Surabaya: Hanya disebabkan nasi kotak, dua anggota Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP) bergaduh sesama sendiri. Kejadian itu berlaku selepas upacara memperingati Hari Kemerdekaan Indonesia ke-76 di Ronggosukowati, Pamekasan, Pulau Madura, kelmarin.
Kompas melaporkan seorang saksi di lokasi kejadian memaklumkan sebaik selepas acara berkenaan pihak urus setia mengagihkan nasi kotak kepada petugas. Menurut saksi, ketika nasi kotak berkenaan diagihkan, seorang anggota mengambil lima nasi kotak. Tindakan lelaki itu ditegur seorang lagi anggota Satpol PP yang memberitahu masih ramai petugas belum mendapat nasi itu. Saksi berkata, teguran terbabit menyebabkan anggota berkenaan mengajak rakan setugasnya itu bergaduh.
"Rakan setugasnya itu yang diajak bergaduh kemudian memukul anggota berkenaan sehingga tercetus pergaduhan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Menurut saksi, ketika nasi kotak berkenaan diagihkan, seorang anggota mengambil lima nasi kotak.
ADVERTISEMENT