Seperti sudah menjadi trend, selebriti tempatan kini dilihat begitu bangga mempamerkan perasaan marah dan sifat kebencian sesama sendiri secara terbuka di media sosial.
Menyedari ia semakin kerap berlaku, penyanyi senior Zarul Umbrella berkata dia yakin kebanyakan perbalahan hanya berpunca akibat salah faham. "So far saya tak pernah bergaduh dengan mana-mana artis. Saya juga tak berapa rapat dengan rakan artis... saya ni biasa-biasa saja. "Tapi saya perhatikan juga kejadian artis bergaduh sesama sendiri, saya kesal juga la. Mungkin mereka buat keputusan tengah marah. "Sebagai orang lama, nasihat saya kalau nak bergaduh... fikir la. Industri kita kecil je, pusing-pusing akan jumpa jumpa juga, jadi memaafkan sesama kita lebih penting" katanya kepada mStar.
Zarul atau Zairulkefli Husin, 48, ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya Sepenuh Hati secara maya pada Selasa. Tambah Zarul, selebriti seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat dengan sifat yang lebih matang. "Buat apa kita nak gaduh? Kita manusia, kadang-kadang memang akan terasa hati... tapi buat bodoh je la.
"Kita semua dah dewasa... dah matang jadi pandai-pandai la fikir. "Malah saya pun kalau terasa hati dengan produksi ke, just let go je benda tu. Perkara kecil je, kena beralah la," katanya. Bercerita mengenai pengalamannya berdepan kecaman, Zarul berkata dia sering menggunakan kaedah psikologi bagi menukar sesuatu yang negatif kepada positif.
"Kadang-kadang ada dua atau tiga kecaman tu kita buat bodoh je... bagi saya kalau orang bagi najis kita bagi bunga. "Tapi asasnya saya tak nak berdendam dengan sesiapa, saya tak suka berdendam... dendam nak bawa pergi mana?" katanya. -CARI Sumber: mStar Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|