Satu kajian yang dilakukan pakar-pakar haiwan mendapati kucing berasa tertekan dan resah kerana tuannya berada di rumah sepanjang hari semasa pandemik Covid-19 kerana dianggap mengganggu tabiatnya yang gemar bersendirian, lapor laman Mirror UK kelmarin.
Memandangkan ramai pekerja yang terus bekerja dari rumah semasa pandemik, semakin banyak haiwan peliharaan dibawa ke klinik haiwan disebabkan oleh masalah mental. Pusat kebajikan haiwan Cats Protection menyatakan, banyak haiwan yang berdepan kesukaran untuk tinggal bersama tuannya pada waktu siang. “Perubahan kepada rutin harian kucing berpotensi menyebabkan haiwan itu tertekan kerana kucing merupakan makhluk yang suka membuat tabiat sama.
“Selain itu, kawasan senyap dan selamat yang digunakan kucing di dalam rumah mungkin telah diubah menjadi ruang pejabat, menjadikan ia tidak lagi mempunyai ruang bersendirian,” kata jurucakap pusat kebajikan itu. Tambahnya, sekiranya kucing peliharaan sensitif dengan bunyi bising, jumlah manusia yang ramai di dalam rumah akan meningkatkan lagi tekanan terhadap haiwan itu. “Tanda-tanda kucing yang tertekan termasuk mengiau secara berlebihan, kerap menjilat badannya, kerap mencakar, kencing di kawasan yang tidak sepatutnya dan kerap bersembunyi,” kata Daniella Dos Santos yang merupakan Timbalan Presiden Kanan Cats Protection. -CARI Sumber: Kosmo
|
bakingsoda replied at 28-8-2021 10:59 AM
kucing mmg bossy, kita kena cucuk hidung ikut ape yg dia nak. kalau protes tak nak habiskan makanan ...
KIM.K replied at 28-8-2021 11:15 AM
Aku beli 10kg kibbles niat nak berjimat, sekali jadi pembaziran
miszclassique replied at 28-8-2021 11:23 AM
Sejak covid ni i pun beli 10kg punya untuk 3 bos berbulu kat rumah i.. Nasib baik tak demand sgt k ...
trexxxxxi replied at 28-8-2021 11:10 AM
Bideo apa ni bangkem
Bangkem jangan bukan2
kemaruk replied at 28-8-2021 11:28 AM
KIM.K replied at 28-8-2021 11:27 AM
Diorg tak cerewet drywood sebab snacking je kan. Real meal mesti memilih sangat hehe.
Nanti iol ...
ADVERTISEMENT