CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dayang Nurfaizah Tak Dapat Terima Hakikat Umur Dah 40

16-8-2021 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7892| Komen: 43

Bagi golongan lelaki, usia 40 tahun umpama permulaan sebuah kehidupan. Namun, berbeza penerimaan buat wanita.

Apa yang tergambar dalam fikiran apabila bercakap soal usia 40 tahun adalah perkataan 'tua' yang membawa kepada perubahan fizikal dan tenaga.


Justeru, tidak hairanlah ada segelintir wanita takut apabila usianya mencecah 40 tahun. Salah seorangnya, penyanyi bersuara lunak, Dayang Nurfaizah yang meraikan ulang tahun ke-40 pada 20 Julai lalu.


Foto: IG
Berkongsi perasaannya, Dayang mengakui, dia belum dapat menerima hakikat usianya sudah 40 tahun.

"Walaupun ada yang menganggap usia bukan pengukur, saya pula sebaliknya. Saya belum dapat terima hakikat usia sudah mencecah 40 tahun.


"Tidak boleh terima sebab sukar nak percaya. Saya rasa terlalu pantas masa berlalu. Ketika mahu isi borang hendak ambil suntikan vaksin, saya pelik kena letak angka empat pada ruangan umur.

"Masa ambil vaksin pertama, umur masih angka tiga di hadapan. Rasa seperti mahu kosongkan sahaja ruangan umur. Apabila bercerita perasaan ini kepada pengurus, itulah adalah perkara normal," cerita penyanyi Di Pintu Syurga sambil ketawa.



Dijolok dengan pertanyaan kerisauan disebabkan takut menjadi tua, Dayang tidak menolak andaian itu.

Namun, tegas Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Norfaizah Awang Dowty ini, kegusarannya tiada kena dengan perubahan bentuk fizikal apabila seseorang semakin berusia.

"Bukan takut tua sebab bentuk fizikal ataupun tenaga berubah. Semua ini menjadi lumrah. Ia dapat dilihat bagaimana tenaga dan fizikal masa masih remaja hinggalah sekarang. Memang banyak perbezaannya.

"Cuma, maksud saya pertambahan usia menyentak diri. Terasa pecutan masa begitu pantas hingga saya tidak sedar usia semakin meningkat, sedangkan banyak perkara yang ingin dicapai dalam hidup," katanya kepada BH Online.



Apabila berbicara soal usia dan statusnya masih solo, apakah pertambahan usia membuatkannya terbeban dengan persoalan jodoh?

Seperti sering diungkapnya, Dayang berkata, dia lebih selesa meletakkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa.

"Saya rasa keluarga pun malas nak bertanya soal jodoh. Saya hanya terfikir soal jodoh apabila ada yang bertanyakan. Selalunya, hidup adalah untuk diri saya sendiri.

"Pertambahan usia bukan alasan untuk membebankan diri dengan memikirkan soal jodoh. Kalau terfikir, lebih kepada arah positif.

"Saya percaya, kata-kata baik adalah doa. Jadi, saya hanya berserah pada Allah SWT," ujarnya.

Seiring dengan kematangan usia, Dayang berkata, dia sebolehnya cuba mengelak daripada terjerumus dalam kontroversi yang memusnahkan kerjaya seninya.



Jadi, katanya, dia lebih selesa mengambil pendekatan berhati-hati, terutama dalam berkongsi hantaran dalam media sosial supaya perkongsian tidak disalah tafsir dan memakan dirinya sendiri.

"Ada ketika saya marah dengan kata negatif yang ditulis dalam media sosial. Tetapi, selalunya saya hanya merungut sendiri ataupun meluahkannya pada pengurus.

"Memang mudah untuk kita melemparkan kemarahan dalam media sosial. Namun sebagai selebriti, saya kena fikir banyak kali sebelum membuat sebarang hantaran.

"Kena nilai semula apakah kesan pada diri sendiri dan kerjaya. Penat membina nama dan reputasi dalam industri muzik, namun musnah sekelip mata hanya kerana perkara kecil yang tidak berbaloi," kata Dayang.

