CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Raffi Ahmad Bagi RM58,000 Setiap Bulan, Goyang Kakilah Isterinya

6-8-2021 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3932| Komen: 12

Pengacara dan pelakon Raffi Ahmad mendedahkan dia memberikan duit belanja berjumlah 200 juta rupiah atau lebih RM58,000 kepada isterinya iaitu Nagita Slavina setiap bulan.

Memetik laporan Liputan6, Raffi juga membenarkan isterinya yang sedang hamil cahaya mata kedua itu untuk mengendali bayaran yang diterima daripada YouTube.


Foto: IG

"Saya beri duit belanja dekat Nagita dalam 50 juta rupiah, tiga kad kredit yang setiap kad itu ada 50 juta rupiah juga... jadi, keseluruhan 200 juta rupiah la.

"Nagita juga yang kendali duit yang saya terima daripada YouTube. Selalunya, kalau saya nak beli apa-apa, saya pakai duit saya sendiri," kata Raffi.

Raffi berkongsi perkara tersebut ketika meluangkan masa bersama Andrey Taulany menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Untuk rekod, Raffi mengumumkan bahawa isterinya sedang hamil anak kedua selepas enam tahun menanti sekitar April lalu.

Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia enam tahun.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Whitepinkrider 6-8-2021 10:02 AM
hati2 nnti ada yg kedua, yg ketiga memerhati
Quote Tinot7 6-8-2021 10:22 AM
Banyaknya duit dia...
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 10:49 AM
ni nafkah untuk berapa tahun punya ni?
untungnya minik dia
Quote thetimes 6-8-2021 11:05 AM
Bertuah bini ha...tapi Raffi pun boya besar jugak. dulu la...hahaha
Quote biozipstar 6-8-2021 12:46 PM
kalau ada yang kedua yang ketiga dah kena kongsi tu
Quote OyenLemas 6-8-2021 12:57 PM
ade kami tanya keeeeee
Quote RatuDunia94 6-8-2021 04:58 PM
Mesti Yuni Shara menyesal tinggalkan heols.
Quote AnnaSendin 6-8-2021 11:16 PM
Ropa Amelina
Quote mmett 7-8-2021 10:58 AM
Untung laaa
Quote norawestallen 7-8-2021 01:12 PM
Untung wife dia
Quote tootii 19-8-2021 01:32 PM
Ayu Ting Ting tak berkata apa2 ker ? hahaha
Quote Whatsofunnyth 25-10-2021 12:17 PM

Bini dia kaya jga. Invest bini dia bnyk lagi. Mak mertua raffi tu kuat shopping tanpa tengok price. Family bapak mertua raffi ni educated family. Raffi ni kaya mcm skrng ni bcs bini dia ni pandai manages business diorang

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.067385 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top