CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bekas Atlet Taekwondo Negara Jelaskan Kenapa Bersara Usia 21 Tahun

26-8-2021 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3152| Komen: 12

Masih banyak impian tersisa, namun segalanya terhenti separuh jalan sahaja.

Begitulah kisah bekas atlet taekwondo negara, Razin Isyraf Grocer Abdullah, 23, yang bersara sekitar dua tahun lalu.



Kredit foto: IG Razin

Mesra disapa Razin, jejaka dari Bintulu, Sarawak itu mengakui rindu untuk beraksi seperti dulu-dulu, namun faktor kesihatan menjadi penghalang utama untuknya mengejar impian.

"Saya menyertai pasukan kebangsaan sejak 2016 sehinga 2019. Saya bersara pada umur 21 kerana kecederaan lutut, saya ambil keputusan untuk tak teruskan lagi.



"Sepanjang kerjaya, saya pernah beraksi di Sukan Sea di Filipina pada 2019 sehingga meraih pingat gangsa. Untuk Sukan Malaysia (Sukma) pula, saya bermain untuk pasukan Sarawak," ujarnya.

Jelas Razin yang kini bekerja dengan sebuah syarikat makanan di Cyberjaya, jauh di sudut hati dia rindu dan terkenang akan kenangan ketika bergelat atlet.

Namun katanya, dia reda dan berserah kepada rezeki untuk menceburi bidang lain dalam kehidupannya pada masa ini dan akan datang.

"Tipu kalau kata tak rindu. Kalau saya sihat, saya memang nak terus main taekwondo. Paling rindu tentunya suasana latihan.

"Ia membuatkan saya rasa ada sasaran dalam hidup. Setiap hari kita berlatih, kita akan tetapkan sasaran. Jadi hidup saya tak kosong," ujarnya.



Kata Razin lagi, selain bekerja dengan syarikat makanan, dia juga menemui minat baharu dalam hidupnya iaitu bidang perniagaan.

Jelasnya, dia sudah mencuba beberapa bisnes termasuklah dengan syarikat penapis air dan kini sedang fokus terhadap bisnes produk kolagen pula.

"Cabaran paling besar dalam bisnes merupakan rejection daripada pelanggan. Pada awal saya sertai bisnes, saya tak sedar akan hal itu.

"Mula-mula orang reject, saya rasa tak apa... esok ada lagi. Tapi akhirnya baru saya faham, saya belajar dengan pengalaman sendiri.

"Sukan dan bisnes ada cabaran tersendiri. Kalau atlet, cabarannya nak kena training, bagi komitmen dan disiplin untuk capai target. Bisnes pun ada target juga," ujar anak sulung daripada tiga beradik itu.

Kata Razin, dia memasang impian untuk mengeluarkan produk sendiri suatu hari nanti.

Pada masa sama, Razin tak menolak seandainya ada rezeki untuk dia bergelar jurulatih taekwondo suatu hari nanti.

"Ramai yang tanya kenapa berhenti sukan? Ada yang WhatsApp, ada yang direct mesage (DM). Jadi saya jelaskan baik-baik.

"Dulu jadi atlet, saya nak banggakan mak ayah sebab study saya tak berapa OK...saya cuma mampu banggakan mereka sebagai atlet.

"Biarpun famili sedih masa saya nak bersara, mereka beri sokongan kepada saya. Cuma sekarang saya kalau boleh nak ada produk sendiri. Kalau ada rezeki sebagai coach, saya tak menolak," ujarnya.



Dalam temubual sama, Razin sempat menzahirkan harapan agar pandemik di negara ini berakhir segera dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

"Harap sangat Covid-19 berakhir segera. Moga ia reda dan keadaan kembali macam dulu.

"Saya dah lama jauh dengan keluarga. Kali terakhir balik Bintulu pada tahun 2018," ujarnya lagi.


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 26-8-2021 05:55 PM
paham... bila da anggota badan ada problem, nak buat apa pun terpaksa ada batas
Quote spicygirl3 26-8-2021 06:04 PM
Jadi coach pun ok dek. Rezeki masing masing
Quote Zazama 26-8-2021 06:23 PM
Jagalah lutut tu. Kesihatan lebih penting.
Quote bluebutter 26-8-2021 06:39 PM
Minta lah kerja opis.bank ke. Company securities ke. IT company ke. Minta bahagian hr. Sure dapat. Sebab dah harumkan nama negara. ramai atlete join bank hr department.
Quote missus_meow 26-8-2021 06:59 PM
it's ok razin. walopon kejap je, u played your part. selamat maju jaya dlm bidang baru pulak
Quote airmineral 26-8-2021 07:45 PM
xpe la dik. da rezeki jadi atlet smp gitu je
kesihatan mmg penting mana  next boleh jadi coach plk ke..
Quote Ciktiekus 27-8-2021 07:15 AM
Gambar last mcm LZJ
Quote blekkep 27-8-2021 08:19 AM
Helokkk...dappp. .tiru ayat hj zila
Quote Adrif 28-8-2021 05:49 PM
aku dulu waktu muda pun aktif silat

waktu training memang best gila. penat nak mateyyy. waktu balik, berdiri pun ketar kaki tak larat. tapi memang seronok, badan cergas, flexible, tumbuk tendang kuat

lepas tu lutut injured. terus bersara dari join silat  
tak dapat dah join kawan-kawan sparring

p/s : sesi silat hujung kampung ja

jaga la lutut kome weyy  
Quote honeybee1802 29-8-2021 12:41 AM
Mmg apa2 sports pun kan...kalo ada injuries yg mcm susah nak sembuh..or berulang2 ja...mmg terpaksa babai la though muda pun...
Quote cucutokwan89 29-8-2021 07:10 AM
Kat korea, atlet yg dpt pingat tertentu di sukan asia / Olimpik dpt excuse latihan ketenteraan wajib diorg. Antara reason nya, atlet ni pd usia muda lah waktu kemuncaknya. Kang kena masuk kem, henti latihan, terbantut plk karier sukan diorg.
Quote downiey 31-8-2021 08:31 AM
helokk,. hehheeh. jage bdn elok2 dik,,nk pakai lame.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.060957 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top