Terbaru, penyanyi kesayangan ramai itu muncul dengan single duet berjudul Sayang Aku Tanya Apa Khabar menyaksikannya kali pertama paduan suara bersama penyanyi dan komposer berbakat besar, Zynakal.



Berkongsi pengalaman bekerja dengan Zynakal, Dayang menyifatkan, kolaborasi yang menyeronokkan.

"Tawaran merakamkan single duet ini diterima daripada syarikat rakaman. Sebelum bersetuju, saya hendak dengar lagu terlebih dahulu, kemudian baru bertanya siapa pasangan.

"Saya memang suka dengan bakat dan vokal Zynakal selepas melihat persembahannya. Satu perkara yang buat saya seronok bekerja dengan penyanyi muda kerana banyak idea dan kreatif dalam berkarya," luah pemenang trofi Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali itu.

Single Sayang Aku Tanya Apa Khabar terbitan Def Jam Malaysia dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital sejak minggu lalu. Lirik video boleh ditonton menerusi saluran YouTube Def Jam Malaysia. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missmeornot 7-8-2021 12:32 PM
Cantik la dayang ni. Sweet je. Kalau betul hael ade hati kat dayang cepat2 la masuk meminang. Xkan nak suh dayang pulak minang dia. Kawin musim covid ni banyak jimatnya.
Quote makadek 7-8-2021 12:41 PM
Ko je lah lamar dia @Raline
Dia ni npk soft spoken jer
Quote swimswim 7-8-2021 01:20 PM
Canteknya rambut
Quote AkokKocik 7-8-2021 01:35 PM
Kenapa andartu seperti dianggap seperti makhluk hina??? Klu xnak dihina, kena kahwin, kira cmtulah. Sbb tu rmai pmpuan ambil langkah asal berlaki...krn xnk dianggap spt hina plak dimata org.
Quote ashilalat 7-8-2021 02:09 PM
Untuk ke 20kali nya benang dayang ketiak hitam ni pasal andartu tak dapat jodoh. Semedang la citer pasal diri tak laku
Quote Raline 7-8-2021 02:22 PM
makadek replied at 7-8-2021 12:41 PM
Ko je lah lamar dia @Raline
Dia ni npk soft spoken jer

kuota dah penuh oooo
Quote NEmma 7-8-2021 03:49 PM
Tahun ni dengan tahun lepas je dah berapa kali keluar news pasal jodoh, kawen.. Kalau ada rezeki berumahtangga tu ada lah.. Tak perlu nak highlight benda tu setiap kali keluar produk baru.
Quote chekacheku 7-8-2021 03:53 PM
Sian dayang asyikla reporter highlight psl dia xkawen2
Quote imanjannah 7-8-2021 06:06 PM
moga baik2 aje my Queen D
Quote nakkomenjugak 7-8-2021 06:39 PM
i like she  
Quote kakakpositifker 8-8-2021 09:08 AM
Kesian dia. Asyik kawen tak pun anak. Tu je lah pemikiran sesetengah melayu. Mendap lah otak org mcm ni
Quote binipopeye 8-8-2021 10:36 AM
dulu ingat kan couple dgn anuar zain
Quote kalchi 8-8-2021 10:48 AM
Napa org salu gosip dia dgn hael. hael tu nmpak mcm lembut2. Tease dyg kt ig pon mcm skadarr
Quote unguaurora 8-8-2021 03:13 PM
Shipper mana shipper?
Quote fadz84 8-8-2021 04:26 PM
Cantik dayang.. rambut kepuk2..
Quote fadz84 8-8-2021 04:33 PM
Edited by fadz84 at 8-8-2021 04:34 PM

Best lagu ni, kuat nuansa rnb.. tp kejap sgt 2.53 min je..

[youtube]k5usbhEO-PU[/youtube]
Quote Kasutumitinggi 8-8-2021 05:37 PM
nice song....
Quote makcun14 8-8-2021 05:52 PM
jodoh rezeki bukan di tangan kita. macam dayang ni , jodoh lambat tapi rezeki karier tu hebat.
mana tau bakal rembat laki muda  dan hot  ikut jejak kaka faz ? gitewww semoga mulut iols masin
Quote fadz84 8-8-2021 06:03 PM
Dayang ni makin umur meningkat makin gorgeous..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046378 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top