KUALA KANGSAR - Beberapa peniaga di daerah ini mendakwa terpaksa menanggung kerugian berikutan kerap menerima bayaran menggunakan wang palsu, akhir-akhir ini. Peniaga mendakwa, kebanyakannya berlaku tanpa disedari ketika mereka sibuk melayan pelanggan hingga tidak berkesempatan memeriksa ketulenan wang terbabit. Pemilik restoran, Salim PS Hassan, 45, mendakwa, hanya menyedari kewujudan wang palsu itu setelah seorang pelanggan memulangkan wang terbabit. "Pelanggan beritahu wang itu ditolak ketika dia mahu membuat bayaran bil dan kemudian dia datang semula ke kedai ini dan minta ganti. "Saya terpaksa ganti walaupun saya sendiri terpedaya," katanya.
Menurutnya, biarpun nilai wang palsu itu cuma RM20, namun ia mencalarkan imej kedainya. "Bukan nilai wang yang saya fikirkan, tapi imej kedai mungkin terjejas disebabkan sikap tidak bertanggungjawab individu yang membuat bayaran menggunakan wang palsu," katanya. Sementara itu, penjaga kaunter sebuah stesen minyak dikenali sebagai Syafika, 23, berkata, dia beberapa kali menerima wang palsu, namun gagal mengesan individu yang bertanggungjawab menggunakannya. “Selalunya, mereka akan gunakan wang palsu ketika mahu membeli kad tambah nilai. "Mereka akan minta dan apabila dapat kad, mereka letakkan wang serta beredar secepat mungkin," katanya. Malah menurutnya, kesempatan menggunakan wang palsu juga dilakukan ketika premis penuh dengan pelanggan. "Wang palsu digunakan itu menggunakan cetakan biasa atas kertas yang agak nipis berbanding wang tulen. "Apabila wang itu dibasahkan, dakwatnya cair dan benang keselamatan bergaris putus-putus turut tertanggal," katanya. Tinjauan Sinar Harian mendapati, wang palsu yang diterima peniaga bersaiz lebih kecil dan warnanya juga agak berbeza. Malah, kertas digunakan agak licin dan nipis berbanding wang tulen. Namun agak sukar membezakannya sekiranya wang palsu terbabit tidak diperiksa dengan teliti.
|
brownstone posted on 24-11-2013 10:06 AM
nak jadi maju 2020, apa kata start guna electronic purse mcm touch n go tu...isi dlm kurang 100 ring ...
ADVERTISEMENT