CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Shh! Jangan Cakap Tentang Berat Badan Kim Jong-Un

21-8-2021 08:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3720| Komen: 20

Description: Pegawai rasmi Korea Utara melarang penduduk negara itu daripada membincangkan mengenai kehilangan berat badan pemimpin utamanya, Kim Jong-un, lapor portal berita MailOnline.
Pegawai rasmi Korea Utara melarang penduduk negara itu daripada membincangkan mengenai kehilangan berat badan pemimpin utamanya, Kim Jong-un, lapor portal berita MailOnline.


Kredit foto: The Daily Beast

Pihak berkuasa menegaskan, Jong-un mengurangkan pengambilan makanan ‘untuk kepentingan negaranya’ ketika Korea Utara berdepan krisis bekalan makanan. Namun, beliau dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Spekulasi berkaitan kesihatan pemimpin itu bermula selepas beberapa keping foto menunjukkan badan beliau kelihatan kurus selepas berat badannya kurang hampir 20 kilogram awal tahun ini.


Kredit foto: Daily Mail

Bagaimanapun, menurut laporan perkhidmatan berita bukan berasaskan keuntungan dari Amerika Syarikat, Radio Free Asia (RFA), usaha menghalang orang ramai daripada membuat spekulasi mengenai penampilan baharu Jong-un itu gagal.

Sumber memberitahu bahawa unit pengawasan kejiranan telah mengeluarkan amaran rasmi yang melarang perbincangan berkenaan status kesihatan Jong-un.

“Unit tersebut berkata bahawa kehilangan berat badan Jong-un bukan disebabkan masalah kesihatan, tetapi kerana beliau sama-sama menderita demi negara dan rakyatnya yang meninggal dunia akibat krisis itu,” jelas sumber tersebut.


Jun 2021
Kredit foto: AP


Februari 2021
Kredit foto: AP

Jong-un bulan lalu dilihat melambai ke arah pasukan tentera dan dengan sut rasminya, Mao yang kelihatan longgar.

Sebuah media tempatan yang dikawal pemerintahan Jong-un turut memetik seorang penduduk Pyongyang yang mendakwa semua rakyat Korea Utara berasa sedih melihatkan imej pemerintah itu yang kelihatan kurus.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 21-8-2021 08:40 PM
Quote miznora 21-8-2021 08:42 PM
baguslah.  untuk kesihatan sama
Quote JohnyEnglish 21-8-2021 08:50 PM
Sembang kt dapor dh la jgn membawang kat whatsapp plk
Quote Paiya 21-8-2021 08:58 PM
kalau itu gambarnya,  masih nampak gemokk pun..
Quote sharlenetexas 21-8-2021 08:59 PM
Gemoknya berhala sembahan rakyat NK. Done bodyshaming.
Quote makneng 21-8-2021 09:05 PM
Dia je sorang boleh gemok org lain kat NK x boleh gemok. Neveslahh
Quote spicygirl3 21-8-2021 09:06 PM
Wow! Diktator betul. Patutnya dia happy la dia kurus, boleh jadi role model.
Quote AyaqMeloSuam 21-8-2021 09:57 PM
Potong usus la kot.. tau takut mati.. igt x takut.. kan aritu dia ada hilang sat.. adik dia ganti..
Quote Ayda89 21-8-2021 10:00 PM
Bariatrik ke tuuu
Quote menjad 21-8-2021 10:19 PM
Tak jadi mati yer...

Quote exclusive_vvip 21-8-2021 10:21 PM
Ntah2 dia buat Diet Keto + IF
Quote primarikey 21-8-2021 10:25 PM
Tak sabar nk tgk leher kim kim
Dh nmpk leher baru nmpk kurus
Quote nakkomenjugak 21-8-2021 11:39 PM
amboiii sampai gitu sekali yach oppa jung on
dia je boleh bembem
Quote reynold00 22-8-2021 12:13 AM
macam xkurang byk je
Quote diamond_intan 22-8-2021 02:05 AM
primarikey replied at 21-8-2021 10:25 PM
Tak sabar nk tgk leher kim kim
Dh nmpk leher baru nmpk kurus

Da nampak halkum…baru la smart. Kannn
Quote primarikey 22-8-2021 06:53 AM
diamond_intan replied at 22-8-2021 02:05 AM
Da nampak halkum…baru la smart. Kannn

Kan hahaha
Quote Ciktiekus 22-8-2021 09:38 AM
Celah mana kurus..
Quote 3480 23-8-2021 02:44 AM
Klu dia kurus then repair muka mcm oppa kpop mungkin rakyat dia makin bsemangat dengaq ckp dia
Quote Thunderclouds 23-8-2021 06:34 AM
Tang mna dh kurusss? Leher masih xnmpk tuu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.536569 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top