CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Tahun Jaga Jodoh Orang-Lelaki Datang Kenduri Bekas Kekasih Kahwin Kawan Sendiri

3-8-2021 09:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3700| Komen: 22

Sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki di Indonesia hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasih dengan sahabatnya sendiri mengundang simpati netizen, lapor Suara.com, semalam.


Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram @berita_gosip, lelaki itu dilihat berdiri di hadapan pasangan pengantin sambil mengucapkan tahniah.

Menurut keterangan video, pengantin perempuan rupanya pernah bercinta dengan lelaki itu selama tujuh tahun.


Foto: Tiktok

“Tujuh tahun bercinta, akhirnya kekasih berkahwin dengan sahabat sendiri.

“Rupanya saya bukan menjaga jodoh sendiri tetapi menjadi penjaga jodoh sahabat,” tulis kenyataan di status berkenaan.


Meskipun percintaan mereka gagal, hubungan lelaki itu dengan pengantin perempuan kelihatan baik apabila wanita itu dilihat bersalaman sambil mencium tangan bekas kekasihnya.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang memuji kekentalan hati lelaki itu menyaksikan bekas kekasih berkahwin dengan sahabat sendiri.

“Ini satu bebanan kerana ia akan diingati seumur hidup lelaki itu,” komen seorang pengguna media sosial. -CARI

Sumber: Kosmo
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carlanani 3-8-2021 09:20 PM
Kesian, lepas ni tak payah dah bercinta lama-lama. Buang masa dan duit je..
Quote cekgihani 3-8-2021 09:20 PM
Kt indon salu ada brita psl ex dtg majlis. Kt malaysia jarang pulak dengar. Apa org mesia mmg xpegi majlis ex atau ada pegi tp x msk brita
Quote Tinot7 3-8-2021 09:23 PM
Boleh pula yach..

Meskipun percintaan mereka gagal, hubungan lelaki itu dengan pengantin perempuan kelihatan baik apabila wanita itu dilihat bersalaman sambil mencium tangan bekas kekasihnya.
Quote misc 3-8-2021 09:26 PM
Kalau kat Malaysia para exes koserrr nak gi kenduri ex. Paling tidak menangis di bucu katil je. Tu pasal takde viral2 mcm indon.
Quote edayildiz 3-8-2021 09:29 PM
agaknya kwn dia lagi kaya kot
Quote MissyMolly 3-8-2021 09:40 PM
Bila ni? Takde kobid ke? Huntong ler kawen sanding2
Quote nakkomenjugak 3-8-2021 09:49 PM
nasibbb takde drama minik teriak sakan
Quote bro_kr 3-8-2021 10:00 PM
cekgihani replied at 3-8-2021 09:20 PM
Kt indon salu ada brita psl ex dtg majlis. Kt malaysia jarang pulak dengar. Apa org mesia mmg xpegi  ...

Dua budaya yg berbeza. Orang Malaysia (Melayu khususnya) memang tak pergi la hari bahagia ex- Kalau ada pun, kes terpencil...

Antara sebabnya-

1. Menjaga keharmonian dan kebahagian ex di hari bahagianyer..

2. Menjaga airmuka / hati sendiri. Tak mau nangis bucu katil. Buat posting bodow kat IG / FB

3. Menjaga mulut orang / kawan2 / forumers dari kata kejian sebab tak tau malu / tak reti bahasa datang majlis bahagia ex.

4. Dan lain2 berkaitan dgn akhlak / perception / budi bahasa etc.
Quote sukacactus 3-8-2021 10:06 PM
Xkuasa ah nak pergi majlis ex
Aku kawin dia xtau bila
Dia kawin pun aku xtau bila
Dah putus tu the end, titik.
Quote R2D2 3-8-2021 10:10 PM
kes2 sedih mcm ni
kena upload dlm TikTok
tentu tak sedih sebab boleh cecah jutaan view, like, share
Quote imanda 3-8-2021 10:43 PM
org msia kan mcm dlm pilem 3 abdul.. sekali petik 10 yg dtg tau hahahaha so xheran aihh nak p majlis ex. move on je.
Quote norawestallen 3-8-2021 11:29 PM
Sesungguhnya aku paham perasaan menjaga jodoh orang ni. Aku penah kena. Sampai sekarang belum hilang sakitnya
Quote misuke 4-8-2021 07:08 AM
Gigih kemehen yindon ni yachh..perlu ke nk cium tgn ex ko depan husband? Motip
Quote darkness 4-8-2021 07:09 AM
Lapar perhatian...kejadahnya klu ada dimalaysia gini
Quote spankee_fili 4-8-2021 07:18 AM
Indon ni mentaliti sinetron, semua nak drama
Kat malaysia dah putus pakat block pastu maki sebulan dua then move on
You are dead for me konsepnya
Tapi ada segelintir kecik / katik yg gigih list out nama exes kat socmed
Quote orgsepang 4-8-2021 07:18 AM
Entah apa2, boleh salam cium tangan bekas kekasih depan suami, depan khalayak begitu. Masa kapel camne agaknya.
Di sini pun ada kes bekas datang majlis bekas, yang meraung pun ada,  yang tenang2 pun ada walau muka pengantin gelabah le juga tapi tak masuk berita.
Quote husna_amal 4-8-2021 09:37 AM
cerita macam ni pun boleh laku kat sana.
Quote midori_katana 4-8-2021 06:51 PM
Ada ja kes macam ni cuma tak masuk berita..tu la jgn dok percaya sangat kat kawan baik!{:thief
Quote neo_5050 4-8-2021 06:58 PM
cekgihani replied at 3-8-2021 09:20 PM
Kt indon salu ada brita psl ex dtg majlis. Kt malaysia jarang pulak dengar. Apa org mesia mmg xpegi  ...

i kawin dulu ex bf i datang taw

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.051755 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top