CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjenayah Terbang Ganggu Penduduk

26-11-2013 12:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7344| Komen: 64

  
Orang ramai meninjau kawasan yang dikatakan penduduk terserempak dengan langsuir.



Penduduk menunjukkan lokasi seorang penduduk mendakwa melihat lembaga berterbangan berhampiran Kampung Tasek



Tinjauan Sinar Harian menemukan sekumpulan anak muda yang berminat dengan aktiviti paranormal di Gong Lapang.


Kumpulan penduduk yang berminat merungkai misteri langsuir meninjau kawasan berhampiran Gong Tinggi.

PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.


Rujuk mereka yang layak

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.


Suara mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.


Sudah dipasung

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 26-11-2013 09:32 AM
Apa kes pulak ni.... Ummah Besut & Jertih ni tak abis2 dgn masalah... kali ni tahyul pulak... Sat lagi mesti pak kassim bagi trade mark "Tererngganu Darul Langsuir" pulak...
Quote Kassim_Patalon 26-11-2013 09:36 AM
terengganu darul langsuir
Quote Kassim_Patalon 26-11-2013 09:37 AM
jangan halau langsuir tabur garam pulak ya
Quote SukaMain 26-11-2013 09:46 AM
Langsuir tu buat jenayah apa?
Quote annehuda 26-11-2013 09:49 AM
drpd kejar langsuir tu, baik kejar penjenayah yg btul2 wanted punye.
Quote the_killer 26-11-2013 09:50 AM
SukaMain posted on 26-11-2013 09:46 AM
Langsuir tu buat jenayah apa?

ganggu orang
Quote Centurion 26-11-2013 09:51 AM
maybe langsuir ni xde ic ori atau warga asing sbb 2 suka buat jenayah...
Quote mak_wa95 26-11-2013 09:54 AM
bagus juga bila ramai2 berjaga macam ni langsuir jadian atau hantu raya pun takut nak keluar...
Quote rdzaccess 26-11-2013 09:55 AM
ia adalah pribumi ..
Quote salimrock 26-11-2013 09:57 AM
yo yo je lah kejar langsuir..esok sesat kt hutan ke..kena sorok ka, kena hsiteria ke..sibuk panggil JPAM..ustaz harun din dn sbegainye...........
Quote kecimpret 26-11-2013 10:13 AM
[youtube]K0Az0KLYlkI[/youtube]

pasang lagu ni dtg la langsuir tu
Quote the_killer 26-11-2013 10:14 AM
"langsuir tu ada hak untuk melakukan aktivitinya" kata Persatuan Hantu Malaysia
Quote siti_kus 26-11-2013 10:14 AM
jenayah apa langsuir tu bt? kanun keseksaan apa?
Quote dahliateck 26-11-2013 10:17 AM


style la lu bang
Quote taji2906 26-11-2013 10:19 AM
ada elok gak langsuir ni dok bising2 mengilai... boleh menghalang jenayah pecah rumah, ragut, curi kenderaan, penagihan dadah, remaja lepak tak tentu arah... kasi takut sama itu golongan... hahaha
Quote dahliateck 26-11-2013 10:20 AM
kalau jumpa diorg nak watpe, nak tangkap ke
Quote kenarikelabu 26-11-2013 10:46 AM
kalu betul langsuir tu tak leh kata apa la. Tp salunya burung hantu yg kerap melintas atas kepala kat jalan, sbb nak ngap tikus yg terkedek2. bila dia terbang tu kepak dia punya la lebar...bawah kepak tu warna putih. tu yg jd salah anggap kadang tu, ingat pontianak. aku pernah terkono, seb baik tak terbabas moto. pastu burung tu punya la nyaring dia jerit.
Quote True-X 26-11-2013 10:50 AM
Ni bukan tempat org jawa ni....hahaha
Quote nurfariezza 26-11-2013 10:55 AM
taji2906 posted on 26-11-2013 10:19 AM
ada elok gak langsuir ni dok bising2 mengilai... boleh menghalang jenayah pecah rumah, ragut, curi k ...

hahah...nth2 langsuir pn tkut dgn dorg...
klu t'srmpak nnt xpsl2 kena rogol plak lngsuir 2...

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.055915 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top