menteri ada pejabat  lain, itu perbelanjaan lain," katanya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 26-11-2013 01:49 AM
itu baharu menumpang tu, kalau duduk betul-betul lagilah
Quote hanakikan 26-11-2013 01:50 AM
memang menumpang pun. kalo PRU 14 nnt kalah dia berambus la dari situ
Quote slippergombak 26-11-2013 01:51 AM
malaysia darul kartun... macai2 UMNO sanggup hidup susah melarat tak cukup makan asal pemimpin mereka dapat berjoli sakan perabih duit rakyat... janji yg paling penting UMNO kena sentiasa supply bidio seks untuk tontonan macai2 UMNO sekalian untuk mengubat keresahan dalam diri... ini yg paling penting dan utama... UMNo dan seks berpisah tiada...
Quote slippergombak 26-11-2013 01:53 AM
rumah dia kat bukit duta tuh,, naik jerk jadi Pm trus renovate jadi 5 tingkat straight... giler laa...
Quote slippergombak 26-11-2013 01:54 AM

Quote jasmeen 26-11-2013 01:59 AM
Dasat nihhhh
Quote lavacoffee 26-11-2013 02:18 AM
STONER posted on 25-11-2013 06:13 PM
nasib baik dia ckp hanya menumpang, kalo dia ckp "ada aku kesah?"

kalau dia cakap " wa enjut aje " cam siggy lu...

lagi parah kan...sarjana??





Quote sueism 26-11-2013 02:31 AM
slippergombak posted on 25-11-2013 07:53 AM
rumah dia kat bukit duta tuh,, naik jerk jadi Pm trus renovate jadi 5 tingkat straight... giler laa. ...

Mana dia dpt duit????? Rompak? Di subsidi?
Quote slippergombak 26-11-2013 02:33 AM
sueism posted on 26-11-2013 02:31 AM
Mana dia dpt duit????? Rompak? Di subsidi?

menabung dari lahir...
Quote sueism 26-11-2013 02:36 AM
slippergombak posted on 25-11-2013 08:33 AM
menabung dari lahir...

Mak ai Dari lahir dah menabung rasa berapa lah sehari dia menabung ??? 200k sebulan?
Quote slippergombak 26-11-2013 02:45 AM
sueism posted on 26-11-2013 02:36 AM
Mak ai Dari lahir dah menabung rasa berapa lah sehari dia menabung ??? 200k sebulan?

menabung sehari RM2 dari lahir... cukup umur 60.. ada RM500 juta sebab tolong beli kapal selam malaysia... interesting kan.. hmm.. well... owhh yess.. well...
Quote sueism 26-11-2013 02:48 AM
slippergombak posted on 25-11-2013 08:45 AM
menabung sehari RM2 dari lahir... cukup umur 60.. ada RM500 juta sebab tolong beli kapal selam mal ...

Super Dahsyat wooooo anak I yg I menabung Sejak dia lahir now umur 9 tahun tu pun dia cuma Ada 9K aje dalam bank
bila lah duit anak I nak Berganda macam bijan?
Quote Bedah.Cun 26-11-2013 03:19 AM
sueism posted on 25-11-2013 06:48 AM
Super Dahsyat wooooo anak I yg I menabung Sejak dia lahir now umur 9 tahun tu pun dia cuma Ada 9K  ...

Agaknye, anak kau kena jadi presiden UMNO gak mungkin ade peluang nak jadi jutawan. Bedah pun dah keluar UMNO dah, kosser lar Bedah bukak bisnes ni pun bukannye diorang yang bantu. Nasib hubby yang tolong mase tengah nak melingkup hari tue. Menyesal bagi dana kat orang Pekan sane, lahanat sangat!
Quote Al-Patih 26-11-2013 03:19 AM
  
Quote mak_wa95 26-11-2013 03:27 AM
konon merendah diri la tewww...
cakap macam rakyat bodoh..
Quote machiko 26-11-2013 03:47 AM
Menumpang sekali sekala, patutnya bil lagi murah. Tapi bil tak menggambarkan sekali sekala pun..
Quote nour2001 26-11-2013 04:01 AM
machiko posted on 26-11-2013 03:47 AM
Menumpang sekali sekala, patutnya bil lagi murah. Tapi bil tak menggambarkan sekali sekala pun..

Mana tak bil tinggi aircond letrik kipa memanjang je on..cuba kalu najib sendiri bayar bil tu, mau rendah je kan..sebab dok menumpang semua dpt free of course lah tak tau berjimat cermat..
Quote sup@rm@n 26-11-2013 04:31 AM
Tumpang kapalterbang tamo citer ke?
Quote AHMADVW 26-11-2013 05:03 AM
hbis duit pembayar cukai kne gomol ngan org bn

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.043348 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top