Seorang penumpang penerbangan terpaksa dilekatkan di tempat duduk menggunakan pita pelekat selepas meraba payudara dua pramugari. Malahan, dia turut mendakwa ibu bapanya bernilai dua juta dolar sebelum menumbuk seorang kakitangan syarikat penerbangan.
Max Berry, berusia 22 tahun dari Ohio, Amerika Syarikat dilaporkan mengambil minuman keras sebelum kejadian berlaku. Menurut laporan Polis Miami-Dade County, Max menyentuh cawan kosongnya ke punggung pramugari ketika dia meminta minuman lain. Wanita itu meminta supaya tidak menyentuhnya, tetapi memberi minuman yang diminta penumpang berkenaan.
Namun, Max terus menumpahkan minuman baharunya lalu pergi ke tandas, sebelum kembali tanpa berbaju. Kru kabin membantunya mengeluarkan baju kering dari beg sandangnya untuk dipakai. Menurut laporan polis, Max datang dari belakang dan memeluk dua pramugari wanita sebelum meraba payudara mereka. Menurut seorang penumpang penerbangan Alfredo Rivera, pertengkaran kemudian berlaku apabila Max menumbuk muka seorang pramugara. "Dia mula menjadi agresif dan menyerang seorang pramugara," katanya. Penumpang itu kemudian ditahan polis Miami sebaik pesawat mendarat. Max berdepan dengan tiga tuduhan dan ditahan di sebuah pusat koreksional di Miami. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star
|
Mikaella replied at 4-8-2021 11:19 AM
kalau aku pramugari tu mesti menjerit
Mooverine replied at 4-8-2021 10:54 AM
Vongokz nya..
Menyampah dengan orang yang minum sampai lupa diri macam ni
orang lain pun minum ju ...
any42 replied at 4-8-2021 11:50 AM
tape je dia kt sayap katebang
Decaffeinated replied at 4-8-2021 12:01 PM
dulu2 MAS ada bawa gari.
crew yang bitau aku. untuk long haul memang penting ada crew jantan ni.
...
any42 replied at 4-8-2021 12:56 PM
oh skrng xde dah eh.
Yg ni mmg btul. klau kita perasan msti ade rsa takut jgk kn dgn kslmatan di ...
jas7512 replied at 4-8-2021 01:08 PM
Teringat tragedi tg kupang in 1977..ada yg kata kapal terbang terhempas sbb ada vip yg mabuk dan bua ...
jas7512 replied at 4-8-2021 01:08 PM
Teringat tragedi tg kupang in 1977..ada yg kata kapal terbang terhempas sbb ada vip yg mabuk dan bua ...
Decaffeinated replied at 4-8-2021 11:54 AM
aku tunggu komen inilah hikmah Islam mengharamkan arak
ADVERTISEMENT