CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

{1} Tiga helai rambut dan sebtg gigi Rasulullah SAW dicuri !

17-10-2012 09:12 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4528| Komen: 11

Description: KEBAKARAN berlaku di Masjid Umayyad di Aleppo pada Sabtu lalu. ALEPPO - Pertempuran yang berlaku antara tentera Syria dengan para penentang Presiden Bashar Al-Assad telah memusnahkan Masjid Ummaya ...

KEBAKARAN berlaku di Masjid Umayyad di Aleppo pada Sabtu lalu.

ALEPPO - Pertempuran yang berlaku antara tentera Syria dengan para penentang Presiden Bashar Al-Assad telah memusnahkan Masjid Ummayad yang didirikan pada abad ke-13, kata seorang koresponden agensi berita AFP kelmarin.


Kebakaran akibat pertempuran memusnahkan permaidani antik dan perabot kayu yang digunakan untuk menghiasi masjid berkenaan pada Sabtu lalu.


Tiga helai rambut dan sebatang gigi Nabi Muhammad SAW yang terdapat di dalam masjid tersebut telah dicuri.

Bashar dilaporkan mengarahkan pembentukan sebuah panel untuk memantau kerja-kerja pemuliharaan masjid tersebut, lapor agensi berita SANA.

Menurut seorang wartawan AFP, pihak tentera menguasai sepenuhnya kawalan di masjid tersebut.

Bagaimanapun, katanya, para penentang berada di sekitar masjid berkenaan.

Para penentang turut menembak mati seorang jurutera, Mohammed Marwan Jarada yang mengiringi satu jawatankuasa pakar ke masjid tersebut untuk menyaksikan kerosakan kelmarin.

Kehadiran para penentang di sekitar Masjid Ummayad menyebabkan sukar untuk memindahkan jurutera tersebut yang cedera di kaki.

Sementara itu, jet-jet tentera Syria melakukan serangan udara di bandar Idlib dan Aleppo, utara negara tersebut.

Bagaimanapun, para aktivis yang menyokong para penentang berkata, serangan tersebut adalah yang paling buruk sejak minggu lalu.

Dalam perkembangan yang sama, Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Lakhdar Brahimi mendesak supaya gencatan senjata diadakan bagi menghormati ketibaan Hari Raya Aidiladha.

Brahimi turut meminta supaya pihak berkuasa Iran membantu memastikan gencatan tersebut berjaya dilakukan.

Lebih 30,000 orang terbunuh ekoran pertempuran yang berlaku antara kumpulan penentang dengan tentera Syria sejak Mac tahun lalu.

Para penentang itu mahu menggulingkan Bashar yang didakwa gagal melakukan pembaharuan politik dan kebebasan bersuara. - Agensi



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 17-10-2012 07:05 AM
motip nak simpan rambut dan gigi....dan motip nak curi rambut dan gigi..
Quote Munnalicious 17-10-2012 08:18 AM
Kenapa nak curi? Tak baik mencuri. Berdosaaaa~
Quote Manami 17-10-2012 08:20 AM
Mungkin si pencuri nak selamatkan artifak tu kot dpd termusnah terus akibat perang... (mode: sangka baikkk )
Quote dainese 17-10-2012 08:22 AM
Manami posted on 17-10-2012 08:20 AM
Mungkin si pencuri nak selamatkan artifak tu kot dpd termusnah terus akibat perang... (mode: sangka  ...

betul jugak tuh..

Quote tongkatwaran75 17-10-2012 09:00 AM
ntah-ntah...agen zionist yg curik...
nak kaji DNA Rasulullah SAW...
Quote tongkatwaran75 17-10-2012 10:30 PM
dainese posted on 17-10-2012 08:22 AM
betul jugak tuh..

husnuzon....
Quote kucingTomey 17-10-2012 10:32 PM
wa yakin ni kerja yahudi nasaro........paling tidak syiah.......dorang dengkikan islam dari dulu lagi...yang berperang tu pulak musti yahudi terlibat....org islam takkan buat la kerja2 camni......berdosa......org islam takkan berperang la.......sebarkan jika sayang islam
Quote jasmeen 17-10-2012 10:33 PM
hish berperang tak pernah bawak kebaikan..
Quote Muntz 17-10-2012 10:36 PM
Apa lah simpan2 mcm tu. Kalau kat Arab Saudi, mgkin diorang dah tanam dah artifak2 Rasulullah nie. Kadang2 betul juga apa yg Wahabi buat... supaya org tak pegi worship dan buat segala mcm amalan khurafat.
Quote Changa 17-10-2012 10:54 PM
Sunni ke syiah yg curi?
Quote Changa 17-10-2012 10:55 PM
Gigi dan rambut itu rasulullah syiah ke rasulullah sunni?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055014 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top