CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fakta Sedih: 1,517 Pelajar Yatim Piatu, Ibu Bapa Maut Akibat Covid-19

24-8-2021 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3322| Komen: 33

Fakta menyedihkan apabila seramai 1,517 pelajar di seluruh negara disahkan menjadi anak yatim atau yatim piatu akibat kematian salah seorang ibu bapa atau kedua-duanya sekali akibat virus Covid-19.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, angka direkodkan antara Mac tahun lalu sehingga Ogos itu disifatkan amat mendukacitakan dan perlu diambil langkah pembelaan sewajarnya.

"Walaupun angka ini dianggap kecil berbanding lima juta pelajar di seluruh negara ketika ini namun isu kebajikan semua anak-anak mangsa Covid-19 ini tetap diambil perhatian serius.

"KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak pengurusan sekolah sentiasa peka terhadap nasib pelajar yang kehilangan ibu bapa ini," katanya.


Foto: Harian Metro


Menurutnya, KPM turut menubuhkan pasukan khas iaitu Kebajikan Murid Guru di peringkat kementerian bagi memastikan tindakan dan bantuan segera disalurkan kepada golongan terbabit.

"Pelbagai bantuan akan disalurkan dengan segera antaranya bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan bantuan bekalan makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan bagi mereka yang layak serta penempatan pelajar ke asrama di bawah kelolaan KPM," katanya.

Sebelum ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan seramai 33 kanak-kanak di seluruh negara dikenal pasti KPWKM menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19.

Beliau berkata, maklumat mengenai kanak-kanak itu diperoleh dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, berikutan itu pihaknya akan memastikan kebajikan kanak-kanak itu terjaga dengan memberi perlindungan kepada mereka bagi memastikan masa depan mereka terjamin.

Menurutnya, kementerian mengambil inisiatif membuka penempatan kepada kanak-kanak yang memerlukan perlindungan akibat Covid-19 di tujuh institusi mengikut zon seluruh negara.

Institusi itu adalah di Rumah Kanak-Kanak (RKK) Pokok Sena, Taman Sinar Puteri (TSP) Batu Gajah, Melaka, TSP Cheras, Rumah Budak Lelaki (RBL) Melaka, RKK Mini Kelantan, TSP Kota Kinabalu dan TSP Kuching sebagai penempatan kanak-kanak sama ada secara sementara atau tetap.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 24-8-2021 04:52 PM
sedihnya
moga Allah permudahkan semua urusan
Quote mama_neko 24-8-2021 05:03 PM
kesiannya.. what a tragedi.. tapi still ramai yang amek mudah covid ni..
Quote zehra2 24-8-2021 06:29 PM
kalau org kampung tu mmg dah biasa hidup susah serba sederhana.. ni yg golongan pertengahan.. kot ada pencen/epf.. hrpkan sanak sedara tolong jaga kebajikan..
dah biasa hidup senang semua mak ba[ak sediakan, tetiba hilang tempat bergantung
Quote Artemesiaa 24-8-2021 06:35 PM
Sayang ramai yang tak tahu mengenainya harap nasib anak2 yang ditinggalkan itu terbela.  Benda kalau tak kena pada family sendiri mana nak terasa.  Bila dah terkena barulah meratap hiba sesambil gigih nasihatkan orang lain pula.  Yang baca nasihat pun sekadar baca je mana nak ambil iktibar maka terus menerus process berulang2 sampai AJM.
Quote zamzam 24-8-2021 06:47 PM
harapnya ada yg sudi ambil jadi anak angkat.
Quote makadek 24-8-2021 06:48 PM
Allahu ya Allah kau lindungi la anak2 yatim ni
Dr segala hal
Quote Nenolen 24-8-2021 06:48 PM
Tiap2 hari asyik berita duka shj
Quote Fortiori02 24-8-2021 07:02 PM
Kesian. Moga adik2 ni tabah harungi dugaan.
Quote ina_na 24-8-2021 07:07 PM
Pengalaman aku jd anak yatim..ms membesar saudara mara,mak saudara,bapak saudara semua tkt gan kita org adik beradik ... Penah call mak long nk tanye khabar je boleh dia ckp semua family pun ade mslh masing2..so Aku diam je la lps tu..mak aku msk wad pun x bgtau kat dia org semua..hadap je la dgn adik beradik..tp bab reta bapak laju je tanye bape dapat..
Quote elnor_81 24-8-2021 07:17 PM
ina_na replied at 24-8-2021 07:07 PM
Pengalaman aku jd anak yatim..ms membesar saudara mara,mak saudara,bapak saudara semua tkt gan kita  ...

Ni mmg btul..bab reta pandai ikut faraid..tp bab ank2 sedara, xnk lak ikut faraid..xnk ad tanggungjawab...
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 08:35 PM
kesiannya lahaiii adek2 ni...
moga dibela hak mereka dan jangan laa sedara mara deme
jenis hati hitam busuk buat jahat kat anak2 ni
Quote zamnie 24-8-2021 08:38 PM
Ya Allah sedihnye.. moga Allah memelihara ank2 ni dan membsr jd ank soleh dan solehah berjaya dunia akhirat..
Quote ina_na 24-8-2021 08:47 PM
elnor_81 replied at 24-8-2021 07:17 PM
Ni mmg btul..bab reta pandai ikut faraid..tp bab ank2 sedara, xnk lak ikut faraid..xnk ad tanggung ...


Sedih tau ms tu..mmg ingat sampai skrg pe yg mak saudara ckp satu persatu.. semoga anak2 yatim yg lain x alami mcm aku
Quote supernaturalee 24-8-2021 10:13 PM
Semoga anak2 ni jd insan berguna
Semoga laluan mereka utk berjaya dipermudahkan

Quote TeropongThaico 24-8-2021 10:17 PM
Semoga Allah beri kekuatan pada mereka yg tinggal. & semoga yg telah pergi ditempatkan dikalangan yg bertakwa.
Quote Catpaw 25-8-2021 01:33 AM
ina_na replied at 24-8-2021 12:47 PM
Sedih tau ms tu..mmg ingat sampai skrg pe yg mak saudara ckp satu persatu.. semoga anak2 yatim y ...



Semoga Allah balas dan ganti kesabaran dan kesedihan awak dengan sesuatu yg lebih baik, amin.
Quote dua_chzy 25-8-2021 11:04 AM
ina_na replied at 24-8-2021 07:07 PM
Pengalaman aku jd anak yatim..ms membesar saudara mara,mak saudara,bapak saudara semua tkt gan kita  ...

Sebab tu ai live by the prinsip - duit dan harta bukan saudara sis. Meaning - karna harta, saudara boleh berbunuhan, boleh saling tak kenal.
Quote superwolff 25-8-2021 11:12 AM
Ye allah, memang sian dan sedih dengar. Moga Allah permudahkan semua urusan.
Quote thepotato$ 25-8-2021 11:54 AM
Semoga laluan mereka untuk berjaya dipermudahkan..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.138765 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top